SATU GELAS SUSU DUTCH LADY PUREFARM SETIAP PAGI UNTUK PERMULAAN YANG KUAT

haa.. sarapan ape pagi tadi ? nasi lemak ? roti canai ? hee~ tapi minum susu tak ? TAK ? ape ? TAK ? haish.. korang tau tak kajian menunjukkan pengambilan segelas susu dalam hidangan sarapan membantu memenuhi keperluan pengambilan tenaga dan nutrien yang disyorkan untuk orang dewasa dan kanak-kanak.. ya.. dah tentulah susu Dutch Lady PureFarm !!


apa yang kurangnya dalam ramuan sarapan pagi rakyat Malaysia ? siapa dapat teka ? hee~ ini jugak la soalan yang cuba dijawab oleh pihak Dutch Lady PureFarm, rangkaian susu sedia - untuk - diminum nombor 1 di Malaysia..


“sarapan merupakan hidangan paling penting dalam hari anda kerana ia 
merupakan makanan pertama yang kita makan selepas tempoh 8 hingga 12 jam 
daripada hidangan terakhir yang dimakan.. bekalan nutrien yang semakin kurang 
selepas 12 jam bermakna otak kita kekurangan tenaga apabila bangun pagi.. 
metabolisme kita juga memerlukan makanan untuk mula bertindak.."

Ashlee Ng, Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia 


ya !! kakak setuju sebab sangat penting keperluan nutrien yang mencukupi daripada sarapan harian bagi membantu memulakan hari dengan lebih bertenaga !! hee~ capai jek sekotak susu Dutch Lady PureFarm dalam peti sejuk, dan minum.. bukan susah nak kena bancuh pun kan ?

menurut Prof. Dr. Poh Bee Koon dari Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia ; yangm engetuai kajian SEANUTS Malaysia menunjukkan bahawa :

  • hanya 2 dalam tiga orang kanak-kanak di Malaysia yang makan sarapan setiap pagi, oleh kerana itu, sangat penting untuk memilih sarapan yang berkhasiat..
  • pasukannya menganalisis tujuh jenis sarapan pagi yang popular untuk mengetahui sama ada ia membekalkan jumla tenaga, protein, vitamin A, B2 dan D serta kalsium untuk memenuhi 20% hingga 25% daripada pengambilan tenaga dan nutrien yang disyorkan untuk orang dewasa dan kanak-kanak..
  • kajian mengambil ilham daripada MyBreakfast Study of School Children untuk mengenalpasti makanan yang paling biasa diambil pada waktu pagi oleh kanak-kanak di Malaysia.. ramuan dan saiz hidangan sarapan pagi ini dianalisis mengikut Garis Panduan Pemakanan Malaysia.. 
  • tujuh jenis sarapan pagi paling biasa diambil oleh rakyat Malaysia adalah :
    • nasi lemak
    • nasi goreng
    • mi goreng
    • roti canai
    • french toast
    • sandwich sardin
    • gabungan karipap dan dua jenis kuih

"analisis sarapan pagi paling biasa ini menunjukkan bahawa ia tidak dapat membekalkan
nutrien penting yang cukup untuk memenuhi 20% hingga 25% pengambilan nutrien
harian yang disyorkan ( RNI ) untuk orang dewasa dan kanak-kanak..
bagi orang dewasa, hidangan sarapan ini tidak mengandungi tenaga, protein,
vitamin D dan kalsium yang mencukupi yang penting untuk membantu mereka
memulakan hari dengan baik ; dan bagi kanak-kanak, mereka kekurangan vitamin D
dan kalsium yang penting untuk perkembangan tulang dan keseluruhannya.."

Prof. Dr. Poh Bee Koon


kandungan vitamin D dan kalsium yang rendah turut dikesan oleh dua tinjauan lain yang menunjukkan orang dewasa dan kanak-kanak Malaysia kekurangan nutrien dalam pengambilan makanan mereka.. menurut Kajian Pemakanan Asia Tenggara ( SEANUTS ), hampir 50% kanak-kanak Malaysia mengalami kekurangan kalsium dan vitamin D manakala Kajian Pemakanan Orang Dewasa Malaysia 2014 menunjukkan pengambilan mikro nutrien utama daripada dua pertiga RNI yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan..


lebih merisaukan adalah ; kajian SEANUTS menunjukkan kanak-kanak Malaysia pada purata anya minum setenga hidangan susu setiap hari dan cuma 5% kanak-kanak yang memenuhi kuantiti yang disarankan iaitu 2 hidangan susu setiap hari..


walau bagaimanapun, apabila sarapan ini diambil bersama hidangan 250ml susu, pengambilan pemakanan harian pada 20% hingga 25% dapat dipenuhi dengan mudah.. tenaga serta semua vitamin dan mineral yang diukur ( vitamin A, B2, D dan kalsium ) memenuhi keperluan 20% hingga 25% RNI harian untuk orang dewasa dan kanak-kanak..


"rakyat Malaysia biasanya mana nasi lemak, nasi goreng dan mi goreng terutamanya
pada waktu pagi.. walau bagaimanapun, pilihan sarapan ini tidak memberikan makro
dan mikro nutrien yang mencukupi untuk memulakan hari anda dengan bertenaga..
untuk membantu rakyat Malaysia memenuhi keperluan pemakanan untuk sarapan,
kami mengesyorkan untuk meminum segelas susu Dutch Lady PureFarm setiap pagi !!
susu Dutch Lady PureFarm disediakan dalam pembungkusan yang mudah dan sesuai
untuk diminum pada waktu pagi yang sibuk.."

Ashlee Ng, Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia 


susu Dutch Lady PureFarm mengandungi nutrien penting berikut untuk membantu keluarga Malaysia memulakan hari dengan lebih bertenaga :

  • PROTEIN
    • membantu membima dan membaiki tisu supaya otot kita sentiasa berfungsi dalam keadaan yang baik..
  • VITAMIN A
    • membolehkan mata berfungsi dengan sempurna dan membantu memberi tumpuan dan perhatian di sekolah dan juga di tempat kerja
  • VITAMIN B2
    • menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein
  • VITAMIN D
    • membantu menyerap dan penggunaan kalsium dan fosforus
  • KALSIUM
    • sangat penting untuk membina tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak serta membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk gaya hidup yang lebih aktif
saranan untuk menambah segelas susu Dutch Lady PureFarm bersama hidangan sarapan kegemaran untuk korang memulakan hari dengan lebih cergas - setiap hari satu gelas untuk permulaan yang kuat dan bertenaga !!

nah !! maklumat lanjut bagaimana segelas susu Dutch Lady PureFarm boleh membantu korang memenuhi keperluan pengambilan nutrien, layari laman Facebook dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk  atau www.dutchlady.com.my..


24 comments:

  1. kadang2 je wak minum susu., huhu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ sama la kite.. tapi kite makan pil kalsium.. tak mampu nak telan susu.. cuma untuk anak2, memang hari2 kena bagi..

      Delete
  2. amalan minum susu memang bagus...

    saya jarang berpeluang minum susu..apa-apapun bersyukur juga kerana ada air kosong yang mudah perolehi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu tuan.. disamping minum susu, pengambilan air masak pun penting jugak.. paling kurang 3 liter sehari tau.. hee~

      Delete
  3. Sarapan pagi dengan segelas susu dutchlady . Pagi2 buka microwave panaskan susu ni . Sedap diminum

    ReplyDelete
    Replies
    1. huish.. siap panaskan tu.. tak pernah buat lagi sebab anak2 suka minum susu sejuk.. hee~ nanti boleh try..

      Delete
  4. Semalam anak minum susu ni yg dah lama dlm esbok sampai pahit rasa dia Atie...
    Sayangkan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa.. ngape disimpan susu lama2 nom ? tengok expiry date sebelum minum len kali tau.. takut sakit perut plak nanti..

      Delete
  5. Sha suma minum susu sebelum tidur.. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa.. bagus2.. hee~ maksudnya sehari 2 gelas ke hape ?

      Delete
  6. mmg suka minum susu dutchlady

    ReplyDelete
  7. dulu x suka susu kotak ni sbb ada bau... la ni x kira janji boleh minum susu wpn bkn hari2 ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ kan.. saya pun tak brape nak minum susu dari kotak tapi kadang2 kehabisan stok pil kalsium.. telan jugak la..

      Delete
  8. Dulu-dulu memang susu 2 kali sehari..
    sejak mengandung ada lactose intolerance langsung tak minum susu, seterus bf pun dah terbiasa tak minum.. 2nd baby pula allergy.. curi2 anak yg terseksa. Udahnya tak minum dah sekarang.. ambik ostematrix sahaja sebahai sumber kalsium.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bersebab tak pe sis.. paling tak sis cuba cari jalan penyelesaian.. hee~ maklum la.. wanita ni mudah kena osteoporosis.. bahaya tu..

      Delete
  9. Serius dah agak lama tak minum susu semasa breakfast. Sekarang lebih kerap minum kopi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ segar la bijik mata tu tuan.. boleh bikin entri berkualiti lagi..

      Delete
  10. info yang berguna

    www.kickstory.net

    ReplyDelete
  11. Huda pagi2 mesti kena minum susu. Rasa lain pulak kalau tak minum susu. Sudu diminum pun memang dutch lady. Dutch lady yang biasa tu. Sometime amik jugak yang pure farm tu. Ada beza ke? Hihi. Anak2 pun minum dutch lady jugak 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ ntah la tu.. mungkin bezanya cuma kena bancuh dan dah sedia dalam kotak.. hahaha~ boleh pakai tak ayat tu ?

      Delete
  12. Saya suka amat susu ni. Minum 2 gelas sehari pun macam tak cukup rasanya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ampun !! sama macam anak nombor 2 saya.. kemain tau kalau dapat susu Dutch Lady Pure Farm ni.. mau sekotak besar tu dia tanak kongsi dengan sesape.. hee~

      Delete

Powered by Blogger.