KOLEKSI CENDERAHATI TERUS DARI DG STUDIO KINI BOLEH DIDAPATI DI MALAYSIA

Dalam setahun pastinya pelbagai keraian dan majlis akan kita sambut tak kiralah harijadi, ulangtahun perkahwinan mahupun majlis meraikan hari guru sudah pastinya meriah disambut dengan pelbagai hadiah dan cenderahati.

hktdc_borong_dari_china

Terus dari Hong Kong, kota metropolitan yang pesat membangun – Hong Kong Trade Centre ( HKTDC ) melebarkan sayap dipasaran Malaysia dengan memonopoli industri perdagangan cenderahati yang memenuhi beberapa slot ruangan di pasaraya-pasaraya terkemuka. Membawa jenama DG Studio yang menawarkan kepelbagaian dan keunikan cenderamata untuk dijadikan hadiah mahupun koleksi.


HONG KONG TRADE DEVELOPMENT COUNCIL ( HKTDC )


Telah ditubuhkan pada tahun 1966 dengan pengalaman lebih 50 tahun memonopoli pasaran dengan misi untuk meneroka peluang untuk syarikat-syarikat di Hong Kong – terutamanya perusahaan kecil dan sederhana ( PKS ) bagi meluaskan pasaran dengan rakan niaga di seluruh dunia. Bergiat secara aktif di ASEAN sejak tahun 2015, HKTDC telah bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam memperkenalkan gaya hidup Hong Kong terus kepada peruncit.

hktdc

Secara keseluruhannya, pasaran dalam talian HKTDC mempunyai lebih daripada 130,000 pembekal yang melayani 1.7 juta pembeli dari seluruh dunia melalui satu hubungan iaitu laman web. Dengan maklumat pembekal termasuklah sijil yang telah disahkan – pembeli dapat membeli-belah dengan tenang kerana kesemua peniaga yang melalui HKDTC boleh dipercayai.


DG STUDIO HONG KONG


Menjadi salah satu tulang belakang untuk memperkenalkan produk HKTDC di Malaysia, CM3 memainkan peranan mempamerkan kepelbagaian produk terus dari Hong Kong yang bakal menembusi pasaran secara berperingkat tidak lama lagi. CM3 terletak di tingkat 1 ( berhadapan dengan Tealive ) di Sunway Piramid yang juga merupakan sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Selangor menyediakan ruanr tetingkat untuk LIMA produk iaitu :


kedai_hadiah_sunway_pyramid
Kalau tengok barang cecomel gini, sesiapa pun sejuk hati dan boleh melebarkan senyum sepanjang hari. Kan ?
Setakat ini produk-produk DG Studio hanya boleh didapati di :

  • CM3, Sunway Piramid
  • Parkson, One Utama
  • Parkson, Pavilion, Kuala Lumpur
  • Times Bookstore, Pavilion, Kuala Lumpur
  • Times Bookstore, Bangsar Shopping Centre

 cm3_sunway_pyramid

Secara keseluruhannya, produk dari DG Studio ni bukan sekadar hiasan ataupun koleksi comel-comel yang dijadikan hadiah semata-mata tapi kebanyakan darinya mempunyai manfaat lain seperti cupcake kat gambar atas tu. Dia sebenarnya penyukat untuk membuat kek dan setiap darinya berfungsi untuk menyukat samada tepung ataupun gula. Hee~ Cantik dan comel juga kalau menjadi hiasan di dapur. 

Kan ?

hong_kong_trade_centre

dg_studio_hktdc_sunway_pyramid

Turut berada di bawah rangkaian produk keluaran DG Studio adalah :


Kalau korang memang mencari hadiah untuk yang tersayang, INI lah masanya !! Haa.. Jangan lepaskan peluang sementara stok dorang masih banyak ni. Sok sok kalau dah habis memang kena tunggu sikit lah untuk dorang hantar barang baharu. Al maklum lah, produk ni memang di bawa khas dari tanah Hong Kong sinun.

Nah !!

LOVE ;
ATIE ADNAN

1 comment:

  1. kite suka gak masuk dalam kedai2 cemni. ralit je kadang2 tu dok usha barang2. hehe..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.