KESIHATAN MENTAL : DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN KESIHATAN
Jenama hijab terkenal, SofeaRose sekali lagi membuktikan kepedulian mereka terhadap isu berkaitan wanita khususnya melalui penganjuran program kerja social (CSR) mereka, Mental Wellness Campaign sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun.
Peka dengan perubahan isu semasa, kali ini SofeRose tampil lebih berani dengan membawa tajuk Kesihatan Mental : Dari Perpspektif Islam dan Kesihatan. Ironinya, peratusan penyakit mental berada di tahap yang semakin membimbangkan dimana 1 daripada 3 penduduk Malaysia menghidapi penyakit mental dengan usia seawal 16 tahun. Menyedari akan tanggungjawab terhadap sosial, kesempatan ini diambil oleh jenama pengeluar pakaian muslimah modest ini untuk tampil membantu masyarakat melalui penganjuran program sehari ini.
KLIK SINI --> TIGA DOA YANG DIAJAR OLEH USTAZ DON DANIYAL
"Ya, kami sedar dan perlu bantu. Sepertimana yang umum tahu, masalah mental kini semakin
berada di tahap yang begitu membimbangkan. Jika dahulu, ia mungkin dikaitkan dengan
keturunan, tetapi pada hari ini, penyakit ini semakin menular di kalangan masyarakat
dunia dengan bilangan yang meningkat secara mendadak. Besar harapan kami agar
penganjuran program sehari ini sedikit sebanyak dapat memberi impak positif kepada
masyarakat umumnya dan kaum wanita khasnya. Saya percaya, jika kami tidak mengambil
endah akan tanggungjawab ini dengan bantuan kuasa media khususnya, masyarakat kita akan terus tenat dan lemas tanpa bantuan.."
- Pengarah Urusan Sofearose, Zaki Yusof.
Sementara itu, Ardy Ayadali dari Badan NGO BefriendersKL yang turut hadir sebagai tetamu jemputan berkata, terdapat kes kanak-kanak seawal usia 8 tahun menghubungi BefriendersKL untuk menyatakan hasrat bagi membunuh diri.
“ Kita sebagai ibu bapa, rakan-rakan dan masyarakat perlu peka dengan ‘hint’ yang mereka cuba sampaikan. Kadang-kala sikap kita yang suka menghukum dan mengambil enteng aduan mereka yang membawa kepada terjadinya kes bunuh diri,” katanya.
Terdahulu, SofeaRose menjalinkan kerjasama bersama Majlis Kanser Negara, MAKNA dalam menjayakan Pinktober Day sempena Hari Kanser Sedunia yang disambut secara global.
Antara pengisian menarik sepanjang program adalah Forum Mini Kesihatan Mental : Dari Perpspektif Islam dan Kesihatan yang dibarisi oleh panel jemputan, Pendakwah Selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, Pegawai Perubatan, Dr. Husna Zahry yang mengupas isu Penyakit Mental dari perspektig Islam dan perubatan.
Memasuki tahun ke-enam, Sofearose telah melebarkan sayapnya melalui pembukaan outlet terbaru mereka di Central i-City Shah Alam dan Kota Bharu.
LOVE ;
ATIE ADNAN
LOVE ;
ATIE ADNAN
Bagus aktiviti macam nie.. kena perluaskan untuk bagi kesederan kepada orang ramai..
ReplyDelete