PUNCA INSOMNIA DAN CARA UNTUK MERAWAT TANPA MENGGUNAKAN UBAT TIDUR

haa.. siapa follow instagram dan personal facebook kakak, mesti perasan.. hee~ dua tiga menjak ni memang kakak susah nak tidur malam dan kalau dapat tidur pun, sekadar sejam dua lepas tu cargas balik.. kenapa ? hee~ kakak ada masalah tidur ke ? ya.. secara tak lansung BETUL.. tapi.. apa punca insomnia dan bagaimana cara untuk merawat tanpa menggunakan ubat tidur ? mesti korang nak tau kan..


benda ni ( insomnia ) bukan masalah baru pada kakak.. hee~ mungkin cuma kakak tak ambil berat sebab tak de rasa letih / sakit / lemah / migraine / selesema / batuk pun.. semua okay macam biasa.. yang tak biasanya, waktu tidur malam kakak yang sepatutnya 8 jam menjadi sekadar 2 atau 3 jam jek.. cukup ke ? hee~ korang rasa ? ya !! cukup sangat sebab kakak percayakan kualiti berbanding kuantiti..

APA ITU INSOMNIA ?

gangguan tidur yang disebabkan pleh faktor psikologi dan biologi membuatkan pesakit ** penyakit ke eh insomnia ni ? hee~ yang penting boleh bawa penyakit.. jadi kita panggil pesakit la ye.. * susah untuk tidur pada jumlah jam yang normal.. ada pakar yang mengatakan insomnia ni BUKAN PENYAKIT tapi boleh mendatangkan penyakit kalau tidak dicegah dari awal..

PUNCA INSOMNIA

1 : faktor medikal dan biologi

  • usia semakin meningkat
  • jet leg
  • stroke / alzheimer
  • hormon tidak seimbang
  • faktor genetik
  • kesan sampingan penggunaan ubat / minuman / makanan / dadah / alkohol
2 : faktor psikologi

  • gangguan mentak seperti anxiety disorder atau bipolar
  • terlampau banyak berfikir
  • dipresi
  • ketakutan ketika tidur
    • rapid eye mivement
    • mimpi buruk seperti ditindih semasa tidur ( sleep paralysis )
    • sleepwalking

3 : faktor luaran

  • waktu kerja yang tidak teratur
  • overwork
  • keadaan sekeliling yang bising
  • kerja shift malam
  • pola tidur tak teratur
nampak ? kebanyakannya memang berkait rapatkan lagi lagi tang mimpi ngeri siap kena tindih tu.. hee~ menakutkan betul sampai boleh terganggu waktu tidur.. ye la.. bila dah terjaga tu mesti tak boleh tidur balik punya laa..


CARA MERAWAT INSOMNIA

kakak pernah tanya seorang pengamal perubatan pasal masalah yang kakak hadapi ni.. em.. beliau mengatakakan TIADA SHORTCUT untuk kembali normal melainkan ubah gaya hidup seperti mengawal pengambilan gula putih dan makanan bertepung.. ye ke ? hee~

BETUL !!

dan kakak memang faham lagi jelas tu.. tapi tak pe la.. kalau kakak explain panjang panjang mesti ade yang tercengang kan.. abaikan tentang kakak..

kalau korang pun ada masalah yang sama, apa kata cuba tips ni :

1 : tolak terus makanan dan minuman berkafien dan berkerbonat sebelum tidur sebaliknya gantikan dengan susu suam atau air masak suam..

2 : tempat tidur hanya untuk tidur dan bukannya tempat membaca, main game, menonton televisyen mahupun memasak.. hee~ tak boleh..

3 : susun jadual tidur sebaik mungkin mengikut jam dan waktu yang teratur.. selama proses penyembuhan, elakkan tidur siang suapaya lebih mudah lena pada waktu malam nanti.. ce la try..

4 : tak jalan jugak ? hee~ pergi la jumpa doktor dan doktor akan beri ubat mengikut punca insomnia korang.. ubat tidur ? em.. tu jalan terakhir.. jangan gatal gatal terus mintak ubat tidur eh.. kang pengsan tak sedar diri korang kan..

cuma pada peringkat awal, korang kena kenal pasti apa masalah dan faham kenapa masalah tersebut membuatkan korang tak boleh nak tidur malam.. tau !! 

15 comments:

  1. Saya biasa juga tido lewat... tak pasti insomnia ke apa... nice info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ macam permulaan jek tu.. mungkin awak dah boleh ubah waktu tido.. awalkan sikit..

      Delete
  2. susah tu imsonia ni.mahu riau xleh tdoq.huhu

    btw jemput join contest SEO di website zeeta.com.my taw.
    hadiah lumayan habisssss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. huu~ seksa.. kulit muka pun habis ikut problem..

      Delete
  3. takde masalah sangat sebab tahu camna nak handle.

    tapi itulah..kekadang..melayan gak insommnia nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ kadang2 memang perlu layan sebab lifestyle kita sebagai blogger.. adoi.. try la repair dan faham dari mana punca..

      Delete
  4. bahanye nye kak kalau tak cukup tidooooo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul dik.. takut wayar putus.. hahahah~

      Delete
  5. akk kekadang insomnia jugak..mungkin faktor usia dan mungkin sbb kekdg tu terlalu gila membaca..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ kalau rajin membaca tu bagus dari segi upgrade ilmu tapi dari segi kesihatan mungkin boleh tapis tapis waktu untuk membaca tu..

      Delete
  6. insomnia ni nmpk mcm masalah ringan. tetapi, kalau dah hari2 sukar nak tidur memang boleh mengganggu kualiti hidup kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu shikin.. nampak macam "ala.. insomnia jek--" tapi risiko kesihatan..

      Delete
  7. Sapa pulak yang memasak atas katil ni? Haha... Paah pun dah terbiasa tido lambat dan kalau tido akan terjaga sebab baby mintak susu... Kikiki

    Jemput jalan ke blog saya...

    https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/27/vitamin-untuk-bantu-kecutkan-cyst-semasa-mengandung/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ amboi.. memasak atas katil tu..

      Delete
  8. bila siang dah penat, aku memang senang nak tido pada belah malam,

    tapi sebenarnya kalau tak penat pun aku mudah nak tido.hehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.