TIPS MEMASAK TAK SAMPAI 10 MINIT SETIAP PAGI

nah !! tajuk dia kemain pakar nau haa.. hahaha~ kakak kaki bento / lunchbox sebab kakak suka benda benda comel menghiasi hari hari kakak dan kakak pilih salah satu mem'bento'kan diri kakak untuk #CEOaiman dan encik suami..


kakak bukan pandai masak pun cuma kakak minat memasak, bab mengemas tu paling bercinta.. hee~ tapi gagah jugak la sebab tak suka rumah bersepah.. mulanya awal tahun lepas masa #CEOaiman masuk tadika 5 tahun.. bila balik sekolah jek, mesti komplen lapar.. kesian kot bila dengar anak cakap gitu..


tak pe la.. kakak pun carik jalan seelok mungkin nak kasik naak happy pergi sekolah.. then kakak jumpa satu akaun instagram ni.. tengok jek gambar-gambar kat akaun tu.. secara tak sengaja kakak tercakap "comelnye !!" hee~ serius comel kan ? ade macam-macam karekter kartun untuk tarik minat budak-budak..



lepas kakak rasa macma WOW !! untuk berbento, kakak pun mula la pengembaraan sebagai KAKI BENTO.. * efek bunga api * hee~ punya selongkar tips / cara / petua nak masak cepat.. dan.. ting !! check mate !! kakak jumpa cara praktikal kot.. tak payah belajar tru online sebab cikgu terbaik adalah diri sendiri.. maka.. kakak pun berubah menjadi seorang cikgu.. hee~

1 : sediakan menu
  • kakak buat menu untuk seminggu.. jadi, kat situ kakak dah boleh prepare segala jenis bahan lauk pauk untuk kakak mem'bento' nanti.. senang kan ?
2 : simpan dalam portion yang sesuai
  • nah !! ni selalu kakak tersalah bajet, tapi tak pe.. kita belajar dari kesilapan kan.. hee~ korang packing sesiap.. contoh kalau nak masak sambal ayam, jangan plak korang packing skali sekor ayam yang dah potong tu.. tapi mungkin korang boleh asingkan dalam 3 - 4 portion.. haa.. senang nak masak kan ?
  • kakak bungkus dalam plastik IKEA.. cam ni.. boleh guna balik selagi tak koyak.. hee~ jimat weyh !!

3 : siapkan bahan rencah banyak-banyak 
  • ye.. banyak-banyak lepas tu simpan dalam bekas kedap udara, simpan dalam peti sejuk.. kan senang kan ? hee~ bahan rencah tu macam cili kering, pes rendang tu la.. buat ikut menu mingguan yang kakak buat tu.. kalau dalam minggu tu tak de menu rendang, tak de la kakak buat pes nye.. hee~
4 : masak nasik sebelum tido
  • hampir setiap hari, kakak bangun seawal 4.30 pagi dan tido selewat 12 tengahmalam.. jadi, cun dah kan kalau kakak masak nasi sebelum tido.. hee~ bangun pagi tu tak de la terkejar kejar nak capai macam-macam..
5 : tanya tukang bawak bekal tu, dorang nak makan ape
  • ye.. kengkadang akan lari dari menu.. hahahha~ anak dah besar kot, dah pandai ade anak tekak.. kerap gak la kakak tanya ape yang aiman nak makan.. asyik ikut selera kita jek, ingat anak tak de selera ? haa.. jangan main-main, Aiman ni selera omputih.. kalau request tu manjang spaghetti la, pizza la, sandwich la.. janji makan, kakak on jek..
6 : susun bekas bento dengan kemas
  • sebab menyenangkan kalau nak mencari.. hee~ kang mana bekas, mana penutup.. stress kot nak selongkar.. kan ? makanya.. kemas leklok tempat letak bekas.. 
sekian.. tu jek kot tips kakak boleh masak dengan cepat.. ade jek kakak jumpa tips masak sekali banyak then beku kan.. hee~ kakak tak amalkan makan makanan yang disejukkan.. sesekali tu tak pe tapi kalau dah jadikan rutin, tak syok dah..

korang try la.. mana tau dpaat masak dlaam masa 5 minit.. lagik laju dari kakak.. sape tau.. tu jek.. hee~


ni antara hasil kerja kakak sejak bergiat dalam mem'bento'.. hee~ simple jek sebab Aiman tak suka dok buat bentuk bentuk, susah nak makan katanya.. kengkadang tu tak dapat makan sebab kawan dah amik dulu.. lepas kes kawan Aiman amik bekal Aiman, kakak amik jalan pintas, bekalkan sekali untuk semua budak dalam kelas Aiman.. hahaha~ setiap Jumaat la tapi.. hari hari tak la.. seronok mak ayah dorang nanti * muka kerek *

ade yang tanya kakak "cikgu tak sediakan makan ke kat sekolah Aiman ?" a.. ni pun satu hal kakak nak perah otak nak jawab ni.. hee~

jawapan dia sangat mak mak tau.. 
ade.. tapi kakak lagi suka anak-anak dan suami makan dari hasil air tangan kakak.. walaupun kakak tak pandai masak, kakak percaya air tangan seorang ibu / isteri dapat membantu merapatkan hubungan kekeluargaan.. in shaa Allah.. hee~


LOVE ;


No comments:

Powered by Blogger.