BERGAYA DI HARI RAYA DENGAN KOLEKSI BAJU RAYA 2019 JAKEL

Dah seminggu berpuasa sudah pastinya pelbagai persiapan raya menjadi keutamaan. Nah !! Pelbagai koleksi baju raya yang terdapat dipasaran mungkin tidak memenuhi citarasa korang, apa kata tengok koleksi baju raya dari Jakel yang sentiasa mengungguli persiapan pakaian raya setiap tahun !!


Dah kalau tawaran menarik dari Jakel yang memberi pelbagai pulangan dengan menikmati jualan runtuh sehingga malam raya, kakak yakin korang akan tersangkut barang sepasang dua dari koleksi mereka untuk tahun 209 ini. Bukan nak cakap apa, tengok orang berpusu-pusu memenuhi ruangan Jakel Shah Alam pun dah terkejut – confirm murah ni !!



BAJU RAYA JAKEL


Memberi peluang kepada pengguna memiliki pakaian raya yang selesa setanding dengan harga, Jakel sekali lagi mengadakan sidang media untuk memperkenalkan duta-duta Jakel dan promosi yang akan berlansung sepanjang bulan Ramadhan bagi membuka peluang untuk masyarakat setempat membeli-belah pada harga berbaloi.


Masih mengekalkan ciri-ciri sedondon antara ahli keluarga, Jakel mempertaruhkan lebih 50 warna sedondon ( ayah, ibu dan anak-anak ) yang terdiri daripada koleksi Schawalara dan Hanis Zalikha. Tak nak ? Minat design baju melayu yang lain ? Bolehhhhhhhhhhhhhhhh—Padankan saja dengan warna yang bersesuaian dan macam biasa, sampin adalah percuma !! Tak kisah lah dari koleksi Aaron Aziz ataupun Awal Ashaari, kedua-duanya tampak segak dan selesa kepada pemakai.

Memberi sentuhan moden dan mengekalkan ciri-ciri baju melayu tradisional, baju melayu Nabil Ahmad yang berpotongan slim-fit sangat sesuai untuk yang pandai bergaya kerana baju melayu Nabil Ahmad sesuai juga dipakai bersama seluar jeans atapun slack. Dengan revolusi perincian zip pada sisi baju dan lengan yang memudahkan pemakai mengambil wudhuk. Kira tow in one lah. Pakai satu set dengan seluar pun boleh, pakai baju sahaja dan dipadankan dengan seluar lain pun tak pe.


Masih mengekalkan ciri-ciri melayu Johor dengan kemasan jahitan tangan dibahagian leher potongan teluk belanga dan mengukuhkan lagi fabrik pada jahitan cekak musang, Kurta Hairul Azreen dijangka menjadi best seller sekali lagi pada tahun ini kerana harga yang ditawarkan adalah serendah RM 39.00. Tampil ringkas dan segak dihari raya sudah pastinya sasaran si jejaka. Wah !!


BAJU MELAYU ABAM BOCEY

Memenuhi permintaan mereka yang berbadan besar, Jakel tidak melepaskan peluang melantik Abam Bocey sebagai duta dengan memperkenalkan koleksi baju melayu bersaiz besar yang tersedia sehingga saiz 7XL !! Maknanya, mereka yang berbadan besar tak perlulagi menempah baju melayu pada harga tempahan yang tak masuk akal sebaliknya beli siap di Jakel dan dapat sampin secara PERCUMA !! Jimat banyak tu !!



Memberi pilihan kepada si pemakai, koleksi baju kurung moden dari Scha Alyahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha sering kali mendapat sambutan hangat menjelang raya. Memenuhi citarasi terkini dengan menampilkan warna-warna yang ceria, corak yang lebih tajam, moden dan mesra wudhuk serta terdiri dari pelbagai saiz bermula dari XS sehingga XL sudah pastinya memberi kelainan pada sambutan raya tahun ini.


Tidak kurang hebatnya dengan koleksi kanak-kanak untuk tahun ini, bukan anak-anak je tampil ceria tapi ibu ayah ikut pening kepala nak pilih yang mana satu. Hee~ Semua koleksi Upin Ipin, Lara Alana dan Yusof Iskandar comel-comel belaka. Rugi kalau tak belikan untuk anak sendiri.


BAJU RAYA LELONG

Tuan Haji Izani b. Mohamed ; Pengarah Urusan Jakel Shah Alam telah mengumumkan tawaran HARGA RUNTUH dengan potongan harga sehingga 85% untuk kesemua koleksi baju raya pada tahun ni bermula awal Ramadhan sehingga malam raya sempena menghargai pelanggan setia Jakel yang memberi sokongan selama ini. DANNNNNNNNNNNNNNNNN—Inilah masanya korang nak beli baju raya yang berkualiti pada harga mampu !! Mana nak dapat lagi kan ?


Kalau korang familiar dengan area Jakel Shah Alam mesti korang perasan ada khemah besar kat sebelah Petronas Seksyen 7 tu. Ha !! Sekali lagi Jakel membuat kejutan dengan menawarkan pelbagai jenis karpet berkualiti tinggi pada harga serendah RM 4.80 sekeping. Fufff—Baju raya ada, karpet raya pun ada. Lengkap dah raya korang kan ? Hee~ Siapa taknak beli barang berkualiti pada harga murah ? Semua nak kan ?


JAKELSTORE.MY


Peminat Jakel tapi tak sempat nak singgah ke butik / kedai ? Tak payah drama sangat. Hahahaha~ Korang boleh beli online jek !! Klik masuk www.jakelstore.my dan tunggu barang sampai. Jam tu memang korang rasa serabutlah nak memilih tambah geram pun ada sebab hampir ke semua koleksi yang ada di kedai fizikal, ada juga di Jakel Store tu.




Ntah ! Kalau tanya kakak yang memang sentiasa menanti jualan murah dari Jakel, sudah pastinya sangat berpuas hati bila dapat belek satu persatu perincian koleksi dengan tawaran harga yang menarik dan mampu beli dari segala golongan – Jakel memang sesuai diiktiraf sebagai gedung baju raya pilihan semua.


Well. Tengok gambar pun dah tahu sambutan dari pelanggan macam mana. Kan ?


LOVE ;
ATIE ADNAN

8 comments:

  1. Terpikat dengan baju Ayda Jebat.. nampak muda dan ceria

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan !! sebab tahun ni memang Jakel keluarkan warna-warna yang menyerlah dan lebih tajam.. hee~

      Delete
  2. bagus jakel, senang la org yg berbadan besar skrg dah boleh pakai baju jakel kan.. baju ayda jebat tu memang cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye wak.. jakel memang nak mudah kan semua orang.. kalau boleh beli kenapa nak tempah.. kan ? hee~ awak dah ada baju raya ke ?

      Delete
  3. muka happy ehh baju raya dah siap semua. huhhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ nak raya wak.. kena happy..

      Delete
  4. belikan kurta untuk husband, material dia best dan cutting cantik

    ReplyDelete
  5. hari tu kat shah alam, kita gi beli dengan suami, baju melayu hairul azreen...hahaha

    ReplyDelete

Powered by Blogger.