5 JENIS KOPI YANG SEDAP DAN PEMINAT KOPI WAJIB CUBA
Bila kakak bercakap pasal kopi, memang terbau-bau kat hidung ni betapa mewah dan eksklusifnya bau tu – belum masuk lagi part rasa dan juga harga. Hee~ Nah !! Kakak senaraikan 5 jenis biji kopi yang sangat popular dikalangan coffee addict !!
Kakak sendiri kalau tak pekena kopi memang rasa ada kekurangan pada rutin harian kakak terutamanya dari sudut tenaga dan juga permainan emosi. Haa--
KOPI MAHAL ATAU KOPI MURAH ?
Ataupun kopi yang dah biasa beli dan minum ? Hee~ Tak kisahlah apa jenis kopi pun tapi korang tau tak setiap biji kopi yang belum dikisar berasal dari negara yang berbeza dan unik disamping mempunyai ciri-ciri yang berbeza pada setiap bijinya.
1 : ARABIKA
Biji kopi Arabika yang berbentuk bujur menjadi kegemaran peminum kopi telah mengusai lebih 60% pasaran kopi di seluruh dunia, memiliki kandungan kafien yang rendah berbanding jenis biji kopi yang lain namun memiliki aroma yang sangat harum. Berwarna sedikit terang, Arabika merupakan biji kopi yang mengandungi asid paling tinggi tetapi mampu membantu pengamalnya menghindari beberapa penyakit seperti :
- parkinson
- keletihan
- alzheimer
- stress
- penyakit dalam mulut ( infeksi pada gusi )
Gambar : tanameracoffee.com
2 : LIBERIKA
Gambar : pesisirnews.com
Liberika hanya menguasai 2% pengeluaran kopi dunia tetapi ia merupakan biji kopi yang paling tahan pada penyakit Karat Daun ( HV Disease ) kalau nak dibandingkan dengan jenis kopi yang lain. Dari segi kualiti pula, biji kopi Liberika dikatakan mempunyaki ukuran buah yang tidak seragam di mana biji-biji kopi ada yang sedikit besar dan sedikit kecil walaupun sudah sampai tempoh matang.
3 : EXCELSA
Excelsa merupakan salah satu biji kopi yang sangat popular dikalangan peminat kopi yang selalu mengelirukan kerana bentuk dan warnanya seakan-akan Liberica. Secara saintifik, Excelsa diiktiraf sebagai Coffee Dewerti yang menyumbang 7% pengeluaran kopi di dunia.
Gambar : fairtradecommodities.com.my
Biji kopi Excelsa biasanya dicampurkan dengan Robusta ataupun Arabica bagi meningkatkan rasa sensasi kopi.
4 : KOPI LUWAK
Masa kakak mencari informasi tentang kopi Luwak ni, kakak dah geli geleman. Hahahaha~ Tapi tu lah, fakta tetap fakta lah. Walaupun sedap, tapi tu lah tu.
Kopi Luwak terhasil daripada sejenis haiwan Luwak ( sejenis musang ) yang memakan biji-biji kopi yang sudah berwarna merah dan melalui proses bersama enzim di dalam perutnya dan mengeluarkan biji kopi tersebut bersama najisnya ketika memerut. Dan kalau korang nak tau, kopi Luwak merupakan kopi paling mahal setakat ni. Hee~
Gambar : i-likelocal.com
Kakak tak pernah rasa algi kopi Luwak ni tapi kalau direzekikan nanti, memang kakak takkan tolak lah. Nak tau jugak cemana hebatnya kopi Luwak ni. Kan ?
5 : ROBUSTA
Robusta mengandungi dua kali ganda jumlah kafien yang menjadikan ia istimewa kerana bersifat kebal terhadap penyakit.
Robusta mempunyai rasa halus, sedikit pahit dan keras yang sangat sesuai dijadikan espresso,.Tapi korang jangan salah faham tau, ada juga Robusta yang berkualiti tinggi mempunyai rasa seperti cokelat pahit. Rasa Robusta lebih kick sekiranya dibancuh dengan sedikit gula perang dan juga susu.
Kalau korang tanya kakak, kakak memang suka apa sahaja minuman berunsurkan kopi. Hee~ Kakak dah try macam-macam jenis kopi dari yang dibancuh dari restoran mamak, gerai tepi jalan sehinggalah ke kafe-kafe mahal tapi masih mahu mencuba kopi yang berbeza dari pelbagai jenama yang lain.
Korang kaki kopi ?
Memang setiap hari akan minum kopi ke ? Hee~
Kalau korang ada cadangan jenis kopi atau port kopi yang BEST, boleh lah kongsi kat ruang komen, ada rezeki kakak nak singgah nanti.
LOVE ;
ATIE ADNAN
Pernah minum kopi Arabika dan sedap sangat. Tapi kopi hijau tu tak pernah lagi minum. Yang last tu kopi yang selalu ada di pasarankan?
ReplyDeletehee~ semua biji kopi ni ada kat pasaran tapi biasanya yang jual kat kafe tu dah campur2 dah..
Deletebau kopi memang buat jiwa jd tenang.. haha
ReplyDeletedulu2 xsuke kopi..
tp skrg ari2 minum kopi kosong.. sedapnyeeee
kannnnnnnnnnnnnn.. sama !! kakak pun minum kopi kosong je.. nikmat wey..
Deleteemm...suka minum kopi, tapi x pandai la plak pilih2 bab biji kopi ni. main minum je... he he..
ReplyDeletehee~ tak pe.. minum je pun dah okay..
DeleteKerana kopi i datang ni ternampak di reading list hahahaha..
ReplyDeleteSis coffee lover, so kalau nampak kopi sedap, memang akan cuba!! Arabica is the best!
hahahaha~ sepsket !! nanti ada masa kita ngopi ya !!
Deletesuka semua jenis kopi..kopi kampung + yg urban..
ReplyDeletekannnnnnnn.. kopi kampung bukan Arabica ke ? hee~
DeleteTak minat sangat minum kopi.. tapi ada masa² tu, memang kepingin nak minum. bau kopi memang menggoda...
ReplyDeletehee~ tak dapatlah nak ajak mengopi..
Deleteone of the another coffee lover heree!! Hehe, ya Allah, banyak jugakla kopi yang izzati tak try lagi. this post rlly help me! thank youuu! love you. <3
ReplyDeleteheyyyyyyyy.. boleh lah kita g ngopi sama nanti.. hee~
Deleteskrg ni wak dh xleh minum kopi, especially kopi mcd., huhuhu
ReplyDeletekenapa wak ? kopi mekdi sedap kot.. hee~ tapi tanpa gula lah..
Deletethanks sis for the information. sebenarnya sedang buat kajian kenapa kopi Robusta Nescafe Kopi O rasanya bukan biashe biashe. memang kalau kena waktu fresh ( badan tak letih kepenatan ) memang akan fresh pelik. sebaliknya kalau sedang penat keletihan akan rasa mengantuk kalau minum kopi tu. rupa rupanya sebab kaffeine dia dua kali ganda lebih kuat berbanding Arabica.
ReplyDeleteterima kasih ilmunya, minta izin copy ada artikel dan gambar kopi arabica.
ReplyDelete