ODEN HALAL MAKAN TANPA WAS-WAS DI TEKUN MART TBS

Bila menunggu ba, memang dari dulu kakak suka mengunyah tapi dah berumur ni memang tak berapa rasa nak makan jajan lah. Kalau ada kat Terminal Bersepadu Selatan ( TBS ) memang rambang mata sebab banyak sangat kedai makanan – tapi semua makanan yang sama. Hahahaha~

Oden Halal

Nak kan kelainan, kakak naik lah ke tingkat 4 di bangunan tersebut. Meriah !! Seronok !!


TEKUN MART


Kedai serbaneka yang berkonsepkan layan diri ini memberi nafas baharu pada usahawan tempatan yang rata-ratanya mengeluarkan produk makanan Halal seperti nasi lemak segera, kerepek, pelbagai jenis minuman dan cokelat. Menjadi sebuah hub pengumpulan, Tekun Mart yakin mampu membantu usahawan lain dalam memasarkan produk mereka. Turut menggalakkan kerjasama dan jaringan dikalangan usahawan TEKUN disamping menjalankan aktiviti perniagaan yang menguntungkan.

Katering Oden Halal di Cheras

Mempunyai lebih 20 jenama di bawah satu bumbung, Tekun Mart turut menyediakan makanan panas – mudah hidang seperti oden, meatball, spaghetti, jagung manis, pelbagai jenis roti dan juga pau pelbagai inti untuk mengisi perut kosong. Dah kalau menunggu, mesti lapar tapi dalam masa yang sama nak berjimat supaya tak terlebih bajet. Hah !! Kat sini bukan sekadar JIMAT tapi boleh makan macam-macam.

Kedai Makan Sedap Dan Murah di TBS

TEKUN Malaysia

Terminal Bersepadu Selatan, Cheras

Tak puas makan kat sini ?
Nak buat kenduri atau pelbagai majlis tapi mahukan keunikan ?

Makanan Sedap Di TBS

Nah !!
TEKUN Mart juga menerima tempahan katering Oden Halal tau.

Oden Sedap dan Halal

Waktu Operasi : 7.00 pagi – 11.00 malam ( dibuka setiap hari )

Nanti terus je naik ke Tingkat 4, jalan terus menghala ke Pasaraya KK. Ha !! Tekun Mart betul kat sebelah tu je. Tapi kalau tak jumpa juga boleh call Kak Wani ya.

Whatsapp : 016 9645544 ( Kak Wani )

Tekun Mart



LOVE ;
ATIE ADNAN

2 comments:

  1. ya pernah ke kedai ni, tp masa tu dah kul 10 mlm barang pun dh banyak takde, masa tu antar adik akak masa dia nk balik johor. mmg nampak ada banyak pilihan makanan lg mcm sandwish masa tu

    ReplyDelete
  2. wahh.. macam-macam ada kat Tekun TJ Mart ni ye.. dah ada pilihan lain nak makan oden.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.