MENANGI RM 10,000 NILAI GOLDBAR DENGAN WEFIE RAYA BERSAMA JUS HIDAYAH GOLD
11 Syawal dan masa semakin berlalu pergi.. wah !! tapi korang kemain kan.. selfie – wefie dengan kuih raya lah, dengan baju raya lah dengan pakwe rayalah.. eh !! hee~ dari korang wefie kosong, baik korang join Peraduan Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold nih sebab korang boleh menang sehingga RM 10,000.00 nilai goldbar..
JUS HIDAYAH GOLD
memang tak dapat dinafikan yang Jus Hidayah Gold sudah mendapat tempat di hati pengguna setianya di Malaysia yang turut mendapat manfaat kesihatan yang semakin baik.. mana tak nya, Jus Hidayah Gold menggabungkan 23 jenis herba yang memberi sejuta kebaikan untuk mendapat kesan berganda jauh lebih baik untuk mengekalkan kesihatan.. eh !! bukan sihat jek, untuk cantik jugak.. haa.. best kan ?
kombinasi Raja Segala Herba seperti madu, buah tiin, kismis, kurma merah, aprikot, delima, lada pintal, cengkih, kunyit, buah pala, senduduk putih, mahkota dewa, habbatus sauda, mengkudu, teja lawang dan pelbagai lagi bahan yang memberi kebaikan luar biasa untuk kesihatan tubuh badan bagi mengatasi banyak penyakit dari dalam tubuh badan.. bukan sahaja penyakit yang ringan, malah penyakit kronik seperti kanser, darah tinggi, gout, SLE, angin ahmar, diabetes, migraine, buasir dan masalah pada usus contohnya gastrik dan sembelit..
satu botol Jus Hidayah Gold boleh dimanfaatkan oleh seisi keluarga dari usia kanak-kanak sehinggalah warga tua.. haa.. dah jimat banyak kat situ sebab tak payah nak cari makanan tambahan lain sebab dalah satu botol Jus Hidayah ni dah ada semua manfaat kebaikan untuk kesihatan jika diamalkan secara konsisten.. siapa taknak sihat kan ?
yang bestnya !!
kalau korang pengguna setai mahupun baru jek nak guna, korang boleh menyertai Peraduan Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold dan korang berpeluang untuk memenangi RM 10,000.00 nilai goldbar !! ngam lah ni.. dah berhabisan beraya, mana tau rezeki korang kan ? boleh la sambung raya lagi.. hee~
PERADUAN WEFIE RAYA BERSAMA JUS HIDAYAH GOLD SERAIMAS
caranya sangat mudah !!
- beli Jus Hidayah Gold
- perlu bergambar beramai-ramai ( WE – fie lah katakan ) bersama Jus Hidayah Gold sebagai bukti
- muat turun aplikasi QR Reader di App Store atau Play Store dan scan QR Code yang ada pada kotak Jus Hidayah Gold
- isi butiran lanjut dan masukkan ORIGINAL CODE –> rujuk SINI
- masukkan slogan
- “saya sertai peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold kerana…..”
- ayat tidak melebihi 50 patah perkataan
- muat naik gambar wefie raya korang yang TERBAIK di platform yang telah disediakan dan bila korang dah muatnaik jek gambar kat SINI, bermaksud korang telah mengakui terma bahawa :
- gambar tersebut adalah hak milik korang
- tiada sebarang pelanggaran hak cipta atau seumpamanya
- korang BERTANGGUNGJAWAB sepenuhnya terhadap gambar dan maklumat yang dimuatnaik
- membenarkan pihak penganjur menggunakan atau menyiarkan gambar korang sisebarang media bagi tujuan pengiklanan dan promosi produk Seraimas
- penyertaan mestilah diterima pada hari terakhir tempoh peraduan dan sekiranya penyertaan diterima pada luar tempoh peraduan ; ia tidak akan dilayan
- dengan menyertai peraduan ini, adalah dianggap korang telah menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat peraduan #WefieRayaJusHidayahGold
TEMPOH PERADUAN DAN HADIAH
peraduan #WefieRayaJusHidayahGold ini akan berlansung pada 17hb Mei 2018 hingga 01hb Julai 2018 jam 11.59 malam.. dan !! kalau ada rezeki korang, korang akan bawa balik :
PERTAMA :
- Goldbar ( 20 gram ) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas
KEDUA :
- Goldbar ( 10 gram ) +2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas
KETIGA :
- 1 DINAR EMAS + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas
manalah tau betul-betul rezeki korang, dah dapat simpanan kekal untuk masa hadapan.. wah !! curlassssss korang kan.. hee~ kalau korang nak sertai peraduan ni, sempat lagi nak singgah beli barang sebotol dua.. nak beli kat mana ?
- kedai-kedai jamu berhampiran
IMAM MUDA ASYRAF
atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan merupakan Juara Musim Pertama program pencarian imam yang telah disiarkan secara lansung menerusi Astro Oasis telah dipilih sebagai duta produk kesihatan yang terkenal dengan tagline ‘Lebih Kuat, Lebih Cergas, Lebih Beramal’ iaitu Jus Hidayah Gold keluaran Seraimas.. Imam Muda Asyraf juga meneruskan dakwah beliau menerusi program bual bicara iaitu Hidayah Talk yang membincangkan pelbagai is melalui laman Facebook pengeluar jus ini iaitu Seraimas HQ.. program bual bicara yang berlansung tiga kali dalam sebulan ini mengupas topik-topik semasa mengenai kekeluargaan dan pentingnya menjaga kesihatan..
SEJARAH SERAIMAS HERBS
Serai Mas Herbs Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 2005 di atas impian dan inspirasi oleh pengasas yang juga Pengarah Urusan Syarikat, Datin Hajjah Sunita Bibi Ali Akhbar.. menyedari hakikat bahawa sektor makanan tambahan bagi tujuan kesihatan dan juga produk kosmetik serta kecantikan amat menggalakkan, maka syarikat ini mula beroperasi dengan menyediakan pelbagai rangkaian produk yang bermutu tinggi..
syarikat ini telah diperbadankan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 pada tarikh 22 Julai 2005.. dengan kejayaan cemerlang yang telah diperolehi sepanjang penglibatan syarikat dalam bidang ini, maka Serai Mas kini beroperasi sepenuhnya di Labis, Johor Darul Takzim..
produk kesihatan dan kecantikan berasaskan herba dan bahan semulajadi ini bermula dengan produk Losyen Terapi Anggun dan Dara Mas Cucian Wanita, Serai Mas Herb dan juga produk kulit Astanita Collagen Skinz dan C’Bidadari Juice Khas untuk kaum wanita yang mementingkan kecantikan luaran dan dalaman.. ia mula berkembang dan semakin unggul ke hadapan apabila memperkenalkan produk lain seperti Jus Hidayah, Kismis Hidayah, Raudah Energy Drinks, Rest Slimm Mango Drink dan Bengkung Puteri Mas yang menjadi pilihan ibu selepas bersalin..
perjalanan Serai Mas Herbs Trading bermula daripada sebuah kedai jamu milik Datin Hajjah Sunita Bibi yang ketika itu menjadi stokis untuk satu produk lokal syarikat lain.. beliau nekad untuk membina empayarnya sendiri selepas dia ditipu dan ditikam belakang oleh syarikat terbabit.. seiring dengan cita-citanya semenjak kecil yang mahu menubuhkan perniagaan sendiri, tanpa ragu beliau mengeluarkan produk kesihatannya sendiri.. walaupun ketika itu beliau kurang arif dengan ilmu dalam bidang jualan dan pemasaran, namun atas nekad dan sokongan daripada suaminya, beliau yakin bahawa syarikatnya pasti akan berjaya suatu hari nanti..
Walaupun tidak mempunyai pendidikan tinggi dan mempunyai latar belakang dari keluarga yang porak peranda, beliau berjaya menepis segala tomahan masyarakat yang suatu ketika dahulu mengejinya dan berjaya menubuhkan syarikat sendiri hasil titik peluhnya itu.. setiap tekanan yang dilaluinya sejak kecil menjadi inspirasi untuk dirinya agar terus bangun dan tidak mudah putus asa.. Datin Hajjah Sunita Bibi juga percaya dengan mengeluarkan produk kesihatan ini, ia dapat membantu orang ramai untuk menjaga kesihatan walaupun sibuk dengan kehidupan harian.. menekankan isu kekeluargaan, setiap produk yang dihasilkannya mampu dimiliki oleh setiap ahli keluarga kerana produknya bermula dari produk bayi, kanak-kanak, ibu mengandung, serta warga emas.. malah harga mampu milik yang ditawarkan ini mampu untuk dimiliki oleh setiap ahli keluarga di Malaysia..
beliau percaya dengan hubungan kasih sayang dan kekeluargaan yang penting dalam satu keluarga itu, produk ini mampu memberi kesan positif jika diamalkan selalu.. beliau juga mahu produk kesihatannya ini mampu pergi jauh dan boleh mengorak langkah hingga ke luar negara..
HOTLINE : +6012 7848364
LAMAN WEB : https://seraimas.my
FACEBOOK : https://www.facebook.com/seraimasHQ
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/seraimashq
dapat jumpa Imam Muda Asyraf pun macam best.. nak join jelah.
ReplyDeleteWah bestnya dapat hadiah goldbar. Nak try la...
ReplyDeleteJomlah sertai sekarang. Ada masa lagi.
ReplyDeletejom semua join..hadiah lumayan..syarat pun sng jer
ReplyDeletebestlah jus ni..tengok dia punya khasiat dia mmg luar biasa..nti nk beli dan try join kontes ni plak
ReplyDeleteKann..wefie je dengan Jus hidayah Gold, dan menang, mana tau rezeki..hantar banyak-banyak gambar..hehe
ReplyDeleteOwh ade contest dr seraimas..menarik jugak ni...
ReplyDeletehadiah dia menariklah... rugi plak rasa xjoin kan.... jom wefieeee!!
ReplyDeletememang banyak manfaat jus hidayah gold ni. umi saya biasa dengar kat radio ikim.fm :)
ReplyDeletenak menang senang cuma wefie dengan slogan ... jangan lupa beli jus hidayah gold tau
ReplyDeletesenang sangat contest gini. Ber'wefie'je boleh menang. Harap dapat menang la... eem kena pergi cari jus tu dulu apa2 pon... kan? kang x valid plak nnt...
ReplyDeletesempat lagi kalau sesapa nak join kontes ni kan..
ReplyDeletewah jom kak atie kita p cari kat kedai jamu mana tahu leh cantik gebus gebas kalau join ni huhuhuh
ReplyDeleteapa lagi atie.. try join cepat!!.. mesti jus ni sedap kan..
ReplyDeleteberuntung sapa yang menang, kena dapatkan juga ni jus hidayah . mana tau rezeki last minit. bagus ni kalau amalkan badan pun sihat
ReplyDeletesemoga berjaya buat yang join tu.. hadiah2 menarik =)
ReplyDeleteKak atie dah join ke belum. Hadiah masyuk nih
ReplyDeleteWowww lumayan hadiah yang disediakan. Kalau menang untung sangat ni lepas raya. Hehehehe jus ni pun memang bagus untuk kesihata. Jom join. Sempat lg ni.
ReplyDeletesape nk bagi gold bar free2 camtu...masuk peraduan wefie je dh boleh ade peluang utk menang gold bar...
ReplyDeleteMak oooii wefie je boleh menang RM10k??
ReplyDeleteMudah betul nak join. Wefie je boleh menang 20g gold bar. Sape nak bagi kan. Sempat lagi join nie. Nak join lah !
ReplyDeleteHai kak atie.Rabia datang singgah blog kak cantik ni.Lama dah tak singgah sini.Goodluck.
ReplyDelete