BERAPA AGAKNYA JUMLAH KESELURUHAN BEG TANGAN YANG PERNAH DIGAYAKAN OLEH FAZURA ?

bergelar artis pada usia yang muda bukan sesuatu yang asing untuk orang Malaysia tetapi mengekalkan populariti dari awal sehingga usia menginjak 30 – an dengan imej yang bersih dan mempunyai sense of fashion, bukan semua artis ADA.. hee~ 

hangbag_fazura

kalau korang meminati susuk tubuh yang bernama Nur Fazura Sarifuddin ( Fazura ) mesti korang tertarik dengan gayanya yang sangat ringkas tapi menarik.. bak kata orang, tolak ketepi boleh – tolak ke tengah pun sesuai.. jom !! kita intai koleksi beg tangan Fazura yang katanya berjumlah lebih RM 500,000.00 !! kentang terok !!

beliau yang pernah melakonkan watak Intan dalam filem Pisau Cukur sering menjadi tumpuan mata mata yang menghunuskan lensa, penampilan wanita berusia 34 tahun ini belum pernah mengecewakan peminatnya.. tapi kakak taknak la cerita pasal baju ke kasut dia ke, yang menarik perhatian kakak, HANDBAG beliau.. hee~ terfikir jugak, berapa nilai keseluruhan beg tangan beliau.. em.. jom !! kita cek..

HERMÈS CONSTANCE

ya !! kalau korang merupakan salah seorang followers Instagram beliau, korang akan perasan yang beliau mempunyai beberapa warna untuk Hermas Constance.. urut dada bila tengokkan harga semasa handbag tersebut.. hee~

handbag_fazura

kalau ikut harga semasa Hermes Constance ni cuma dalam USD 7,750.00 jek dan kalau convert ke ringgit Malaysia ada la dalam RM 30,572.98.. hee~ untuk sebijik tau.. kalau ada 4 ( empat ) bijik, korang darab kan lah sendiri.. ini yang kita nampak 4 ni, kot ada lagi yang dia tak pakai ke kan atau kakak tak jumpa gambarnye ke..

HERMÈS ROUGE PIVOINE BIRKIN 30 RED GOLD

paling cantik dan menarik perhatian kakak.. hee~ mungkin sebab warna dia merah dan menonjol membuatkan Fazura nampak lebih yakin dan berani.. tapi !! kakak cuma mampu menaip jek la saat ini, nanti nanti kalau termakbul impian kakak nan satu ini, boleh la berangan ala ala Fazura..

beg_tangan_fazura

menurut laman web http://www.malleries.com, harganya cuma USD 19,950.00 dan kalau dalam ringgit Malaysia cuma RM 78,700.76 jek— ** marilah menabung sehari sehengget.. hee~ **

HERMÈS KELLY

warna hijau emerald dan Fazura memang serasi dan penampilan beliau bersama Hermes Kelly semasa beliau di Paris baru baru ini sangat elegan dan matang.. agaknya berapa ya harga Hermes Kelly ni ?

koleksi_beg_tangan_fazura

eh !! serius.. yang ni tak mahal mana.. hahahaha~ cuma USD 11,800 ataupun RM 46,549.82.. haa.. ini murah la sikit berbanding yang merah menyala tu.. kan ? murah ke ? ko mampu ? hee~
okeh.. cukuplah cerita pasal Hermes kan, habis menjejes airliur sebab mampu tengok jek.. nak beli belum mampu.. hee~ jom !! intai lagi koleksi handbag beliau yang selalu beliau gayakan..

GIVENCHY ANTIGONA

hitam kalau digayakan dengan pakaian apa atau majlis bagaimana pun tetap serasi sama macam Fazura dan Givenchy Antigona beliau.. tampil manis dan berkeyakinan tinggi ; Fazura..

koleksi_tas_tangan_fazura


CHANEL HANDBAGS

ibarat tak boleh dipisahkan, terlampau banyak gambar Fazura bersama handbag jenama terkemuka dunia ; Chanel dalam pelbagai bentuk – gaya – rupa – warna mengikut kesesuaian majlis yang beliau hadiri.. masih tampil ringkas dan elegan.. agak-agaknya berapa ya harga keseluruhan koleksi Chanel beliau ? hee~ nak kira tak ? jangan ternganga tau..

koleksi_handbag_fazura_ayat_ayat_cinta_2

kalau korang rajin nak explore lebih pasal handbag Chanel Fazura ni, mungkin korang boleh masuk sini –> Chanel Malaysia ; untuk memastikan berapa harga sebenar handbag yang dipakai Fazura ni.. em.. kalau kakak tengok sendiri la kan, dari mata kasar kakak la kan.. design yang sama tapi warna jek yang berbeza.. haa.. nampak ? Fazura bukan lah seorang yang cerewet, asalkan selesa.. mungkin beliau okay jek..

kakak dah cek harga untuk handbag Chanel yang beliau selalu pakai ni.. yang kaler NUDE ( gambar kedua ) tu harganya cuma RM 26,500.00 dan diperbuat dari lambskin.. nah !! patut la berhantu mahalnya.. hahahah~

CHANEL ROUND HARD CASE

ini pun kakak minat dan berkenan.. hee~ cantik kan design dia.. kalau USD 2,999.00 convert ke ringgit Malaysia baru RM 11,830.76 gais.. material memang dari leather la kan sebab tu harganya memang sebegitu CANTEKKKK.. comel dan ringkas.. suka !!

fesyen_2018_fazura

CHANEL LARGE CLASSIC FLAP BAG

masa kakak tengok gambar Fazura bawak handbag ni, kakak nak gelak pun ade.. ape kejadah bawak beg sebesar itu kehulu kehilir.. bawak mende la agaknye tu.. hahahaha~ tapi !! dalam tempoh kakak study pasal koleksi handbag Fazura ni, kakak salute gak la kat beliau.. dalam gigih kakak gelak, rupanya harga handbag tersebut USD 5,200.00 gais !! lebih kurang RM 20,5134.80.. terus kakak tak jadi gelak dah.. hee~ cuma tak boleh brain lagi la.. ape yang beliau isi kat dalam tu..

koleksi_handbag_chanel_fazura

haa.. buat masa ni mana satu handbag Fazura yang korang berkenan ? hee~ belum ada lagi ? serius la tak de ? adoi.. ni nak mintak lagi gambar handbag Fazura lagi ke cemana ?

ROGER VIVIER SMALL VIV’ CABAS IN LEATHER

menurut laman web rasmi Roger Vivier Paris, handbag yang Fazura pakai dalam gambar tu merupakan koleksi Spring – Summer 2018 !! kentang !! maksudnya latest design la ni kan ? kan ? hee~ ke cemana ? puas gak kakak Google harga handbag ni dan paling muktabar memang kat laman web rasmi dorang la..

tengok harga dah ?

koleksi_handbag_mahal_fazura

okay.. convert sendiri ke RM ya anak-anak.. semua nak kena suap jek ni.. hahahaha~ lebih kurang RM 11,000.00 jugak tu.. masih cantik dan simple.. kan ? kan ? manis..

JUDITH LEIBER STRAWBERRY CUPCAKE CRYSTAL

okeh !! semanis cupcake.. hee~ harganya pun boleh tahan kan ? termenung jauh kalau nak membelinya ni.. jadi.. kita tatap jek la Fazura pakai tu.. malas la nak ulas, terkejut.. hahahaha~ nanti korang Google la snediri eh pasal handbag ni.. kakak bagi link kat :

SINI.. 

SINI.. 

SINI..

beg_tangan_mahal_koleksi_fazura

sebenarnya ada lagi beberapa gambar yang kakak save tapi cukup la kot setakat ni.. kalau korang obses dengan Fazura, korang roger kakak gambar beliau nanti kakak buat part two eh.. amacam ? tak larat kakak nak screenshot lepas tu Google satu satu nak siapkan satu entri ni ( penat gak la sebab ko main kira kira ntah betul ntah tidak.. hee~ ) sebenarnya.. kalau ada harga yang salah / jenis beg / jenama ke, korang bagitau kakak ya nanti kakak edit..


KOLEKSI BEG TANGAN FAZURA

agak-agak korang la kan.. berapa jumlah keseluruhan harga handbag Fazura dalam entri kakak yang ni ? hee~ sape dapat kira dengan tepat ? ade tak lebih RM 500,000.00 ? ini gambar yang ADA tau.. ada banyak lagi gambar beliau dengan handbag cecantik lain cumanya mata kakak tertancap dengan brand dan gaya Fazura dengan handbag kat atas nun..

maklum la..

kakak bukan minat sangat kat Fazura ni tapi semua cerita dia kakak tengok.. hee~ tak de la minat sangat.. serius.. nampak muka serius kakak ni ?


9 comments:

  1. Fuhhhh mahal tak tertahan tengok harga dia.

    ReplyDelete
  2. Kalau teka betul dapat tak handbag satu muahahhahaaaaa....

    ReplyDelete
  3. Telan air liur tengok harga beg dia satu2.. huuu

    ReplyDelete
  4. Fuhh kak, qeela mampu pandang jelaa semuanyaa hahahah..naseb laa tak gile handbag sgt kalau x confirm mencungap urut dada tgk kan 😆

    ReplyDelete
  5. Akak mampu telan air liur je...

    ReplyDelete
  6. Gigih kakak kumpul info harga beg fazura. Nampak sangat kakak tak minat dekat dia kan. Haha. Orang mampu boleh lah kakak. Macam Ana ni mampu tengok je tak pun mampu beli yang dekat kenanga tu je. Hehe.

    ReplyDelete
  7. byk handbag dia dannn mahal gilosss...mampu tengok je laaa

    ReplyDelete
  8. Mampu tengok je Atie....takde satu pon handbag dalam senarai ni akak ada. Huhuhu....

    ReplyDelete

Powered by Blogger.