BMO 1980 MASIH MENGEKALKAN KARYA TRADISI MELAYU ASLI

Fuff—Tinggal berapa hari je lagi nak Raya ni dan memang tahun ni kakak sedikit kelam kabut dengan pelbagai urusan, nasib lah ada BMO 1980 yang sedikit sebanyak membantu kakak dalam penyediaan pakaian kami sekeluarga.

Harga Baju Melayu Custom Made Ampang 2019

Kakak dan encik suami memang tak pandai befesyen sebab kitorang memang berjiwa klasik. Hahahaha~ Kitorang memang tak reti nak pakai baju yang fancy fancy berlabuci dan design pelik-pelik sampai kena tahan nafas dan tak boleh makan pada hari Raya pertama. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kami memang memilih baju melayu potongan asli – ada pesak, kekek dan kemasan jahitan yang teliti. Al maklum lah, nak bergaya dengan selesa bukan mudah ya apatah lagi sepanjang hari raya pertama masing-masing sibuk berkunjung ke rumah saudara-mara dan turut menerima tetamu.

Kalau tak selesa, payah lah. Mau tantrum semuanya sekali. Hahahaha~


BMO 1980


Masih mengekalkan rekaan klasik, BMO 1980 yang terletak di Taman Dagang Ampang bukan sahaja mempunyai koleksi baju melayu yang belbagai tapi ada juga baju kurung Pahang dengan potongan asli. ASLI ? Ya !! Sama seperti zaman dahulu, ia kekal seperti asalnya.

Itu saja ?? 
 
Eh !! Tak—Ada juga koleksi baju melayu untuk kanak-kanak dengan pelbagai aksesori seperti tanjak, capal, sampin dan pelbagai koleksi butang baju melayu. Suai padan mengikut selera masing-masing.

Promosi Raya 2019

Menyingkap kembali sejarah BMO 1980 sendiri yang telah bertapak dalam industri fesyen sebelum kurta dan baju melayu slim-fit berada dipasaran, BMO 1980 terlebih dahulu telah mencipta nama dengan menjadi ‘tukang jahit’ berkredibiliti tinggi.

Harga Baju Melayu BMO 1980

Mengekalkan jenama BMO 1980 yang pernah menghasilkan pakaian istana dan pakaian seragam untuk cabin krew pada sebuah jenama penerbangan terkemuka di Malaysia, BMO 1980 menitik beratkan soal kekemasan, kualiti kain dan juga keselesaan para pelanggan. Dengan menawarkan harga serendah RM 30.00 untuk baju melayu kanak-kanak sehinggalah ke ratusan ringgit yang mengikut permintaan pelanggan.

Ukur baju di badan sendiri bukan sahaja bertepatan pada bajet tapi juga pada keselesaan pemakai. Hee~ Kalau tak ukur, tak sedap plak nak pakai. Kan ?



FAKTA : BMO 1980 adalah tailored brand turut menyediakan perkhidmatan jahitan 
baju secara tempahan dengan pilihan berpuluh jenis material dan warna. 
Tempahan pukal untuk perniagaan ? Pun adaaaaaaaaaa--



Taknak baju ready made ? Jangan risau, memang BMO 1980 menyediakan perkhidmatan custom made punnnnnnn. Kalau korang cerewet macam kakak, seeloknya tempah lah biar sedap terletak kat badan bajunya nanti.

Harga Capal Eksklusif BMO 1980

Kelainan di Aidilfitri tetapi mengekalkan tradisi ?

Kakak suka part ni. Hahahaha~ Jarang tau nak jumpa orang promote tanjak, destar dan tengkolok sebenarnya ( atau mungkin kakak tak pernah jumpa !!!!!! ) walaupun benda yang sama, tapi panggilan pada setiap negeri adalah berbeza. Mengembalikan tradisi lama pada zaman milenial, BMO 1980 sangat komited dalam memperkembangkan tradisional Melayu lama sejajar dengan perkembangan fesyen semasa.

Kat Mana Nak Beli Tanjak ?

Kalau tak pandai pakai pun tak peeeeeeeeeeeeeeee—Kat sana akan ada yang mengajar korang cemana nak pakai tengkolok dengan cara yang betul mengikut penggayaan yang sesuai.

Harga Tengkolok Selangor



Misi BMO 1980 adalah untuk memperkasakan pakaian lengkap tradisi Melayu 
kepada semua peringkat umur.



Tahun ni memang kakak sibuk dengan pelbagai urusan sampai tak sempat nak buat persiapan. Kesian anak-anak sebenarnya. Hahahaha~ Dan disebabkan BMO 1980 tutup pukul 2 pagi, sempat lah kitorang memunggah butik sebaik sahaja anak-anak habis tuisyen haritu.



YA !!
BMO 1980 TUTUP JAM 2 PAGI SEHINGGA 4 JUN 2019 !!





Last minute ? Dah tak payah pening kepala. Singgah kejap kat BMO 1980 di Taman Dagang, Ampang lepas solat terawih atau urusan lain untuk melengkapkan persiapan raya korang. Hah !! Kakak sudah !!

Baju Raya Murah 2019

ALAMAT :
BMO 1980 @ DAGANG AVENUE, AMPANG
G-5, DAGANG AVENUE, JALAN DAGANG B/3A,
TAMAN DAGANG, 68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN

Alamak !!
Dah pilih-pilih baju tapi seluar terpanjang plakkkkkk. Serabut kan nak cari tailor lain plak nak repair. Hee~ Kat BMO 1980, semua ada. Kakak pun alter seluar Nur Aiman kat sana. Memang lubuk pakaian satu keluargalah katanya.

Senang tak payah nak ke tempat lain dah.

Pantun Raya

HOTLINE : +603 2602 3303
LAMAN WEB : https://bmo.com.my/
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/bmo.1980

Baju kurung baju kebaya,
Kurung Riau unik sekali,
Selesa dipakai semua bangsa,
Anggun klasik sentuhan seni.

Baju melayu kancing suasa,
Tenunan indah mahal sekali,
Kacak dipakai dihari raya,
Lambang budaya terserlah pekerti.


LOVE ;
ATIE ADNAN

14 comments:

  1. alhamdulillah info yg bagus👍🏻 terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. BMO really have different type of baju Melayu. From classic to modern fashion. It seems you shop a lot at BM9.

    ReplyDelete
  3. Cantik pakaian di situ, yang pasti akan menarik minat nak membeli banyak. Naim pun rambang mata tengok walhal gambar sahaja.

    Nasib dah beli baju raya.

    ReplyDelete
  4. Tertarik pula Rawlins tengok baju Johor berjalur warna tu. Pastu capal tu pun menarik.
    Eh. Lelaki pun boleh pakai dokoh?
    Ini suatu idea yang menarik nie.

    Nampak gaya Rawlins kena terjah gak la Atie. Huhu.

    ReplyDelete
  5. Cantik bayu Melayu lelaki. Thinking to get a set for my husband too on this Raya celebration.

    ReplyDelete
  6. Ena suka classic n moden.so standby je 2jenis ni. Tapi klau hari raya suka simple sebab bukan 1hari nak melaram kan. Masuk dapur kena pakaian selesa jugak. Belum lagi berjalan bawa anak kecik. Tapi tanjak tu macam kembali trend skrang ni lelaki pakai. Pegi bazar mane2 ada je pakai. Suami siap nak beli.haha. biasa nak songkok je..

    ReplyDelete
  7. Kak Atie yang hensem ni pakai apa pun cantikkk. Nice juga sebenarnya baju simple camni, kalau dah matchy matchy dengan husband terus nampak sweet lah kak Atie.

    ReplyDelete
  8. Banyak betul pilihan baju kat sini. Rambang mata nak pilih. Senang boleh pilih untuk satu keluarga. Buka sampai 2 pagi memidahkan untuk org datang berbelanja sakan

    ReplyDelete
  9. agak2nya baju melayu teluk belanga ada tak ye? menarik jgk kedai yg mcmni...
    yelah skrg ni banyak sgt yg jual baju melayu hipster yg entah hapa2 design nya

    ReplyDelete
  10. CANTIK atie... menarik pula tu... suka yg mcm ni

    ReplyDelete
  11. alamakk yg pakaian budak tu siap ngn tengkolok OMG so cute!! bagus lah smpi 2pg buakk betol2 time2 dh hujung ramadhan ni mmg sume kelibut akk xmnyempat!!

    ReplyDelete
  12. aduyaii lawa gilerr seyhhh...memang smart dan nampak klasik giler kalau nampak org pakai style gini...serius nice sangatt....baju kurung klasik pun nampak cantik jerrr...feeling tun teja sudahhh

    ReplyDelete
  13. Nampak satu kelainan bila beraya ni pakai tengkolok. Mana ada zaman sekarang orang pakai kan. Kadang tu songkok pun tak lekat kat kepala..
    tapi mesti nampak cute je kalau budak budak pakai kan.

    ReplyDelete
  14. Suka tengok bila orang pakai baju Melayu lengkap bersampin dan songkok di hari raya. Terserlah kemelayuan.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.