RAWATAN HYDRA OXY GLOW C – TREND KECANTIKAN WANITA ASIA

Bila usia dah menginjak ke 30-an sedikit sebanyak menjejaskan kualiti kesihatan kulit terutamanya pada bahagian terdedah yang mudah menjadi ‘tumpuan’ kerosakan yang paling ketara apatah lagi dengan penggunaan kosmetik yang kerap. Kini, di Dr Medispa & Wellnes – kulit cantik dan sihat bukan sekadar impian.

hydraoxy_glow_vitamin_c

Menyantuni undangan dari Dr Medispa & Wellness yang terletak di Reko Sentral, Kajang membuatkan kakak teruja. Al-maklum lah – remaja purba macam kakak memang suka dilayan semanja-manjanya. Hee~ Lagi-lagi bila dapat tau pusat rawatan kecantikan mesra muslimah ni menjadi tumpuan wanita yang obses cantik disamping merawat pelbagai masalah kesihatan kulit, memang takkan lah kakak nak tolak kan ?


HYDRA OXY GLOW C


Kalau nak semak satu-satu tentang masalah kulit kakak, memang naik sakit hati rasanya apatah lagi nak membelek setiap inci. Tak kuasa lah !! Naik marah bila nampak jerawat halus, parut, pigmentasi belum masuk lagi kes tona kulit tak sekata. Hahahaha~ Sebab tu orang lasak macam kakak ni menutup kebanyakan cela dengan mekap. Tapi sampai bila ?

TAK !! 

Sekali lagi kakak menegaskan rawatan Hydra Oxy Glow C tidak menggunakan kaedah cucuk cucuk ya sebaliknya menggunakan kaedah terkini dengan menggabungkan dua rawatan wajah iaitu hydrafacial dan oxygen-facial. Walaupun susah nak sebut setiap terma yang digunakan cukup korang tau rawatan ini selamat – tidak menyakitkan – efektif kerana menggunakan AIR sebagai bahan utama.


hydra_oxy_glow_c
Ni sebelum mula treatment – Muka kakak tanpa mekap wakkkkk.. Habis dorang kerja kan.. NERVOUS namateyyyyyyyy !!
Kalau dalam pelbagai perawatan pun, elemen air memberi efek lebih cepat berbanding cecair lain dan sebab itulah Dr Medispa & Wellness menggunakan AIR untuk merawat bintik-bintik putih dan hitam disamping mengurangkan garis-garis halus, meratakan warna kulit, melembapkan kulit, memudarkan parut jerawat dan pigmentasi. Rawatan yang memakan masa selama 90 minit ni pun mampu menanggalkan sel kulit mati dan membersihkan liang roma dan meransang pertumbuhan kulit baharu yang lebih bersih dan segar.

E--

Teruja !! Hahahaha~ Sambil menikmati bauan aromaterapi dan muzik lembut mendayu-dayu, pakar kecantikan terlatih Dr Medispa & Wellness mulakan rawatan. Masa ni lah betul-betul dorang kerjakan kakak. Part nak keluarkan blackhead kat hidung tu memang sakit tak terperi.

rawatan_kecantikan_kulit_bangi

Disebabkan kakak percaya kat dorang, kakak biarkan jek la apa yang dorang nak buat. Tapi tak bermakna dorang terlepas dari soalan-soalan kakak ya. Awasssss--


LANGKAH-LANGKAH RAWATAN HYDRA OXY GLOW C


Secara telusnya beliau menerangkan satu persatu kepada kakak apa yang digunakan / apa bahan-bahan yang terkandung / apa kesan selepas rawatan. Pendek kata waktu rawatan berlalu sebegitu sahaja dengan perbualan berinformasi. Sebanyak TUJUH langkah yang dilakukan secara tertib untuk mendapatkan hasil yang optima :

1. Kulit dibersihkan dari alat solek dengan menggunakan teknik double eksfoliasi

2. Kemudian wajah dipupur dan diwap selama 15 minit untuk membuka liang pori – selalu kalau WAP orang menggunakan wap panas / suam. Kan ? Di Dr Medispa & Wellness dorang guna wap sejuk dekkkkkk—Nyaman dan bahagia tau perasaan dia. Hahaha~

3. Vakum mini digunakan untuk membersihkan dan melonggarkan liang roma supaya kotoran dan kulit mati mudah disingkirkan ; habis semua kotoran dia sedut wakkkkk. Memang terasa bersih betul kulit ha

4. Prosedur hydrafacial menggunakan alatan khusus bagi memudahkan serapan serum ke dalam kulit – bukan sebarang serum ya dan kuantiti yang digunakan mengikut masalah kulit yang ingin dirawat

tips_menjaga_kecantikan_kulit

5. Rawatan diteruskan dengan teknik gauze dengan menyapu gel campuran cecair daun lidah buaya dan asid hyaluronic yang disapukan di atas lapisan gauze

6. Selepas lapisan gauze ditanggalkan, mula lah proses ultrasonik menggunakan alatan khas untuk meransang sel di bawah kulit dan diteruskan dengan oxygen-facial ( menggunakan oksigen – lah !! ) yang menjadikan kulit lebih bersih dan bersinar

hydrafacial

drmedispa_wellness_reko_sentral_kajang

7. Prosedur diakhiri dengan memasang topeng muka LED yang bertujuan untuk mematikan kuman dan bakteria pada wajah

spa_kecantikan_muslimah_bangi_2019

Korang pernah rasa kulit muka korang RINGAN ? Hee~ Ya !! Itulah perasaannya. Tak tau nak explain cemana tapi memang rasa kulit lebih bersih dan sihat / segar.


RISIKO RAWATAN ?


TIADA !! Hee~ Serius memang tak de risiko melainkan hasil kulit yang semakin sihat dan korang boleh je gunakan mekap seperti biasa tanpa perlu ‘berpantang’ dan sesiapa sahaja boleh mendapatkan rawatan Hydra Oxy Glow C ni termasuklah korang yang kulit muka sensitif bermasalah.

dr_medispa_wellness_bangi

Kalau korang ada masalah kulit ( tak kisah lah masalah ape pun ) yang nak mencuba rawatan Hydra Oxy Glow C ni boleh lah singgah Dr Medispa & Wellness yang terletak di Reko Sentral, Kajang. Waze jek nanti sampai betul-betul kat spa tu. Kakak ? Ada rezeki mungkin kita akan terserempak kat sana !!

Dr Medispa & Wellness
No 6 - 1, Jalan Reko Sentral 6,
Reko Sentral, Jalan Reko
Kajang, Selangor Darul Ehsan

KONSULTASI : 03 8733 1980  /  013 770 6708

malaysia_blogger

11 comments:

  1. besttt! nak buat jugaklah treatment macam ni nanti. Cantik atie.. kulit dah tak kusam lagi

    ReplyDelete
  2. Bestnya rawatan kulit glowing2 gituuu. Hehe

    ReplyDelete
  3. wow glowing mowing kulit pasnihh :)

    ReplyDelete
  4. berseri2 la lps buat rawatan n yaaa ;-)

    ReplyDelete
  5. terbaek.. menarik ni.. :)

    ejulz follow sini :)

    ReplyDelete
  6. Dah sedia cantik jadi makin cantik lah akak nan sorang ni. Sis is jeles.

    ReplyDelete
  7. menarik..bab belai2 wajah ni memang teman suka..

    ReplyDelete
  8. tahniah tampil dengan sihat lepas ke spa..

    ReplyDelete
  9. Wahh bestnya nak juga Rasa kulit jadi ringan dgn RAWATAN HYDRA OXY GLOW C

    ReplyDelete

Powered by Blogger.