PERLU KE DETOX USUS ?
haa.. hari ni kita nak cerita pasal detox ( cuci ) usus kita yang panjang lebih kurang 28 kaki tu.. hee~ dah la panjang, berpintal sana sini plak tu.. cemana tah nak cuci kan ?
detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.. selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.. sebab tu la detox sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplemen supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum..
usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan.. usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil.. kesihatan badan berkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini..
semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus.. walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. .
plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan..
apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri.. ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan..
sebahagian tanda-tanda yang nyata gejala toksin-toksin ini adalah : cirit birit, masalah sembelit, keletihan, sakit kepala, mata menjadi kusam, kulit yang bermasalah, berbintik, sakit otot, masalah saraf, badan dan nafas berbau serta kelihatan murung..
HERBLAX ADALAH PRODUK HERBA DARI SHAKLEE YANG BERFUNGSI SEBAGAI ALAT DETOX USUS..
kata herba kan ? ape plak ade dlaam sebotol HERBLAX tu ?
kata herba kan ? ape plak ade dlaam sebotol HERBLAX tu ?
1 : DAUN SENNA
- bukan daun henna ye, henna tu inai..
- daun senna terdapat dalam kitab 'Tibb An-Nabawi' ( pengubatan cara Nabi ) bahawa ia digunakan oleh Rasulullah utk merawat sembelit..
- daun senna bertindak menggalakkan proses peristalsis usus berlaku dengan optimum dan mengeluarkan segala sisa yang tersangkut di dalamnya..
2 : AKAR RHUBARB
- bertindak menggalakkan pengecutan usus bagi menolak keluar sisa toksik..
3 : BLUE MALLOW
- digunakan untuk keradangan dalam perut, masalah pundi kencing dan juga masalah sistem pernafasan..
4 : AKAR CULVER
- digunakan untuk mengatasi masalah sembelit dan masalah hati..
5 : AKAR LIKORIS
- digunakan sejak 5000 tahun dahulu dalaml perubatan Cina..
- mempunyai banyak khasiat termasuk mengatasi masalah dalam perut, pundi kencing, keracunan makanan, menggalakkan aktiviti hempedu untuk pencernaan dan lain-lain..
6 : KULIT KAYU BUCKTHRON
- menggalakkan proses pembersihan usus..
- digunakan secara tradisional untuk rawatan anti-tumor..
7 : DAUN ALFALFA
- bapa segala tumbuhan yang memiliki 1001 khasiat..
- mendetoks sel secara menyeluruh..
8 : BUNGA LAWANG
- membantu mengurangkan gejala kembung perut dan loya..
9 : BUAH PELAGA
- digunakan secara tradisional untuk membuang angin dalam badan..
- ia membantu merehatkan otot perut sistem reproduktif..
banyak manfaat rupanya herba yang terkandung dalam HERBLAX untuk jalani proses detox usus ni.. kalau kakak la, tak gagah kot nak mencari kesemua bahan tu lepas tu nak makan mentah.. hee~ sebab tu kakak amik HERBLAX seminggu dua kali.. lega.. tak de kisah drama airmata sembelit ape bagai haa.. lancar jek setiap pagi..
dan paling best.. HERBLAX nih dah jadik asbab ramai pengguna kat luar sana bangun tahajjud.. hee~ dua dalam satu la ni kerja dia..
korang tak nak try detox usus ?
kalau sembelit lagi bagus, kita kasik lancar kan pembuangan..
No comments: