PAYA BEACH SPA & DIVE RESORT, MERSING ; BERJAYA MENCURI HATI PENCINTA ALAM
awal tahun haritu, kakak ade baca pasal jumlah cuti sekolah tahun 2017 adalah paling banyak berbanding cuti-cuti sekolah sebelum nih.. huu~ maksudnya apa ? maksudnya, makin banyak aktiviti yang perlu dilakukan bersama keluarga la.. hee~ dan !! makin banyak duit yang diperlukan untuk memanfaatkan masa yang berkualiti..
BACA SINI --> JOM BUAT DUIT HOLIDAY !!
agak-agak nak ke mana kita ? hee~ ya !! tempat yang sangat asing pada kakak jugak sebenarnya ni sebab kakak baru sampai sekali jek tu pun masa umur 19 tahun gitu.. pergi pun sebab ada kursus kepimpinan kat sana.. ya.. MERSING, JOHOR.. ade ape kat sana ? penginapan yang best kat sana ? haa.. nih kakak nak cerita la ni..
syurga tropika dengan pasir yang keemasan, air yang jernih, berlatar belakangkan hamparan kehijauan dan kaya dengan hidupan laut bakal memberi sejuta ketenangan untuk pencinta alam yang gemarkan kedamaian.. phewww-- kakak dapat bayangkan betapa cantiknya Pulau Tioman.. ha ? ye la.. Paya Beach Spa & Dive Resort nih kat Pualau Tioman la nih.. Pulau Tioman plak kat Mersing, Johor..
APA YANG MENARIK ?
nak ikut kan, kalau dah masuk pulau, memang tak de istilah bosan punya la sebab terlampau banyak aktiviti yang boleh korang buat kat sana.. boleh main golf, pergi spa, berbasikal, main bola tampar pantai, main bola keranjang, jungle trekking, island hopping, memancing, berkayak dan banyak lagi aktiviti yang akan mengisi masa lapang korang nanti..
MENYELAM
kalau kita tengok kat tv ke, website ke tentang dunia dasar laut yang sangat mempesonakan, ya !! Pulau Tioman memang 'port' korang untuk menyelam dan menikmati keindahan dasar laut.. jadikan kenangan menyelam lebih menyeronokkan dengan pakej yang telah disediakan dan boleh main dengan Nemo.. hee~
boleh sewa peralatan menyelam !! |
KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN
- money changer
- boleh gunakan kredit kad !!
- akses wi-fi
- perkhidmatan dobi
- perkhidmatan penjagaan bayi ( atas permintaan )
- pengangkutan ke / dari jeti
- kedai cenderamata
PENGINAPAN
- 4 bintang !!
- 268 bilik dan suite
- bilik NO SMOKING !! ( hee~ sangat sesuai untuk kakak )
- balkoni individu
- penghawa dingin
- Tv kabel
- telefon IDD
- peti simpanan keselamatan
- pengering rambut
- seterika dan papan menggosok
- peti sejuk mini disetiap bilik
- peralatan untuk membuat teh dan kopi
nak repeat honeymoon pun best sangat nih.. hee~ |
bilik air dia pon dah best weyh !!! |
kalau ade bilik bilik yang best, mesti la ade tempat makan dan minum yang best jugak.. kan ? haa.. jangan tak tau.. Paya Beach Spa & Dive Resort sangat mengagungkan gaya tradisional Malaysia.. dari corak dan gaya pembinaan 268 bilik dan suite sampailah ke tempat makan, akan diterapkan dengan seni gaya tradisional untuk mewujudkan keadaan yang selesa dan segar.. eh !! jangan segan segan jadikan resort ni macam rumah.. sebab !!! selera Melayu pun ada !!
RESTOREN SRI NELAYAN |
menghidangkan pelbagai jenis makanan seperti makanan tradisional Malaysia termasuk makanan Cina dan India, antarabangsa ( ala Thai, hidangan Barat ) yang sangat sedap !! hee~ lupakan diet dan nikmati hidangan buffet dorang semahunya.. haa.. jangan lupa !! koktel dorang memang menggiurkan.. sesuai la dengan persekitaran tepi pantai..
dengan seni bina gaya tradisional Malaysia dengan perabot kayu dihiasi ukiran kayu yang halus, Sri Nelayan berjaya mewujudkan persekitan yang tenang dan santai.. psstttt.. itu yang membezakan Sri Nelayan dengan pelbaia restoren di Pulau Tioman nih tau..
TEMPAT MAKAN DAN MINUM BEST
selain Sri Nelayan, ada juga :
- Matahari Restaurant
- menghidangkan masakan ala Thai yang tidak melupakan asalnya dengan menggunakan herba segar seperti pudina, ketumbar, basil dan serai sebagai ramuan hidangan yang asli.. jangan lupa untuk mencuba !!
- Beach Bar
- nak lepak sambil minum minum kat tepi pantai ? haa.. resort ini menyediakan Beach Bar untuk memudahkan pengunjung bersantai di tepi pantai sambil menikmati minuman segar.. hanya 'hulurkan' kepala kat kaunter bar sambil tersenyum, pelayan akan bersedia melayan pesanan korang !!
- Sunken Pool Bar
- nak berenang dalam swimming pool ? boleh jek.. tak de masalah sebab memang ada kat resort tu.. tapi !! nak lepak kat swimming pool sambil menikmati minuman tropika ? ya.. Sunken Pool Bar bersedia menyediakan jus untuk korang.. haa.. lepas tu berenang dan bersantailah sepuas hati..
- Fortune Courtyard
- penggemar bir dan minuman sejuk ? boleh la lepak sini untuk bersantai bersama kawan-kawan dan keluarga sebab dorang selalu adakan Happy Hour dengan 30% diskaun untuk setiap hidangan !! jangan lepaskan peluang bersantai sambil berjimat !!
Sunken Pool Bar |
LAIN-LAIN KEMUDAHAN
1 : BILIK MESYUARAT
- nak bercuti sambil bermesyuarat ? pun boleh.. jangan risau sebab Paya Beach Spa & Dive Resort menyediakan 6 pilihan bilik mesyuarat pelbagai saiz untuk memudahkan pengunjung.. tapi kena booking awal la sebab selalu penuh ni.. hee~
- korang boleh hubungi Sales & Catering +609 419 1000 pada waktu bekerja untuk bertanya dan membuat tempahan..
2 : MAJLIS PERKAHWINAN
- wedding beach ? hee~ bestkan ? haa.. boleh juga diuruskan oleh pihak resort untuk korang !! jangan tak tau.. tapi korang kena la call dan tanya apa syarat dan ketetapan pihak resort untuk korang penuhi.. dengarnya dorang sedikan full package tau.. dari lokasi sampai la ke bilik hotel dan kek.. mudah kan ?
HARGA TERBAIK HANYA DARI TRAVELOKA
nakkan percutian yang menarik tapi 'segan' nak keluarkan duit banyak banyak ? hee~ tak pe.. TRAVELOKA kan ade.. korang boleh buat tempahan dengan harga serendah RM 213.11 JEK !!! siapa tak nak kan ? dah la bercuti kat hotel 4 bintang, dengan harga semurah itu.. sangat berbaloi baloi la..
tak nak la lepas percutian, masing masing poket rabak.. tak best kan ? jadi.. jom jadi pengguna yang bijak dan dalam masa yang sama tidak melepaskan peluang untuk bercuti dengan insan tersayang !!
JAMINAN TRAVELOKA
jadi !! tunggu apa lagi ? jom bercuti dan tempah awal-awal untuk musim cuti sekolah akan datang !! jangan lupa !! TRAVELOKA DULU, baru tempah bilik..
Wau terbaik ni macam banyak pulak promosi ni
ReplyDeletekan !! best kalau ade promosi ni.. rasa nak bercuti selalu jek.. hee~
Deletemasa cutilah masa paling sesuai untuk bersama anak-anak..
ReplyDeleteitu memang sukar untuk dinafikan
betul tu.. sebab tu kalau ade peluang, pergi la.. manfaatkan masa bersama keluarga.. hee~
Deletewah...cantik juga yeeee
ReplyDeletesangat !! pulau tioman antara pulau yang masih terpelihara.. hee~ ada masa nanti pegi la.. confirm boleh jatuh cinta..
DeleteMenarik juga ni! dan kemudahan yang disediakan nampak cantik dan selesa.
ReplyDeletehee~ kan.. semua ada kat satu tempat.. jauh dari hutan batu.. okay la ni..
DeleteSubhanAllah.cntik btul bilik tu
ReplyDeletepatut kate 4star ye =D
banyak lagik jenis bilik nya yaya.. hee~ tapi seme cantik2.. nanti ada masa pegi la jenjalan..
Deletecantik gak tempatnya tu
ReplyDeleteserius !! memang cantik raihana.. hee~ nanti pegi la..
Deletewahhh, pulau tioman. nak pegi siniii ��
ReplyDeletehaa.. jom !!!! hee~ kakak pun dah lama tak pegi sini.. adoiyai.. simpan duit banyak2.. nak dok sebulan kat sana..
Delete