PERCUTIAN MEWAH MAMPU INAP DI THE PEARL KUALA LUMPUR

YASSS—Untuk yang pertama pada tahun 2019 !! Checked – The Pearl Kuala Lumpur, yang terletak di Jalan Klang Lama ni rupanya telah beroperasi lebih sepuluh tahun tapi kakak memang tak berkesempatan nak singgah dan menikmati setiap perincian di hotel ni. Al maklum lah, rumah sekangkang kera jek kan. Baik baik tidur kat rumah.

best hotel in Jalan Klang Lama

Kalau korang selalu lalu kat New Pantai Expressway ( NPE ) mesti korang akan ternampak bangunan yang ada simbol macam daun tapi warna merah. Ha. Situ lah The Pearl Hotel Kuala Lumpur yang sebelum ni dikenali sebagai The Pearl International Hotel, Kuala Lumpur.


THE PEARL KUALA LUMPUR


Terletak di tengah-tengah kawasan yang pesat membangun, The Pearl Kuala Lumpur merupakan hotel mudah akses samada memandu sendiri ataupun menggunakan perkhidmatan kenderaan awam. Antara lokasi tumpuan yang berdekatan dengan hotel adalah seperti :

  • Mid Valley Megamall – 8 minit
  • Thean Hou Temple – 10 minit
  • Little India ( Brickfields ) – 10 minit
  • Axiata Arena dan Staduim Bukit Jalil – 10 minit
  • Taman Tema Sunway Lagoon – 10 minit
  • KLCC dan Menara Kembar Petronas – 15 minit
  • Chinatown – 15 minit
  • i – City – 15 minit
  • Subang Airport – 30 minit
  • KLIA 2 – 35 minit
  • KLIA – 45 minit

    ** driving distance

best hotel in Kuala Lumpur
Ada shopping mall kat bawah hotel ya. Seronok kan ?

Bertepatan dengan gelaran Best Muslim Friendly Hotel sempena Asia Halal Brands Award 2017, The Pearl Kuala Lumpur mempersembahkan kepelbagaian fesiliti bagi memudahkan para pelanggan mereka termasuklah kedai serbaneka, pelbagai restoran Halal, pasaraya dan sudah pastinya ada kolam renang bertaraf empat bintang, gym, bilik mesyuarat, dobi, akses internet berkelajuan tinggi, parking berbumbung dan banyak lagi--

muslim friendly hotel in Kuala Lumpur


CHINESE NEW YEAR BUFFET


Fuff—Bukan biasa-biasa nih bila kakak sendiri menikmati hidangan mewah, al maklum lah – rakyat marhaen ni kalau nak merasa makan mewah mungkin setahun sekali tapi The Pearl Kuala Lumpur menawarkan harga mampu milik dan kalau korang mengidam terok pun boleh jek singgah makan – lepak sambil menikmati angin Kuala Lumpur di tingkat 23 ! Ya ! 23 gaisssss--

chinese_new_year_buffet_2019
Cantik kan ? Hee~ WOW tak ?
Lebih 50 jenis hidangan yang ada di sini dari jam 11.00 pagi hingga 1.00 pagi dan kesemuanya sedap-sedap belaka. Tersandar ? Hee~ Boleh jadi korang tak menang tangan memilih makanan yang sedap-sedap belaka. Dan sempena Tahun Baharu Cina ni, dorang juga menyediakan buffet dan istimewanya buffet berkonsepkan grill – King Of Grill yang hanya boleh didapati di The Pearl Kuala Lumpur.


KING OF GRILL @ EXECUTIVE LOUNGE 23 – CNY 2019


Tarikh : 01hb Januari 2019 – 17hb Februari 2019

RM 98.++ / dewasa
RM 45.++ / kanak-kanak

Dan sempena Tahun Baharu Cina 2019, pihak hotel berbesar hati menambah beberapa menu pada sambutan malam tahun baharu tersebut :

chinese_new_year_buffet_in_kuala_lumpur


Tarikh : 04hb Februari 2019

RM 118.++ / dewasa
RM 45.++ / kanak-kanak

Bila sebuat special ni, mesti lah ada kelaianan yah ! Hee~ Sempena perayaan istimewa ini juga, The Pearl Kuala Lumpur akan ‘membuka’ Cafe 5 di tingkat 5 dengan hidangan yang sama tau.

Tarikh : 04hb Februari 2019

RM 98.++ / dewasa
RM 45.++ / kanak-kanak

The_Pearl_Hotel_Kuala_Lumpur
Tak cukup terliur ? Hee~ Korang anggap jek la yang ni teaser ya !!

Konsep makan kat sini, korang boleh pilih pelbagai daging termasuklah daging ayam, lembu, kambing mahupun udang dengan tahap masak yang korang nak tak kira lah rare, medium rare, medium, medium well, well done ataupun overcooked mengikut selera korang lah sebab kakak memang berselera kalau dihidangkan dengan medium rare. Hee~

best_buffet_in_kuala_lumpur


Kalau sebanyak itulah yang korang bayar dengan hidangan yang pelbagai, confirm puas hati weyyyy—Ni gambar sikit jek kakak letak ni sebab kalau korang nak jamu mata tanpa rasa, tak best lah. Pape pun korang memang kena singgah dan rasa.


BILIK DAN SUITES


Tak lah ! Kakak tak singgah makan jek, mana mau nye kalau begitu – mestilah nak rasa menginap kat hotel yang orang kata BEST nih. Hee~ Senang bila kekenyangan terus masuk bilik, terdampar macam dugung. Hahahahah~

cheap_hotel_kuala_lumpur
Memang selesa !!

Sesekali tidur jauh sikit dari rumah, memang syok lah. Hee~ Puas hati sungguh walaupun ‘dihidangkan’ dengan Deluxe Twin Room yang berkeluasan 34 meter persegi dengan kemudahan bilik berpenghawa dinging yang lengkap termasuklah tv, akses WIFI secara percuma, safety box, peti sejuk, tea and coffee maker, meja kerja, mesin pengering rambut, bathtub dan keperluan asas seperti tuala, sabun mandi, syampu dan kopi serta teh.


hotel_murah_kuala_lumpur_trivago


Bila bercakap tentang Muslimah Friendly pastinya ramai pelanggan menitik beratkan soal kebersihan dan kelengkapan asas sebagai Fardhu Kifayah yang wajib dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat untuk menjaga kepentingan Umat Islam, di The Pearl Kuala Lumpur telah menetapkan rutin sehari-hari bagi memastikan setiap bilik / kelengkapan dan fasiliti yang ada sentiasa bersih. Tuala dan cadar akan ditukar setiap hari supaya pelanggan rasa selesa seperti di rumah sendiri.


Best tau bila dapat menginap kat bukan – selain – rumah – sendiri tapi rasa macam rumah sendiri. Hahahaha~ Selesa dan bergaya disamping memenuhi setiap kehendak pada setiap hari berada di sini.


Terima kasih The Pearl Kuala Lumpur, ada rezeki kita jumpa lagi !!

LOVE ;
ATIE ADNAN

6 comments:

  1. wowww.. bestnye kak.. udang besar tu menggoda sangat tau.. best la ada hotel yg muslim friendly ni.. x risau nak menginap kat situ kann..

    ReplyDelete
  2. Bestnye tengok korang bermalam di The Pearl KL ni.. Bilik cantik dan selesa sangat nampak. Makanan yang dihidangkan pun pelbagai. Memang terbaik lah

    ReplyDelete
  3. ya Allah..!! udang tu daaa kenapa menggoda sangat..!! terliooo kite jadinya =D

    ReplyDelete
  4. udang tu mengugat iman la..hehehe..

    ReplyDelete
  5. bagus ni....bila cuba menginap di sini nanti.

    ReplyDelete
  6. Wah, best weh cuti tidoq hotel. Tapi harga makan tu berpatutanla walaupun dok hotel kat tingkat 23. Ingat naik tingkat tinggi, makin tinggi rege..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.