PAKEJ PERKAHWINAN ANI CATERING & WEDDING PLANNER 2018 / 2019

Bila tiba musim perkahwinan terutamanya pada setiap kali cuti sekolah, sudah pasti jadual wedding planner menjadi sangat padat dengan majlis-majlis yang bakal diuruskan. Sama seperti perunding perkahwinan terkenal di Malaysia – Ani Catering & Wedding Planner yang turut merangka pelbagai pakej dan pelan untuk bakal pengantin mendapat majlis yang menjadi idaman mereka.

ani_catering_&_wedding_planner

Kalau zaman dulu orang sibuk merewang segala untuk memenuhi selera tetamu, tapi kini sudah menjadi trend semasa pihak tuan rumah akan mengupah katering untuk menyediakan pelbagai jenis masakan pada harga yang berbaloi dan menepati citarasa. Nah !! Nampaknya sangat relevan menggunakan perkhidmatan katering ni. Hee~ Tuan rumah hanya perlu membayar sejumlah bajet untuk mendapatkan perkhidmatan dari mereka. Untung rezeki baik ( musim promosi ) memang dapatlah harga yang sangat murah.


ANI CATERING & WEDDING PLANNER


Telah berpengalaman dalam menguruskan pelbagai jenis majlis, Ani Catering & Wedding Planner masih berada dalam kelas terbaik diantara yang terbaik dalam memberi perkhidmatan untuk pelbagai majlis termasuklah majlis perkahwinan, harijadi, persaraan dan sebagainya. Sebutkan sahaja apa jenis majlis sudah pasti Ani Catering & Wedding Planner berbesar hati merealisasikan impian pelanggan. Setakat harini, Ani Catering & Wedding Planner mempunyai tiga cawangan yang terletak di Ulu Kelang, Bandar Baru Bangi ( HQ ) dan Shah Alam mempunyai pelbagai pakej yang bersesuaian dengan permintaan semasa pelanggan bermula dari RM 2,500.00.


ani_catering_wedding_planner_murah_selangor

Turut menawarkan pakej lengkap termasuklah khemah, dewan, busana pengantin, jururias, jurugambar, juruvideo, makanan pengantin, set meja makan, pelamin, PA system termasuklah hidangan yang bertemakan fusion tempatan dan juga antarabangsa – Ani Catering & Wedding Planner merupakan pusat sehenti bagi bakal pengantin membuat semakan setiap list sebelum majlis berlansung.


PAKEJ PERKAHWINAN LENGKAP 2018 / 2019


Kalau sebelum ni kakak cuma rasa-rasa makanan pengantin yang biasa-biasa dan tak de lah sampai WOW !! tapi okay lah setakat rasa – sempena Open Day Ani Catering & Wedding Planner yang lepas, kakak sempatlah colek colek makanan yang bakal dihidangkan pada majlis bakal pelanggan mereka nanti. Memang WOW !! sangat sebab semuanya cukup rasa dan sedap. Ada juga pelbagai vendor yang turut serta mempamerkan hasil jualan mereka untuk dilihat secara live oleh bakal pelanggan termasuklah inai, kopi, pelbagai kek dan puding, cookies, apam balik, popcorn dan banyak lagi !!

ani_catering_&_wedding_planner

Majlis yang diadakan di Singgahsana Pengantin Banquet Hall, Seksyen 28 Shah Alam ini mampu memuatkan kira-kira 500 orang dalam satu-satu masa untuk pelbagai majlis yang ingin diadakan terutamanya majlis perkahwinan.

open_day_ani_catering_&_wedding_planner
cantikkan deko pelamin cenggini ? hee~ macam berada di kayangan wakkkkk--
Dengan tawaran harga serendah RM 15.90 / pax untuk setiap jumlah tetamu seramai 1,000 orang – Ani Catering & Wedding Planner menyediakan kelengkapan lengkap dan tuan rumah hanya perlu menyengih dan menunggu tetamu tiba untuk menikmati hidangan je. Selebihnya serahkan pada yang pakar. Hee~

senarai_dewan_untuk_majlis_perkahwinan_selangor

pakej_ani_catering_&_wedding_planner_2018

Tak kisahlah berapa pun bajet korang, korang boleh berbincang dengan team Ani Catering & Wedding Planner sebab dorang mampu menyesuaikan bajet korang dengan majlis yang diimpikan bagi melaksanakan impian setiap pelanggan. Nah !! Kakak rasa dengan apa yang mereka sediakan sangat berbaloi sebab kakak dah dengar sendiri testimoni dari pelanggan setia Ani Catering & Wedding Planner nih. Memang tak sangka betul pakej yang diambil sangat memberi kepuasan kepadanya.

pakej_perkahwinan_murah_kuala_lumpur_2018


Tahniah Ani Catering & Wedding Planner kerana mendapat pujian lima bintang. Hee~ Bukan selalu tu.

pakej_perkahwinan_murah_Selangor


ANIEQA BRIDAL BOUTIQUE


Malas nak singgah keluar masuk banyak tempat untuk mendapatkan kepuasan ? Nah !! Tak payah pergi jauh – macam kakak cakap kat atas nun ; PUSAT SEHENTI pelbagai majlis. Kan ? Di Ani Catering & Wedding Planner juga kini dah ada butik pengantin yang dikenali sebgai Anieqa Bridal Boutique. Disebabkan butik baharu maka ke semua pakaian yang ada dalam koleksi mereka juga pakaian yang masih baharu. Untunglah kalau korang jadi yang terawal dapat menyarung busana eksklusif dari mereka ni.

dewan_singgahsana_shah_alam_selangor

anieqa_bridal_boutique

Kalau korang memang mencari pakej perkahwinan pada harga yang berbaloi, korang boleh singgah di pejabat urusan mereka dan tanya sendiri apa yang korang nak tanya sampai puas hati. Hahahah~ Ye lah ! Majlis perkahwinan sekali seumur hidup kot, mestilah nak kepuasan untuk dijadikan kenangan seumur hidup. Gitu !! 
 

ALAMAT IBU PEJABAT ANI CATERING & WEDDING PLANNER :
No. 15 / 1, Jalan Reko Sentral 2,
Reko Sentral, Bandar Baru Bangi,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

HOTLINE :
019 275 2564
017 320 3060
03 8741 2564


malaysia_blogger

1 comment:

  1. menarik ni...utk sape yg nk buat mjlis besar..dan memudahkan urusan mereka =)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.