6 + 1 TIPS UNTUK PELARI JARAK JAUH KEKAL CERGAS DAN MENGELAK KECEDERAAN

wah !! mentang mentang kakak nak berlari 5 km untuk kali pertama seumur hidup selepas 31 taun hidup.. ha.. ko.. siap nak kongsi tips nih.. hahahaha~ gigih kan ? ala.. korang layankan jek TIPS UNTUK PELARI JARAK JAUH KEKAL CERGAS DAN MENGELAK KECEDERAAN..



1 : MINUM AIR MASAK

  • pastikan pengambilan air masak korang cukup pada sebelum / semasa / selepas berlari supaya badan tidak terhidrat semasa berlari.. hidrasi yang cukup sangat penting bagi memastikan organ dalam badan terutamanya buah pinggang berfungsi dengan baik dan dapat mengelakkan heat stress..

2 : LATIHAN

  • berlari untuk jarak yang jauh mendedahkan diri korang mengalami kecederaan sekiranya korang memang tak biasa.. haa.. sebab tu, sebelum berlari korang kena biasakan diri walaupun dalam tempo yang perlahan.. ini juga dapat menguatkan otot-otot agar tidak mudah penat dan cramp semasa hari bertanding..

3 : KUALITI TIDUR

  • berlari memang memerlukan tenaga yang banyak sebab tu korang kena pastikan waktu tidur korang berkualiti supaya kekal bertenaga dan mental lebih bersedia..

4 : KONDISI TUBUH BADAN

  • ini kali pertama korang ? hee~ sep !! sama dengan kakak.. sebab tu firstimer ni kena faham dulu bahasa tubuh badan dan tak terlampau memaksa sekiranya tak mampu untuk meneruskan larian.. tak payah letak target besar takut nanti stress.. 
keh keh keh.. eksaited gile weyh !! hee~

5 : GEAR CHECK

  • sila elakkan kelam kabut.. haa.. penatkan kalau kelam kabut.. hee~ jadi.. pastikan semua keperluan larian korang disediakan sehari sebelum pertandingan.. 
  • barang wajib : bib / gel energy / kasut / stokin / pouch belt / heart rate ( kalau ada ) / baju dan seluar larian / cream pemanas ( kakak selalu guna Counterpain )

6 : PEMILIHAN MINUMAN ISOTONIK

  • kalau dah jenis jenis berlari ni mesti tau apa manfaat minuman tambah tenaga / isotonik ni.. hee~ ye.. kakak pun bergantung pada minuman isotonik ni supaya bendalir dalam badan tidak terhidrat dengan cepat.. tapi.. kakak tetap memilih minuman isotonik tanpa gula dan bekerja jauh lebih baik berbanding minuman yang ada kat peti sejuk di pasaraya..

BONUS !!

7 : SOLAT

  • untuk yang beragama Islam, adjust masa untuk korang solat.. kakak ada baca pengalaman seorang pelari tegar.. hee~ sebelum mula lari, dia akan siap siap amik wudhu' sebelum flag off bila masuk waktu jek, dia akan berhenti solat sekejap.. ha'ah.. kat mana-mana pun tak pe.. 
yang penting, tempoh untuk korang standby tu.. jangan terlampau lewat sebab nanti otot terkejut.. tak memasal, kejang sana sini sinun nanti.. hee~ pape pun.. korang yang kaki lari ni memang tetap kakak pandang HEBAT.. sebab boleh tahan berpeluh peluh.. hahahah~

6 comments:

  1. Penting ada stamina yang kuat berlari jarak jauh ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. stamina tu pulak kita kena 'didik' dia.. baru ummmppphhhh..

      Delete
  2. Wow.. Good tips. Stamina ahkak pun dah down gila dah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ kan !! dah la musim raya nih.. jenuh gak la..

      Delete
  3. Tq for tips. Satu lagi, doa byk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. doa tak boelh tinggal.. hee~

      Delete

Powered by Blogger.