CHOW KIT TRADE CENTRE ( CKTC ) TARIKAN BELI BELAH TERBARU DI KUALA LUMPUR

bila sebut je pasal Chow Kit, yang terlintas dibenak hanya lorong-lorong yang menempatkan deretan kedai-kedai yang telah berpuluh tahun diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain dengan aktiviti jual beli yang tak pernah sunyi.. pelbagai inisiatif yang telah diambil oleh pelbagai pihak untuk menaiktaraf lokasi tersebut dan antara projek terbaru adalah Chow Kit Trade Centre ( CKTC ) yang terletak betul-betul di tengah kawasan terkenal Chow Kit..


MERCU TANDA CHOW KIT

projek yang di bangunkan oleh New Paradise Development, anak syarikat Vinsoon Group bakal memberi sentuhan ajaib ke atas persekitaran Kuala Lumpur secara am-nya dan Chow Kit secara khas-nya dengan pembinaan bangunan 10 tingkat yang berkeluasan 34 560 kaki persegi dengan binaan berkonsepkan moden.. wah !! mesti selesa dan mudah diakses walaupun menggunakan pengangkutan awam..

gambaran pelukis pelan..
sebanyak 254 lot kedai dengan keluasan 52 hingga 181 kaki persegi dengan harga bermula dari RM 101,400.00 hingga RM 1,411,800.00 dan kalau korang nak tau, setakat ini sebanyak 50% telah dijual kepada pelabur..

CKTC Wholesale Mall ini bakal memberi nafas baru dengan pelbagai kelengkapan moden untuk meningkatkan taraf peniagaan borong dan runcit yang lebih eksklusif dan selesa berbanding yang sebelumnya.. 

VINSOON GROUP

menurut pengasas Vinsson Group, Dato' Micheal Lim - pembangunan Chow Kit Trade Centre ( CKTC ) ini mampu memberi nilai yang signifikan bukan sahaja kepada Chow Kit bahkan kepada kedai borong dan para pelabur di CKTC itu sendiri..



"berbekalkan pengetahuan khusus mengenai pasaran Malaysia melalui
projek-projek yang lalu, kami membangunkan pemahaman tentang pemborong
dan pelabur yang disasarkan dan benar-benar mencapai apa yang kami ingin lakukan.."


kalau sebelumnya, Chow Kit memang menjadi tumpuan para peniaga untuk membeli pelbagai barangan jualan secara borong dan pada bila siapnya CKTC menjelang tahun 2019 nanti, segala urusan jual beli akan menjadi lebih mudah dengan pelbagai barangan seperti pakaian, kain, kasut, permainan kanak-kanak, kelengkapan rumah dan pelbagai lagi.. dengan kemudahan berhawa dingin dan tempat makan dengan harga yang berpatutan, tak pelik lah kalau bangunan gah ini akan menjadi tarikan utama untuk membeli-belah nanti..

CHOW KIT TRADE CENTRE ( CKTC )

dengan sambutan yang sangat menggalakkan dari para pelabur, menunjukkan CKTC yang bernilai ( kasar ) RM 156, 828, 030. 00 ini dijangka siap pada penghujung 2019 merupakan pelaburan jangka masa panjang untuk peniaga yang mahukan persekitaran berniaga lebih convenient, CKTC adalah pilihan yang tepat..

sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang sangat kagum dengan perkembangan semasa negara, kakak sangat sokong pembinaan CKTC ni.. ye la.. ekonomi semakin menyesakkan poket, paling tidak bila bangunan ni mula dibina akan ada peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor untuk rakyat Malaysia.. bukan semasa dibina je, tapi sehinggalah siapnya bangunan ni.. ** kakak kagum-- *


25 comments:

  1. lepas ni chow kit dah cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan !! itu yang kita nak tu.. hee~ kadang2 g chow kit, banyak pandangan yang sakit mata..

      Delete
  2. Wahhh dah ada tempat baru utk weekend outing lps ni. Dekat pun dekat dah ni atie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha~ kan !! tu la.. nanti dah siap boleh lepak sama kat sana..

      Delete
  3. Wah..bagus ni...makin banyak tempat shopping makin banyak la job offer utk para penganggur kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la tu kak SA.. harap2 makin banyak ruang dan peluang untuk rakyat Malaysia..

      Delete
  4. Pelaburan Yang bagi sebab area Tu mmg hot

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan !! tu yang bagus tu.. sambil melabur sambil buka ruang pekerjaan bagi rakyat Malaysia.. hee~ mana la tau..

      Delete
  5. perghh ada tempat baru pulak lagi..

    ReplyDelete
  6. wah kagum jgak. 👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. tak lama lagi cantik dah chow kit.. setanding area Bukit bintang barangkali.. hee~

      Delete
  7. Nice sharing.
    Chow kit popular dengan lagu arwah Sudirman Chow Kit Road

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ nak amik mood menulis aritu.. siap dengar lagu Chow Kit Road..

      Delete
  8. Chow Kit pun dah nak ada mercu tanda sendiri yea..hebat

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah.. akan jadi tarikan para pemborong nanti..

      Delete
  9. Bestnya...nanti jd mcm gm klang la kan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah.. GM Klang, KWC.. seme tempat memborong gitu la.. hee~

      Delete
  10. kalau ikut lakaran mmg cantik...
    hrp nye menjadi..huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha~ kan.. aamiin.. doakan yang baik baik sebab nanti banyak peluang pekerjaan untuk yang memerlukan..

      Delete
  11. Bakal mercu tanda baru bandar Kuala Lumpur

    ReplyDelete
  12. Makin mahal barang selepas ini...ya lah kena bayar sewa lebih nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berani nak cakap jugak sebab kat sana dorang jual barang secara borong dan terus dari pengeluar.. hee~ in shaa Allah.. kalau kita pandai berjimat, tak perlulah beli barang yang mahal.. beli yang biasa2 saja pun tak pe..

      Delete
  13. makin banyak tempat memborong.. peniaga mesti happy

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan !! jangan dilupa.. hee~ pembeli pun happy sama !!

      Delete

Powered by Blogger.