BAGAIMANA MENGHAPUSKAN PEMBERAT HIDUP ?

orang kata ; membaca jambatan ilmu.. kan ? walaupun minat membaca kakak dah lama menurun tapi sesekali membaca pun kira okay la kan dari lansung tak.. hahaha~ baru baru ( tak la baru sangat tapi paling TERKINI laa.. ) ni kakak ade baca satu buku..


MENGHAPUSKAN PEMBERAT HIDUP
RAZZI AR MANSUR

untuk yang hidup bersederhana macam kakak dan masih mempunyai hutang yang harus dilangsaikan, memang terkesan jugak la bila baca buku nih.. hee~ dan semangat nak langsaikan semua makin membara bara.. gittew-- 

 “ibarat lori yang sarat membawa muatan balak mendaki bukit, begitulah kehidupan kita manusia yang dibebani pemberat hidup..”

secara taklansung, ada dua perkara yang membuatkan kehidupan kita menjadi BERAT iaitu :
  • dosa
  • hutang
masing masing berkait rapat walaupun mungkin nampak tak sama, tapi ianya adalah serupa dan menjerumus ke tindakan yang jauh lebih buruk.. tapi kakak taknak cerita pasal DOSA sebaliknya nak cerita dengan lebih detial mengenai HUTANG.. hee~

“sesiapa yang berhutang dengan niat untuk membayar balik, Allah akan bayarkan.. tetapi, jika sesiapa berhutang dengan niat menyeleweng, Allah akan musnahkan harta bendanya..” 
( HR ; ABU HURAIRAH )

nampak ? betapa kita sebolehnya kena ushaa untuk melangsaikan segala hutang piutang yang ada.. bukan buat buat lupa.. hee~

MACAM MANA NAK LANGSAIKAN HUTANG DENGAN CEPAT ?

mesti korang nak kan tips kan ? hee~ o.. main ceduk jek la nih.. ye la.. ye la.. kakak share..

1 : catatkan hutang yang ada dan tampalkan pada tempat yang mudah dilihat --> tulis dengan ikhlas dan tanpa prejudis.. tau !!
2 : lihat setiap hari dan baca "dengan izin Allah SWT, langsaikanlah kesemua hutang ini dalam masa yang singkat, dengan cara dan sumber yang halal.." --> serapkan perasaan takut akan azab sengsara kalau tak langsaikan hutang tersebut..
3 : potong yang telah selesai..
4 : jangan tambah hutang lain !!
5 : cari sumber untuk melangsaikan segala hutang.. --> contoh : jualan preloved / meniaga burger / lunch box / MLM / jual shaklee.. hee~

"demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, seandainya ada seorang lelaki terbunuh di jalan Allah, kemudian ia dihidupkan lagi, lalu terbunuh lagi, kemudian dihidupkan lagi, lalu terbunuh lagi, kemudian dihidupkan lagi dan terbunuh lagi, sedang ia memiliki hutang, sungguh ia tidak akan masuk syurga sampai hutangnya dibayarkan.." 
( HR : An-Nasa'i, hadis Hasan )

korang masih ada hutang ? hee~ kakak pun ada.. jomlah kita selesaikan hutang bersama sama.. suami kakak cakap "seronok yang bebas hutang.. rasa lega betul.." --> masa kereta beliau habis bayar.. kakak pun nak ada rasa SERONOK cam tu..

semoga Dia permudahkan jalan kakak, jalan korang jugak untuk langsaikan segala hutang piutang kita.. aamiin..

kemon atie !! sikit lagik !! sikit lagik !! hee~


4 comments:

  1. memang bila ada hutang...rasa terbeban sangat..hujung bulan jer dh nipis poket sbb bayar itu dan ini..apa2 pun kena la selesaikan jugak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebolehnya memang nak langsaikan hutang.. lagi cepat lagi best.. hee~ seronok bebas hutang ni lain macam.. rasa MERDEKA !!

      Delete
  2. Dosa tu mmg seram Atie. Dosa ni sebab tak nampak jadi kita rasa mcm tak ada dosa huhu...Takutnya

    ReplyDelete
  3. memang nak selesaikan hutang ptptu ni cecepat..berat kepala lg tak hbs hutang

    ReplyDelete

Powered by Blogger.