LE FRENCH FESTIVAL 2020 ; CINEMA, PERFORMING ARTS, LIFESTYLE
Fuff—Lain dari yang lain dan kakak terkesima dengan atucara tersusun rapi sepanjang majlis sidang media Le French Festival bagi edisi ke-19 pada tahun ini yang dijangka festival seni yang terbesar sepanjang tempoh kerjasama mereka dengan Golden Screen Cinema ( GSC ).
Festival yang akan berlangsung dari 19hb Mac 2020 hingga 26hb April 2020 di negeri-negeri tumpuan bakal mengetengahkan tayangan filem Perancis, pameran seni, persembahan muzik dan teater, gastronomi dan banyak lagi yang pastinya memberi sudut pandang lain terhadap peminat seni tempatan.
LE FRENCH FESTIVAL EDISI KE-19
Sejak penubuhannya pada tahun 2001, Le French Festival bertapak dan menjadi hubungan utama menerusi pertukaran budaya antara Perancis dan Malaysia dengan mengukuhkan platform mereka apabila tahun 2019 yang mencapai 13,000 pengunjung dikeseluruhan lokasi iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan juga Kota Kinabalu.
Edisi yang dijangka mampu menarik lebih ramai pengunjung dari yang sebelumnya ; mengumumkan kerjasama dengan Golden Screen Cinema ( GSC ) sebagai rakan kongsi utama bagi menarik pelbagai golongan masyarakat termasuk mereka yang sudah berkeluarga, remaja dan juga kanak-kanak untuk meneroka kepelbagaian unsur Perancis termasuklah bahasa, filem, fesyen, muzik, puisi, makanan, budaya dan sebagainya yang berkaitan. Fuh !! Seronok kan bila kita cuba mempelbagaikan pengetahuan termasuklah mempelajari budaya dan etnik dari negara lain.
Saya selalu rasa dekat dengan Perancis kerana kecintaan saya pada daya tarikan pada setiap masakannya. Rakyat Malaysia dan Perancis sama-sama menggemari makanan dan makanan adalah sebahagian daripada budaya untuk meraikan keraian, ia memberi kegembiraan kepada saya untuk sama-sama meraikan budaya Perancis tahun ini bersama Le French Festival kini di Malaysia. Saya juga berbesar hati kerana dilantik sebagai Friend Of Le French Festival 2020 – Chef Anis Nabilah
Bukan sahaja sarat dengan pelbagai program dan juga aktiviti yang boleh dinikmato oleh pengunjung yang menerapkan budaya Perancis, tahun ini adalah tahun kedua dalam sejarah Le French Festival bersama Alliance Française dengan Kedutaan Perancis di Malaysia telah menjemput rockstar terkenal iaitu Manu Chao yang akan membuat persembahan akustik petikan dari albumnya iaitu Sibérie m'était conté. Encik Jacques Bounin, Pengarah Alliance Française Kuala Lumpur turut meluahkan rasa teruja dengan apa yang bakal Le French Festival bentangkan tidak lama lagi.
Antara kemuncak yang dijangka menjadi tarikan di LE FRench Festival 2020 :
- The Malaysian Premiere Of Solstice Lunaire
- Gasp by Companie Circoncentrique
- Persembahan sarkas yang kelakar dan menakjubkan untuk seisi keluarga
- Roger Kasparian - The Eyes of the Sixties
- Pameran dunia yang memaparkan koleksi gambar-gambar Roger Kasparian iaitu jurugambar terkenal pada tahun 60-an antaranya The Beatles, Rolling Stones, Edith Piaf dan Serge Gainsbourg
- Bengkel Roti Artisan
- Belajar membuat roti Perancis secara langsung dari Master Bakers PAUL ; Duta French Art De Vivre
Mengulas lebih banyak lagi mengenai tarikan Le French Festival 2020, Penyelaras Budaya Festival dari Alliance Française Kuala Lumpur ; Cik Julie Loffi yang berkongsi bahawa edisi tahun ini bakal menjadikan Malaysia lebih dekat dengan budaya Perancis. Dengan memainkan lima deria iaitu : deria pandang, deria bunyi, deria bau dan deria sentuhan bagi membolehkan setiap pengunjung merasai budaya Perancis tanpa perlu terbang ke sana.
Untuk acara Art de Virve, Le French Festival akan bekerjasama dengan pelbagai jenama minyak wangi Perancis yang terkenal yang akan membawa pengunjung menelusuri moment harum gaya Perancis.
Nah !!
Kalau korang berminat dengan pameran sebegini, mungkin jadual kat bawah ni penting untuk korang – supaya tak terlepas kan. Hee~
Untuk maklumat lanjut tentang Le French Festival, boleh terus layari www.lefrenchfestival.com.my.
LOVE ;
ATIE ADNAN
teringin plak nak belajar bahasa Perancis.
ReplyDeleteWah, je adore 😍 Tu je bahasa France gang tau. Haha Kalau dekat memang dah pergi.
ReplyDeleteI pernah tengok filem French once. Not bad. This kind of event will helps to give more awareness on the French film too.
ReplyDeleteBagi yang minat kesenian peranchis boleh la pergi..ehhh seni masakan pun ada.. mmg sesuai untuk bawa seisi keluarga
ReplyDeletemenarik ni. boleh belajar bahasa perancis dalam berhibur..
ReplyDeleteOh di KL Pac rupanya event ni. Seronok juga ni kalau pergi tengok pameran negara Perancis. Mesti movie2 dorang pun best2 kan tak cliche mcm Malaysia. Hehe.
ReplyDeleteWah menarik yer. Ada masa nanti nak singgah lah Le French Festival ni.
ReplyDeletewah mesti best2 juga cerita dia ya. nanti boleh cuba tengoklah based on tajuk2 di atas
ReplyDeleteWOW bestnya festival ni! Suka tgk chef anis nabilah masak!❤
ReplyDeletetak sabar nk sertai aktiviti2 sempena festival ni. yg paling best mestilah tgok movie2 tu
ReplyDeleteFilwm french mmg best. Byk cerita dowang x klise dan sgt unik
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian Atie. Bengkel roti artisan tu macam best je 😁
ReplyDeleteMenarik jugak baca sinopsis tu. Tetibe rasa nak pergi tengok jugak. Bukan selalu nak tengok movie movie perancis ni
ReplyDeleteWah menarik la festival ni kakak. Ada banyak program dan acara yang dijalankan nanti. Kena save tarikh siap-siap ni
ReplyDeletePerghh boleh belajar budaya, dan apa yang menarik tentang french ni..bgausla diabut macam ni..
ReplyDeleteRawlin selalu pergi yang Latin American dan European festival - paling best adalah mencuba makanannnya dan menonton movie nyer!
ReplyDelete