KEMPEN DARIPADA IBU KEPADA IBU MERINGANKAN BEBAN IBU TUNGGAL

nak dekat Aidilfitri ni, banyak pihak mula mengambil inisiatif untuk melakukan pelbagai kerja amal dan mendekatkan diri dengan golongan yang 'perlu' dibantu.. haa.. kakak berkesempatan penuhi undangan dari pihak P & G ( Protecter & Gamble Malaysia ) untuk meluaskan info mengenai kempen Daripada Ibu Kepada Ibu yang akan dilaksanakan di seluruh Malaysia yang bertujuan untuk mengurangkan beban ibu tunggal sepanjang bulan Ramadhan..


kempen yang berlansung dari 15 Mei 2017 hingga 15 Jun 2017 melibatkan 50 buah cawangan pasaraya terkemuka ( Giant / Tesco / MYDIN / AEON ) di seluruh Malaysia..

IZREEN AZMINDA

haa.. dah kenapa plak Izreen Azminda ada kat dalam gambar tu ? hee~ sebab, Izreen Azminda merupakan duta kempen Daripada Ibu Kepada Ibu ni..

"..sebagai seorang ibu tunggal, saya memahami cabaran yang datang dengan menjadi pencari nafkah tunggal dan penjaga utama dalam keluarga.. sedikit sokongan daripada rakan-rakan dan keluarga sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat kita terutamanya semasa musim perayaan seperti Raya apabila perbelanjaan semakin meningkat.. saya bangga menjadi sebahagian daripada kempen ini dan untuk memberi sokongan sepenuh hati saya.."

pelakon dan pengacara terkelan di Malaysia yang juga merupakan pengasas bersama rangkaian minyak wangi 'LURVE ME', beliau juga merupakan ibu tunggal..

BAGAIMANA UNTUK MENJADI PENYUMBANG ?

mesti ade yang berminat untuk sama-sama jayakan kempen ni kan ? haa.. ni kakak nak bagitau ni cemana caranya untuk korang membantu dan dalam masa yang sama menjayakan kempen ni..

1 : buat pembelian produk P & G bernilai RM 30.00 atau lebih dan korang akan dapat sebuah BEG HATI..

2 : lepas tu, korang boleh beli barangan yang tahan lama dan tak mudah rosak seperti makanan kering, makanan dalam tin, kelengkapan mencuci dan masukkan ke dalam BEG HATI tu tadi..

3 : letakkan BEG HATI tadi kat tempat pengumpulan yang telah ditetapkan di setiap cawangan yang terlibat..

bila dah nak penghujung tempoh kempen nanti, Food Aid Foundation akan kumpulkan semua hasil sumbangan korang tu dan akan buat agihan kepada ibu-ibu tunggal di seluruh Malaysia..


dengan kerjasama Food Aid Foundation yang merupakan sebuah NGO yang bergiat aktif dalam sektor kebajikan dengan mengumpul dan menyalurkan semula sumbangan ke rumah-rumah kebajikan dan keluarga miskin yang memerlukan bantuan diharap dapat melancarkan lagi kempen Daripada Ibu Kepada Ibu ini..

LOKASI KEMPEN

mesti korang tertanya-tanya kan, samada tempat korang termasuk dalam kawasan jajahan kempen Daripada Ibu kepada Ibu ke tak.. kan ? haa.. korang boleh cek kat sini..



untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaa, korang boleh terus lawati laman web kempen ni untuk baca pelbagai perih jerih kehidupan ibu tunggal kat Malaysia ni.. eh !! takkan baca aje kan.. kalau ade lebih lebih sikit tu, bantu lah semampu mungkin.. mana tau tertulis 'ganjaran' untuk kita nanti nanti..

INSTAGRAM : @foodaidfoundation
EMAIL : info@foodaidfoundation.org

4 comments:

  1. Satu penganjuran yg sgt bagus utk bantu org2 yg tidak berkemampuan. Sama2 saling membantu semoga ada ganjaran di sisiNya insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin.. in shaa Allah.. kalau kita beri benda baik, mesti ganjaran pun baik baik.. hee~

      Delete
  2. hehehe cantik bag hati tu kan.. awak kita post release jer hah dari client..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ patut le tak nampak.. kalau tak boleh lepak sama..

      Delete

Powered by Blogger.