AJAR ANAK TEPATI MASA
dah kalau namanya ibu, semua nak perfect.. kan ? hee~ maka, ibu #duanur yang sorang nih pun terfikir la satu benda nak ajar aiman aina ni cara ikut masa kalau nak buat pape tu ha.. terfikir la kan tapi dorang nak ikut ke tak nak ke tu tak tau lagik.. kea pelan pelan ajar dorang la..
nah !! mula mula kena la bukak cermin depan jam tu, bateri ape segala bagai nye tu..
pinjam kaler pensel anak.. hee~ ikut korang la nak bahagi berapa banyak masa yang korang nak ajar anak anak nanti.. satu priod tu satu kaler biar anak tak keliru nanti..
lalalal-- garis la.. melainkan korang boleh buat garisan lurus tanpa pembaris..
tu dah siap garis dah..
warnakan la ikut yang korang dah garis tu.. kalau boleh jangan la buat masa yang panjang.. sejam sejam dah cun..
tadaa.. dah siap !! ingat.. lepas dah siap kaler tu korang pasang la balik cermin dengan bateri jam tu.. jangan dibiar bogel plak.. hee~
letak kat tempat yang anak anak senang nak tengok.. macam kakak, kakak letak kat hall.. sebelah tv.. hari hari sampai aiman aina faham kod kaler dengan aktiviti setiap period tu..
aiman balik sekolah jam 1 petang..
jadik..
seme aktiviti yang kakak dah set tu bermula jam 2 petang lepas aiman dah berehat berehat cerita pasal aktivit kat sekolah..
merah : nap ( 1 jam )
kuning : tengok tv ( 2 jam )
hijau : mandi / minum petang / siap siap g taman ( 1 jam )
biru : main kat taman ( 1 jam )
oren : makan malam / aktiviti bebas ( 1 jam )
pink : baca buku / buat kerja sekolah ( 2 jam )
hee~ korang bleh tetapkan sendiri disiplin masa tu.. tak payah la ikut kakak pun ya bulat bulat * tapi kalau nak ikut pun boleh jek.. tak de masalah.. *
kakak pakai jam murah murah jek.. hee~ tak keja nak habiskan duit banyak banyak untuk DIY ni.. yang murah pun boleh nampak mahal.. kan ? kalau korang rajin letak la bunga ke reben ke kasik cantik.. eh !! ikut selera korang la.. kakak punya ni pasal nak kasik aiman aina faham jek, jadi tak plan pun nak hias hias bagai takut dorang hilang fokus..
haa.. korang cuba tau.. ajar anak tepati masa.. baru dorang tau 24 jam tu bernilai..
sebelum dorang jadik buluh ni.. lentur kan dulu laa.. hee~
No comments: