ADAKAH FAKTOR UMUR MEMPENGARUHI MASALAH PELUPA

Haa.. Selalu jadi tak ? Ada masanya kakak pun sama.. Hee~ Masalah pelupa ni tak semestinya dipengaruhi oleh faktor peningkatan umur sahaja.. Ada sebab lain yang menyebabkan kita menjadi pelupa.. Jom kita cek kot ada salah satu sebab yang menjadi punca :
1 : Kurang rehat
  • Nak sihatkan otak ? Tidur cukup jek ubat dia.. Senangkan.. Hasil kajian mengatakan seseorang yang tidur 6 jam sehari dan MUNGKIN merasakan mereka cukup tidur tetapi bila dijalankan ujian memori, ternyata ada juga yang sukar mengingati..
2 : Berdengkur
  • Pernafasan tergganggu adalah punca berdengkur kerana oksigen sukar untuk sampai ke otak selama beberapa saat berlakunya dengkuran dan ini menyebabkan sel-sel otak tidak dapat bekerja sekaligus melemahkan daya ingatan..
  • Kajian mengatakan majoriti yang berdengkur adalah lelaki dan ia adalah berpunca dari berat badan yang tidak seimbang dan berusia 40 tahun ke atas..
3 : Kemurungan
  • Sel-sel otak yang mengalami kemurungan akan mudah menjadi pelupa malah jika kemurungan yang dialami semakin serius ia mampu membunuh sel-sel otak sehingga melumpuhkan daya ingatan..
4 : Kadar gula dalam darah
  • Kadar gula yang tinggi dalam darah menyebabkan penyimpanan memori terganggu.. Rajin-rajinlah bersenam kerana mencegah lebih bagus dari merawat.. Dapatkan rawatan susulan dari klinik untuk mendapatkan keputusan gula dalam darah anda..
5 : Umur lebih dari 65 tahun
HARGA PASARAN : RM 53.75
  • Pada usia 60 tahun ke atas, badan akan mengalami kesukaran untuk menyerap vitamin B12 dari makanan.. Kekurangan vitamin dapat melumpuhkan daya ingatan ( alzheimer ).. Oleh itu, pada umur yang mencapai 60 tahun ke atas, anda kena mencari cara untuk meningkatkan kadar vitamin B12 seperti mengambil supplement..
  • Sumber Vitamin B12 : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut yang ada dalam B COMPLEX SHAKLEE
6 : Mengambil pil tidur / pil alergi
  • Pil ini adalah untuk mengatasi masalah tidur terganggu dan alahan dan pil-pil tersebut bleh menjadi punca gangguan fungsi otak.. Sebelum mengambil sebarang jenis ubat, anda haruslah mendapatkan nasihat dari doktor bertauliah supaya tidak memudaratkan kesihatan anda..
  • Pengambilan ubat sintetik terlampau banyak juga memberi ruang untuk berlakunya gangguan daya ingatan..
7 : Metabolisme
  • Anda mungkin mengalami masalah tiroid jika metabolisme badan anda menurun kerana hormon tiroid bertindak mengawal metabolisme tubuh.. Produksinya yang terlampau lebih atau kurang menyebabkan sel-sel otak terganggu sekaligus memperlahankan informasi yang hendak disampaikan terus ke otak..

NAH !! Sekarang dah jelaskan faktor pelupa bukan hanya dari peningkatan umur tapi banyak faktor lain yang mempengaruhi.. Jadi.. Cegah sebelum parah.. Hee~


berminat memiliki sebotol B COMPLEX mudah larut ni ? jom BELI SEKARANG !! klik icon dan mulakan pengembaraan pembelian anda !! hee~



LOVE ;

No comments:

Powered by Blogger.