BUDAYA GADGET-KAN ANAK UNTUK MEREKA 'DIAM' ; SELAMAT KE ?

hai !! assalamualaikum.. hee~ SELAMAT HARI RAYA dari kakak dan keluarga.. sempat lagikan ? ala.. rayakan sebulan.. gittew-- seminggu kakak kat kampung belah suami di Bentong, Pahang.. alhamdulillah.. seronok tu memang seronok sangat sebab perbezaan suasana beraya dan aktiviti kunjung mengunjung berbanding beraya di hutan batu, Kuala Lumpur.. beberapa kali, mata kakak juga tertancap tepat pada beberapa orang kanak-kanak yang leka menatap gadget.. wuhuu-- ini lansung tak de beza dengan anak-anak orang hutan batu..hee~

isu ni dah lama bermain-main disekeliling kakak, tapi tak berapa teruk sangat la sebab bangman dan dakaina memang tak diberi gadget melainkan PERLU..

PERLU KE ?

sebenarnya tak perlu pun kalau kita boleh control sikap anak-anak kita ataupun melekakan dorang dengan benda lain selain dari gadget.. walaupun terlampau mainstream.. hee~ kakak masih menggunakan buku untuk sesi bertenang anak-anak kakak.. haa.. cemana kakak handle ? tak kelam kabut ke ?

untuk masa masa tertentu, anak-anak kakak tetap dapat pegang gadget tapi dengan sekatan masa yang sesuai.. tak de la sehari suntuk dorang akan menghadap handphone jek.. TAK--

RISIKO LAIN ?

ada sesetengah orang macam tak berapa kisah kalau anak menghadap gadget sehari suntuk.. tapi !! korang tau tak ?

1 : ANAK BOLEH HILANG FOKUS

  • kajian menunjukkan apabila kita melakukan aktiviti luar, ia dapat meningkatkan tahap fokus, mengurangkan tekanan dan sifat agresif dalam diri manusia.. nah !! bayang kan la kalau anak kita dok menghadap gadget saja.. dah tentulah kurang berkawan dan susah nak ditegur.. mana taknya.. asyik 'berkawan' dengan gadget jek..

2 : TIDUR TERGANGGU

  • dah salin baju tido ape bagai ni, tutup la lampu.. eh ! eh ! dalam diam dia menghadap gadget.. wah !! main gadget dalam gelap nak ? tak sakit mata ke ? hee~ disebabkan asyik melihat skrin gadget yang terang dalam suasana gelap boleh menyebabkan manusia gagal mengeluarkan isyarat yang dipanggil melatonin selama beberapa jam hingga menyebabkan kiraan tubuh badan anak anak terganggu..
  • bila dah mula terganggu, macam-macam la reaksi tubuh badan yang tak sihat seperti ketidakseimbangan hormon dan radang otak.. ibu ayah kena main peranan besar la dalam situasi macam ni.. mungkin LEBIH TEGAS.. kan ?
oh !! ini kat Britain.. kita kat Malaysia.. ape nak risau.. kan ? hahaha~ sesekali kakak sarkastik..

3 : STRESS

  • ada dua jenis stress iaitu :
    • stress akut
    • stress kronik
  • persamaannya adalah kedua duanya menghasilkan perubahan pada keserasian otak dan hormon yang boleh meningkatkan rasa marah.. nah !! tak percaya ? time anak korang main gadget, time dorang tengah leka cuba ambil gadget tadi serta merta.. bukan rampas tapi ambil secara gurau gurau gitu.. hee~ tengok la reaksi dorang.. bukti yang menunjukkan ransangan hiper sedang berlaku yang boleh menyebabkan rasa murung dan perubahan mood secara mendadak..

4 : POTENSI RASA MURUNG

  • ada satu kajian yang telah dilakukan, pengguna telefon bimbit dan cahaya skrin yang ditenung lama dalam persekitaran yang gelap dikaitkan dengan masalah kemurungan malah ada sesetengah kes sehingga ke tahap bunuh diri.. 
  • kajian ini telah dilakukan oleh CDC Youth Risk Behavior Survey 2007
sumber artikel : Victoria, L. Dunckley M.D ; Pakar Psikiatri dan penulis buku 'Reset Your Child's Brain' 


5 : PENGELUARAN RADIASI

  • pada Mei 2011, Persatuan Kesihatan Seduni ( WHO ) mengklasifikasikan telefon bimbit sebagai risiko kategori 2B ( agen kanser berkemungkinan ) disebabkan pleh pengeluaran radiasi..
  • pada Disember 2013 pula, Dr. anthony Miller dari Sekolah Kesihatan Orang Ramai Toronto mengesyorkan ; berdasarkan kajian terbaru, pendedahan frekuensi radio patut di klasifikasikan semula sebagai 2A ( agen kanser yang berkemungkinan besar ), bukan 2B..

6 : OBESITI

  • permainan video dan leka menghadap televisyen sehari suntuk jugak menyumbang kepada kadar obesiti.. haa.. main game lagi.. menghadap gadget lagi.. kan dah gemok.. hee~ tak sihat okay.. 
ini baru kakak kupas pasal bahaya penggunaan gadget tanpa dibendung.. belum lagi content pada gadget yang tak bertapis tu lagik.. haa.. menyeramkan weyh kalau korang dapat pantau..

memang ada baiknya, penguasaan Bahasa Inggeris bangman dengan dak aina pun semakin baik tau.. hee~ sebab menghadap Surprise Egg.. wah !! gittew-- cuma.. kalau dah bagi anak gadget sorang satu, ibu ayah patut pantau lebih.. bukan lepas tangan asalkan anak diam dan tak mengacau..

pada kakak, selamat tapi bukan dalam kategori perlu.. hee~ tetapkan masa penggunaan.. jaga kesihatan anak-anak kita sebelum terlambat..

8 comments:

  1. banyak impak buruk gajet ni untuk budak2 jika tak dipantau.

    Jemput Singgah : Cara Semak Saman Trafik Secara Online Dan SMS

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la.. kalau benda indah saje, mesti ade buruk nye.. hee~ pape pun pantau la kegiatan anak2 kita ya..

      Delete
  2. Info sngat bagus. Memang gadget sangat mengganggu fokus anak2. Juga mempengaruhi akhlak mereka jika berlebihan tanpa kawalan.

    Semoga anak2 kita dilindungi dari pengaruh dan kerosakan. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin.. sebagai ibu ayah, kena peka dan mainkan peranan..

      Delete
  3. Samalah ngan anak sy. Boleh pegang hp,tapi dalam tempoh waktu yang sekejap je, bukan sehari suntuk. Pastu selebihnya dia kena main sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. hee~ skeali jalan sampai bateri habis.. tu jek la untuk sehari tu.. dah habis bateri, habis la.. bagus2.. salute kat mama cam awaa..

      Delete
  4. bagi yaya ade keperluan tersendiri..
    baik dan buruk..baik kalau tujuan utk belajar,ada manfaat yang baik boleh diikuti
    tapi jadi buruk bila kanak2 terlalu leka dgn gadjet.smpi pljaran tgngu,dan lain2 perkara juga..ibu bapa kena pantau..mnje ank sgt pun xboleh..kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu yaya.. boleh bagi tapi berpada pada.. sebab depan mata kakak sendiri, anak kawan kakak tantrum sebab mak dia rampas gadget.. huu~ kite plak tercengang..

      Delete

Powered by Blogger.