SANTAI MALAM PILIHAN ANAK-ANAK DENGAN DESPICABLE ME 3
sejak dua menjak ni, kakak sedikit sibuk yang ntah pape.. hee~ kesian kat bangman dengan dakaina sebab tak de aktiviti sangat.. kira nak menebus kesalahan dan kecuaian kakak jugak la ni.. lepas jek balik dari jemputan open house boss encik suami kakak, kami terus la pasang plan pegi tengok wayang..

opppsss !!
terang lagi nyata bukan pilihan kakak untuk tengok cerita kartun.. disebabkan dua ketul tu bertekak.. sorangn ak tengok Transformers, sorang lagi nak tengok Minion.. ade la sikit pertelingkahan.. hahahah~ dah nama adik beradik kan.. mesti la kena bergaduh sesikit.. dan bangman mengalah..
sebab ?
cerita Transformers makan masa 2 jam 29 minit kot.. lama gile.. dan kakak berani makan sate 30 cucuk yang bangman akan meragam nanti sebab bukan genre drama / filem yang sesuai untuk dia.. jadi !! lepas bincang bincang dan upah aiskrim, dia okay jek untuk me - Minion - kan diri dengan dakaina.. hee~
DESPICABLE ME 3
kakak tanak cite sape yang bikin cerita ni, production mana, sape pengarah dia, sape cast yang mewakili watak watak seme.. hee~ tak syok la kan.. tu korang boleh carik sendiri.. yang kakak nak share, BEST ke TAK..
pada kakak, tiket berharga RM 14.00 untuk seorang dewasa dan RM 7.00 untuk seorang kanak-kanak sangat berbaloi.. sebab korang akan mula ketawa sepanjang 1 jam 30 minit dengan pelbagai adegan mencuit hati.. tapi Minion kurang keluar sangat sangat.. TAPI !! korang tetap akan terhibur dengan gelagar Gru dan family comel dia..
![]() |
kalau tak sabotaj gambar ibu memang tak sah dorang ni.. hee~ |
apa yang best, misi kali ni Gru berhadapan dengan villain yang merupakan bekas bintang cilik tahun 80 - an, Balthazar Bratt yang berjaya mencuri berlian besar kaler pink.. wuhuu-- Bratt nak menggunakan berlian tersebut sebagai salah satu senjata untuk menghuru hara kan Hollywood.. mana mau nye..
dan tak dan muncul Dru, kembar Gru yang lama terpisah.. memang berbeza karekter membuatkan watak Gru dan Dru saling menyokong antara satu sama lain..
PLOT PENTING
- korang kena tengok cemana Lucy membelasan orang kat kafe, tempat Agnes menjerit seronok lepas dia tau kat mana lokasi dia boleh jumpa unicorn.. hahahah~ memang seorang ibu yang protective melampau gile..
- Gru dan Dru menyelinap masuk ke markas Bratt..
- mata comel Agnes.. melting weyh.. dah la comel..
- ce try kira berapa ekor oinky kat dalam filem nih.. hahahaha~ sebab Dru menjalankan bisnes ionky untuk mengaburi 'bisnes' sebenar yang diwarisi oleh ayah dorang..
- unicorn dan kambing tak jauh beza ape.. hahahaha~
ending dah tentulah HAPPY ENDING.. eh !! serius korang kena tengok bawak anak-anak nanti.. tau..
g layan trailer dia dulu..
memang korang pun turut terhibur.. bukti ? encik suami kakak tak terlelap pun sepanjang 1 jam 30 minit tu.. hahahah~ ajaib kan ? maksudnya ape ? BEST..
kita mak2 pun boleh layan jugak menonton cerita kanak2 jd hilang la stress kerja
ReplyDeleteserius kak.. saya pun enjoy.. hee~
DeleteBelum lg bawa anak2 tengok minion ni
ReplyDelete..kalo budak be2 tu tau ada minion comfirm dh kena paw
hahahaha~ ala.. bawak jek la.. best cite ni.. serius..
DeleteLamanya la hai ana tak ke wayang. Last rasanya 6-7 tahun lps. Boleh lah nak bawa syafi lps ni. :)
ReplyDeleteamboi.. lamanya.. hee~ try la carik masa bawak syafi.. mesti dia seronok..
Deleteramai kata best tp xsempat lg nk layan movie.. last tgk wonder women saja.. apa pun selamat hari raya atie !!
ReplyDeletewaa.. wonder women tak tengok lagik.. sebab tak bleh bawak anak2.. hee~
Deletemesti best drama ni kan..cerita kartun memang best.
ReplyDeletebest filem nih dik.. try la g tengok.. release tension..
DeleteBestnya tengok wayang dengan anak anak kan...=)
ReplyDeletehee~ anak2 dah besar dah boleh behave.. kita layan kan aje.. selagi mampu, hiburkan anak2 dengan cara kita..
Deletebelum tengok lagi Despicable Me. Teringin nak bawak budak2 ni jgak. Bila ada masa mesti pergi.
ReplyDeletehaa.. pegi nanti tau.. hee~
Deleteoh lucy wujud lg ke..walaupun kurus memang berstamina cik puan lucy tu...
ReplyDeletehahahaha~ ade lagik lucy tu.. makin menjadi weyh..
DeleteSeronok bawak anak tgk movie camni.. Tp anak lea tak boleh agik.. Kang bukan tgk wayang tp dok kejar dia dalam panggung.. ekekeke
ReplyDeletea.. masih dalam fasa 'tak paham bahasa' tu.. hee~ sabar la sikit.. nanti dia dah besar boleh jadikan tengok wayang sebagai behave rewards..
DeleteMesti best Kan. Bilalah mama nk melayan movie niplak
ReplyDeletehee~ best.. serius.. g la hujung minggu ni..
Deletewahh dah tngok ! anak saya 3 tahun tu pn mmg minat sangt cita ni.. dlm planning nak bwk jugak tngok movie ni :)
ReplyDeletehahahah~ kalau anak dah minat tu, memang tak de alasan tak bawak tu.. serius best..
Delete