APA SAYA NAK BUAT KALAU ANAK SAYA KENA BULI DI SEKOLAH ?

by - March 12, 2018

Allahu.. remuk redam hati seorang ibu bila dapat tahu anak kena buli kat sekolah.. kan ? anak yang kita besarkan ibarat menatang minyak yang penuh, takut tertumpah akhirnya ditumpahkan oleh anak orang lain.. haa.. apa nak buat kalau anak kena buli kat sekolah ?

anak_Saya_dibuli

ya !! baru-baru ni Nur Aiman balik dengan keadaan baju yang sangat kotor.. hee~ mula tu kakak tak de la rasa apa pun sebab budak lelaki dan dalam fasa nak membesar kan.. biar kan jek la.. memang rutin encik suami untuk asingkan semua baju kotor kat dalam bakul-bakul khas..
dan semua bermula kat situ la..


“roslan ( bukan nama sebenar ) tiba-tiba tendang abang dari belakang, abang jatuh..”


ada kesan tapak kasut pada bahagian belakang baju Nur Aiman.. jeng !! walaupun tak de riak sedih ataupun simptom murung pada Nur Aiman, ibu bapa mana yang tak risau kalau ada kesan macam tu kat baju sekolah anak kan ( masa tu la rasa nak marah siapa yang cipta baju sekolah kaler putih.. hahaha~ sakit tangan mak menyental tau.. ) sesi soal siasat pun bermula dan memang itu bukan tugas kakak.. dalam kes soal – jawab, encik suami akan ambil alih sepenuhnya..

ala.. semua tau kot kakak memang baran kang belum sempat budak tu menjawab, dah kena.. hee~ jadi.. kita ambil langkah paling selamat untuk semua pihak, kakak masuk bilik kerja dan tutup pintu sampai sesi soal siasat tamat..


BETUL KE ANAK SAYA KENA BULI ?


kami, bukan sejenis ibu ayah yang akan percaya kata-kata anak 100% dan menidakkan pada kenyataan pada sebelah pihak lagi.. Nur Aiman kata dia ditendang dari belakang dan terjatuh kemudian disepak beberapa kali.. em.. kalau korang kat tempat kakak dan suami, apa yang korang buat ? hee~ selain tenteramkan anak, apa lagi ?

ya !!
siasat !!

pertama-tama.. kakak mainkan peranan sebagai ibu untuk hubungi guru kelas Nur Aiman dan bertanyakan situasi tersebut.. dan.. memang tak de jawapan selain “saya akan siasat perkara ini..” sebab masa tu bukan waktu cikgu tersebut.. dan kakak ambil keputusan untuk hubungi ibu anak tersebeut.. haa.. borak pun cara mak mak la.. tak de la nak marah-marah ke apa cuma yang kakak tekan kan..


“saya takut anak saya yang mulakan dulu, sebab tu saya nak tau keadaan yang
sebenar dari pihak Roslan ( bukan nama sebenar ) pula..
betul ke Roslan ada tendang Nur Aiman tadi ?”


selalunya dalam keadaan macam tu, pihak yang satu lagi akan memberi respon.. ya !! bergantung pada ibu ayah juga sebab ada jek ibu ayah yang terlampau percaya pada kata-kata si anak.. hee~ tapi kalau ada keadaan macam tu, kita kena pandai tanya soalan yang tidak mengguris hati mana-mana pihak samada pihak anak kita ( mangsa ) atau pihak yang melakukan ( pemangsa )..

anak_Saya_dibuli


“biasa la tu puan, anak lelaki nak membesar memang lasak sikit..”


oh !! tak BIASA pada saya sebab ada kesan lebam dan melecet pada beberapa bahagian tubuh badan Nur Aiman.. hee~ usai solat Maghrib kami bersiap-siap ke klinik untuk membuat pengesahan dari pihak yang lebih pakar..


1. BAWA ANAK KE KLINIK


jika ada sebarang kesan seperti lebam dan luka, sebaiknya terus ke klinik untuk buat rawatan dan minta surat dari pihak doktor.. macam kes Nur Aiman, memang ada beberapa kesan lebam dibelakang badan dan merah di leher seperti dicekik.. hee~ ibu senyum jek.. serius ibu tak marah marah sebab Nur Aiman ambil langkah yang betul dengan tidak membalas semula tindakan Roslan tadi.. kalau tak, confirm teruk ibu kena amuk dengan ibu ayah Roslan..

tak kisah la kalau dibuli atau membuli selagi ada sebarang kesan yang NAMPAK, pergi untuk checkup.. doktor klinik yang kami pergi ni pun ada bagitau memang banyak kes buli yang melibatkan pelajar sekolah rendah dan keadaan tu semakin teruk.. em..

tujuan kami minta surat ? untuk pantauan pihak sekolah dan menjaga keselamatan Nur Aiman nanti nanti..

anak_Saya_dibuli
bawa anak ke klinik untuk rawatan susulan takut ada inside injury.. kalau luar kita nampak la tapi kalau kat dalam, tak nampak weyh..

untuk kakak dan suami, kenyataan konsisten dari Nur Aiman sangat penting.. umum kena tau.. anak yang pandai menipu adalah anak yang bijak tapi tindakan dari ibu ayah yang ‘mengizinkan’ anak teruskan penipuan..


2. REKOD PERBUALAN ANAK


kakak tak percayakan Nur Aiman ? ya !! Nur Aiman pun budak lelaki yang baru nak membesar.. lasak dan panjang akal memang YA.. hee~ kakak tak nafikan.. tapi untuk kakak percaya sepenuhnya pada Nur Aiman memang tak.. ada juga rasa ragu-ragu.. itu kalau betul Nur Aiman adalah mangsa buatnya kalau dia adalah pemangsa ? dia yang mulakan dulu.. haa.. sebab tu kakak ambil langkah selamat untuk rekod setiap perbualan dengan Nur Aiman tentang kes yang berlaku supaya dapat kesan mana yang silap..

orang kata.. naluri ibu tu betul dan tepat.. kan ? ya.. Nur Aiman dibuli dan sampai ke harini, kenyataan dari Nur Aiman masih konsisten cuma ada beberapa part yang dia tak ceritakan tapi disampaikan oleh cikgu kelas dia.. em.. ape lagi.. makan rotan gak la..


3 : AJAR ANAK MINTA MAAF


apa pun keadaan, ajar anak untuk minta maaf..


“kenapa abang kena minta maaf ? bukan salah abang.. 
Roslan yang mulakan dulu.. abang tak salah pun..”



ya !! memang Nur Aiman tak salah..



“the first to apologize is the bravest, the first to forgive is the strongest..”


ianya bukan satu permintaan tapi ARAHAN yang Nur Aiman kena buat dan alhamdulillah.. dia dapat lakukan dengan jayanya bila cikgu kelas Nur Aiman bagitau tindakan yang Nur Aiman ambil.. sejuk hati makk.. hee~ tak salah pun ajar anak untuk minta maaf walaupun bukan salah dia ( kalau ikut baran kakak, memang salah dia sebab buka ruang untuk kawan membuli.. )


4 : JANGAN UNGKIT


kalau kita yang dah dewasa ni pun tak suka bila kesilapan kita diungkit, sama juga dengan anak kecik.. memang dorang belum besar mana untuk faham semua ni tapi kita yang dah dewasa ni seeloknya main peranan dalam menyelesaikan masalah sebaik mungkin.. walaupun nak masuk seminggu, kami ; suami + isteri tak pernah ungkit dan bertanya lagi apa yang berlaku minggu lepas dan lepaskan macam angin.. hee~ Nur Aiman okay dan Roslan pun okay.. jadi.. buat pe kami nak sibuk sibuk untuk TAK OKAY.. kan ?

jangan ungkit bukan bermaksud lupakan.. sesekali kakak pesan pada Nur Aiman untuk tidak memanjangkan cerita dan berkawan dengan mereka yang baik-baik jek.. sebab anak bukan depan mata kita, maka.. tawakkal jek dan berserah 200% kepada Dia untuk terus menjaga anak-anak kita..


5 : BIAR PIHAK SEKOLAH AMBIL TINDAKAN


yeeeeeee.. itu anak kite tapi bila kejadian berlaku kat sekolah, sebaiknya lepaskan 100% tindakan dari pihak sekolah.. bukan bermakna korang jangan masuk campur, boleh jek amik tau tapi jangan melebih-lebih.. dah banyak kes kakak tengok ; anak, bila depan mata pijak semut pun tak mati tapi bila jauh dari pantauan ibu ayah.. mula buat perangai ( biasanya anak yang selalu dikongkong dan diberi kepercayaan 200% oleh ibubapa ) dan kalau anak diheret masuk ke bilik disiplin, ibu ayah tak boleh terima sebaliknya marah-marah dan menegaskan anak mereka bahekkkkkkkkk sangat dan takkan buat salah..

BIG NO !!

bila depan mata, anak itu adalah anak kita.. tapi bila di sekolah.. anak itu adalah tanggungjawab cikgu di sekolah dan ibu ayah hanya memantau ( kena faham ya.. bukan bermakna tidak perlu ambil tahu LANSUNG sebaliknya wujudkan hubungan baik dengan pihak sekolah untuk memantau perkembangan sehari-hari anak.. )

jangan sesekali melepaskan sepenuhnya tanggungjawab kepada cikgu.. kalau kesalahan anak di sekolah memang sepatutnya lah tindakan diambil oleh pihak sekolah supaya menjadi pengajaran untuk pelajar lain..


KESIMPULAN


dari kes Nur Aiman, kakak dan suami simpulkan.. dorang nak bergurau tapi gurauan terlampau kasar dan Nur Aiman memang tak biasa bergurau kasar.. hee~ dan dia la jadi mangsa.. tak de rasa sakit hati atau nak marah-marah kat mana-mana pihak.. itu tak penting.. yang penting Nur Aiman tau macamana nak handle masalah dia ( sebaik mungkin dia sorokkan nama Roslan sebab taknak ibu marahkan Roslan.. hee~ ) dan jadi lelaki yang budiman yang pandai minta maaf dan memberi maaf..



“seorang muslim ( yang baik ) adalah yang tangan dan lisannya tidak menyakiti orang lain..
- HR. Bukhari no. 10 dan Muslim no. 40


Nur Aiman ada cakap haritu..


"abang akan jadi doktor.. abang akan rawat semua budak yang kena buli..
free je.."


hee~ aamiin-- doakan Nur Aiman ya !!


You May Also Like

8 comments

  1. biasanya pihak yang satu lagi tu tak percaya yg anak mereka tu pembuli

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya !! sama macam situasi anak saya ni sis.. hee~ tapi tak pe la.. kita explain kat anak2 kita cemana cara nak elak dari kanak2 yang bergurau secara kasar ni..

      Delete
  2. Aamiin..hehe bagus Nur Aiman. Teringat akk dulu anak kena pukul masa gi kelas KAFA, akk pun pergi ketuk pintu rumah budak tu..sbb nk tanya kenapa pukul budak yg lebih muda dr dia..alih2 budak tu anak sidia yg katanya suka kat akk..hahaaa. Memang pantang bila anak kena pukul tanpa sebab..hehe tapi kalau cikgu akk redha jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak.. aiman bukan budak yang kasar.. tapi atie takut jugak depan atie jek dia macam tu, kat belakang atie dia lain.. semua dipermudahkan.. cikgu pun dah settle kan semua.. atie tanak masuk campur sebab kes terjadi kat sekolah kan.. hee~

      pada awalnya memang tak boleh terima, tapi aiman kata dia okay.. atie pun patut okay jugak kalau dia dah kata gitu..

      Delete
  3. Banyak jugak step by step tentang kes buli ni yang dapat saya belajar. Saya tak pernah lagi berdepan dengan situasi macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan mintak la.. hee~ mental koyak jugak lepas tengok kesan kasut kat baju anak haritu.. tak tau nak bersuara dari corong mana.. nasib cikgu nak bagi kerjasama..

      Delete
  4. Anak perempuan sy kena buli dek rakan kelas. Baru darjah satu je pun. Buli secara verbal la. Anak sy baru masuk sekolah tu sbb selama ni sekolah kat International school. Kesian pun ada. Tak tau nak handle cemana.

    ReplyDelete
  5. Anak saya kena buli setiap Hari waktu recess,baju sekolah penuh Kotor,at first ingatkan normal kid play but then on day my son told that he don't want to go school,asked me to change school.siasat punya siasat every story came out,from how he been cut on his pinky finger to recently some kick scene.complained to teacher,dia cakap she oso out of idea ady how to solve.Any advise people,pls saya pun mati akal ni.:(

    ReplyDelete