2 TEKNIK KEKUATAN SELF-AFFIRMATION UNTUK MEMBANTU LEBIH POSITIF
assalamualaikum !! hai Julai !! hee~ amcam ? dah enam bulan berlalu tanpa kita sedar, tau tau dah masuk bulan ketujuh untuk tahun 2018.. masih ditakuk lama sebab tak berani lakukan perubahan ? ya !! itulah orang kita.. kakak pun berkira-kira untuk mulakan pelbagai langkah yang risikonya kakak sendiri tak pasti.. tapi.. tak salah untuk kita mencuba.. kan ?
memang kakak sedang bergelut dengan beberapa cabang bisnes yang kakak sendiri tak tau sejauh mana ia boleh pergi, ye la !! pengalaman sebelum sebelum ini banyak mengajar kakak untuk berbisnes bukan kerana untung semata tapi lebih kepada ibadah.. hee~ cuma tu la tu.. kekuatan mental tak berapa nak ada bila saat genting tetiba datang..
pernah juga terduduk dan berehat lama..
kakak mula mencari teknik-teknik mendidik hati dan minda bagaimana menjadi seorang yang lebih kuat dari hari ke hari untuk menjadi seorang yang berani menyahut cabaran.. kalau takat dugaan manja hat kecik kecik tu, kira boleh handle lagi la gitu.. hee~ dan kakak jumpa !!
ya !! teknik affirmation yang dah ramai orang guna.. kakak tau dah lama dah cuma kadang-kadang buat kengkadang dah selesa sikit timbul la sahabat M tu.. hee~ macamana teknik affirmation ni dapat membantu korang menjadi lebih positif setiap hari ?
BACA SINI –> HAPUSKAN PEMBERAT HIDUP ?
SELF VISUALIZATION
ini teknik yang mudah dan semua orang mampu buat.. ya !! teknik membayangkan apa yang kita mahu.. visual secara terang dan nyata menggunakan 5W 1H ( where – when – who – why – what – how ) kalau korang boleh major enam titik ni, memang senang korang nak visual kan apa yang korang mahukan.. contoh ?
ingat tak trip kami ke Legoland dua tahun lepas ? ya !! walaupun ia salah satu skop kerja yang ‘dibayar’ pihak Legoland tapi ia juga merupakan usaha Nur Aiman dan Nur Aina buat self visualization setiap hari sebelum tidur.. caranya ? hee~ sebelum tidur kakak atau encik suami mainkan peranan menghidupkan minda separuh sedar anak-anak dan masa tu la kakak akan minta dorang visual kan betapa seronoknya bermain di Legoland.. dan kekuatan affirmation dorang, kami juga dapat sponsor hotel !! bestkan ?
BACA SINI –> BEST KE LEGOLAND ? HEE~
teknik visual ni bukan setakat visual jek la, korang kena la usaha juga sebab tak de apa yang datang bergolek kan ?
visual yang positif dapat melatih sel-sel otak untuk berfungsi sesuai dengan apa yang kita bayangkan dan secara perlahan-perlahan proses ini akan mendorong tubuh fizikal bergerak SAMA seperti yang kita visualkan.. hee~ bestkan ? korang cuba la sebab kakak – encik suami – Nur Aiman dan Nur Aina dalam proses untuk visual betapa cantik dan menariknya Hatyai dan Krabi.. hee~ mana tau teknik yang sama dapat menarik kami ke sana dengan lebih cepat..
dan yang pastinya !!
Lost World of Tambun untuk trip berikutnya menjadi pilihan #duanurjenjalan !!
SELF AFFIRMATION
ingat senang ke nak jadi seorang yang positif dan sentiasa seronok dengan apa jua keputusan yang bakal dihadapi sehari-hari.. hee~ kadang-kadang apa yang kita inginkan ; tak dapat.. biasalah tu.. apa kata korang cuba self affirmation ni.. haa.. jangan pandang ringan tau sebab teknik ini sedikit sebanyak dapat membantu korang menguatkan keyakinan diri korang..
contoh ?
korang ada target jualan RM 5000.00 sehari ? ya !! confirm lah ada !! mungkin korang boleh gunakan ayat “in shaa Allah aku akan dapat sales RM 5000.00 dengan untung bersih harini !!” ataupun.. “aku yakin harini aku dapat close sales dengan 5 pendaftaran ahli baru bersama pembelian benilai RM 1000.00 dan ke atas.. aamiin—"
cayalah !! tu memang teknik yang pernah kakak belajar masa join salah satu bisnes dan memang berkesan weyh !!
ayat-ayat self affirmation ni seeloknya diucapkan secara regular self talk.. ha’ah.. setiap hari dan setiap masa.. yang pentingnya korang kena yakin – berusaha dan terus berdoa untuk mencapai apa yang korang dah ucapkan.. tak guna juga kalau self affirmation gempak tapi tak de usaha dan doa.. kan ?
teknik self visualization dan self affirmation sekali gus akan menjadi alat bantuan untuk kita membuat apa yang kita fikirkan benar-benar menjadi kenyataan.. haa.. try la sebab WHAT YOU THINK IS WHAT YOU GET !!
selamat menempuh enam bulan sesi kedua pada tahun 2018 !!
No comments: