MEMUPUK SEMANGAT KEMERDEKAAN MENERUSI LUKISAN DENGAN BIMBINGAN PELUKIS TERKENAL, YUSOF GAJAH

wah !! semakin nak dekat dengan ambang Kemerdekaan Malaysia yang ke - 60, semakin banyak aktiviti yang dilakukan pelbagai pihak untuk sama-sama merasai kemeriahannya.. tak lupa juga dengan pelajar dari sekolah Beaconhouse Sri Lethia, Klang, Selangor yang turut Memupuk Semangat Kemerdekaan Menerusi Lukisan Dengan Bimbingan Pelukis Terkenal ; Yusof Gajah..


seramai 80 orang pelajar berusia dari 9 - 16 tahun, dipimpin oleh Tuan Yusof Gajah, telah mengambil bahagian dalam sesi lukisan berpandukan lukisan asal yang telah dipilih lalu diterjemahkan kembali ke atas kanvas yang telah disediakan.. haa.. bukan senang tau nak copy - paste balik lukisan yang hanya bersaizkan kertas lukisan biasa.. hee~ 

tapi kesemua mereka berjaya melakukannya dengan bangga !!


lukisan-lukisan yang telah siap akan dipamerkan di dinding sekolah untuk dipertontonkan kepada semua warga sekolah Beaconhouse Sri Lethia..

dengan menggalakkan kanak-kanak terlibat sama secara aktif dalam meneroka idea-idea kreatif, Beaconhouse Sri Lethia berharap dapat menanamkan nilai jatidiri yang tinggi dan rasa sayang kepada negara.. haa.. jangan tak tau.. bila kanak-kanak mula meneroka dengan warna dan kanvas, mereka juga sedang membina imaginasi dan pengalaman dalam bidang seni..

jom kita tengok aktiviti sepanjang program berjalan..









terima kasih Tuan Yusof Gajah untuk sesi 'borak borak' sambil sempat kakak mengutip tips.. hee~ tapi kakak suka dengan soalan beliau..

"tak berminat nak tulis buku ke ?"

soon tuan..
soon..


untuk maklumat lanjut mengenai Beaconhouse Sri Lethia :

LAMAN SESAWANG : BEACONHOUSE SRI LETHIA

serba sedikit mengenai Tuan Yusof Gajah :

FACEBOOK : YUSOF GAJAH

2 comments:

  1. cantiknyeeee dorang lukis.. e'in nie langsung tak reti lukis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ sama la kita e-in.. lukis lain - gambaran lain - jadinya lain.. terus malas la macam tu..

      Delete

Powered by Blogger.