AVILLION CAMERON HIGHLANDS ; PORT INAP BERTARAF LIMA BINTANG

Aduh—Bila sampai hujung tahun dan sekali jalan dengan cuti sekolah, memang tak tau nak menghala ke mana sedangkan kat Malaysia ni banyak je tempat yang menarik. Hee~ Tapi tu lah, hati ni tertarik sangat dengan persekitaran dan suasana di Cameron Highands – kira tempat lain tunggu dulu lah, setiap tahun naik Cameron Highlands pun tak pe.

hotel_murah_cameron_Highlands

Ibarat balik kampung, Cameron Highlands bukan lagi lokasi yang asing pada kami sekeluarga sebaliknya kebanyakan tarikan di sana melekat elok dalam memori kami. Kalau setakat nak cari port makan best pun kami tau tapi untuk entri kali ni tak nak cerita pasal tempat makan. Nak cerita pasal hotel saje. Ye lah ! Sebelum-sebelum ni asyik menginap di homestay ( sebab lebih murah dan boleh memasak ) cuma kali ni ubah angin sikit untuk ‘rasa’ hotel di Cameroh Highlands.




AVILLION CAMERON HIGHLANDS


Menarik perhatian kakak adalah deretan kedai yang ada di bangunan hotel ni sebenarnya ( berdasarkan pengalaman !! memang serik kalau kedai jauh.. ), Avillion Cameron Highlands yang terletak di tengah-tengah pekan Tanah Rata mempunyai 7 tingkat termasuklah kawasan parkir, pusat membeli-belah, kedai makan, dobi, kedai serbaneka, lobi, kafeteria, taman permainan, gym, beberapa buah dewan dan mempunyai empat jenis bilik iaitu :

  • Studio Deluxe
  • Studio Superior
  • Suite 2 Bilik Tidur
  • Suite Premium 2 Bilik Tidur

hotel_avillion_cameron_highlands

Bila dah beranak pinak ni kena lah ambil bilik yang sesuai dengan kami, jadi yang paling sesuai adalah Suite 2 Bilik Tidur yang berkeluasan 72 m²– sap sap soi bak kata nya. Hee~ Masuk je bilik memang teruja lah sebab semua ada kot !! Set kopi dan teh, air mineral, cerek air, peti sejuk dan keadaan perabot yang sangat minimalis. Cun habis lahhhhhh..

best_hotel_in_cameron_highlands

Ruang tamu yang luas memang bonus besar buat kami sekeluarga mana tak nya bila semua suka berlongok satu tempat dan menonton televisyen bersama-sama. Ya !! Cuti sekolah kan banyak cerita kartun, memang layan lah budak dua orang ni.

Kalau ikut pemandangan dari bilik kami ni, memang nampak hampir keseluruhan pekan Tanah Rata. Boleh la track kat mana kopitiam, kat mana bank, kat mana agensi pelancongan, kat mana dobi semua. Mudah nak merancang perjalanan dan percutian kalau tau lokasi-lokasi tempat tumpuan ni.

suite_2_bedroom_avillion_cameron_highlands
Bilik Utama – Katil king

hotel_murah_tanah_rata_cameron_highlands
Bilik Kedua – Dua katil single

Kelengkapan lain seperti seterika dan papan penggosok pun ada gais—Jadi berpesan-pesan lah kepada ahli keluarga korang, jangan dirisaukan tudung atau baju berkedut sebab boleh gosok jek nanti. Hahahah~ Kakak pun risaukan perkara yang sama sebenarnya.

hotel_cameron_highlands
Tandas di Bilik Tidur Utama

Design tandas pun sama jadi kakak tak letak lah gambar tandas sampai dua keping yah. Korang tengok ni dan bayangkan lah sendiri rupa / design / bersihnya tandas dorang yang dilengkapi dengan air pansa ha.

avillion_hotel_cameron_highlands
Kalau hobi korang mengumpul kenangan – boleh lah ni.

Yang memang sejenis kakak menghangkut kerja semasa bercuti dan korang memang memerlukan Wifi ? Hahahaha~ Ibarat nyawa tertinggal di rumah kalau keluar tanpa Wifi ? Ya !! Kat Avillion Cameron Highlands ni Wifi nya macam kereta lumba – laju tak mengenal masa ha.




HOTEL MESRA KANAK-KANAK


Kalau dah pergi bercuti, tumpuan emosi yang nak kena jaga adalah anak-anak. Ya ! Jangan biarkan mood percutian korang tersekat sebab anak-anak tak de aktiviti dan memerap kat bilik je. Tak syok lah kan sebab hak bermain kan hak dorang. Hee~ Di Avillion Cameron Highlands ada taman permainan yang selamat tau.. boleh lah anak-anak melasak mandi peluh sekejap sementara menunggu korang berkira-kira nak ke ladang teh yang mana satu.

childrens_friendly_holidays
Pemandangan taman permainan dari tingkat 7..

family_holiday_cameron_Highlands

Walaupun Avillion Cameron Highlands lebih kurang sama dengan hotel-hotel yang ada di Malaysia tetapi sangat berbeza berbanding hotel yang ada di Cameron Highlands tau. Dengan fesiliti lengkap dan persekitaran yang kondusif sudah pastinya hotel ini menjadi salah satu hotel kegemaran korang. Hee~ Sebab Avillion Cameron Highlands adalah hotel kegemaran kakak sekeluarga juga !!


malaysia_blogger

2 comments:

  1. nampak sgt selesanya tuuu... ada rs mcm x nk blk x? hahahaha

    ReplyDelete
  2. Duduk tempat ni je pn dah seronok xyah g jalan dah

    ReplyDelete

Powered by Blogger.