RESEPI SAMBAL IKAN BILIS GARING PEMALAS
Hahahaha~ Nama pun Sambal Garing Pemalas memang sangat mudah buat stok sempena bulan puasa ni, lagi-lagi kalau dapat makan dengan nasi panas – kawankan dengan telo mata kerbau. Terliur sis !!

BUKAN SAMBAL HITAM PAHANG
Ya !!
Nampak sama tapi bukan dia sebab tak gunakan belimbing buluh rebus pun. Hee~ Macam biasa, sukatan boleh agak-agak lah mengikut selera dinosor korang.
- Ikan bilis
- Cili api / cili padi
- Bawang besar
- Minyak untuk menumis
Dah !!
Empat bahan je gais yang kakak guna untuk menghasilkan sambal goreng ikan bilis malas. Dah lah jimat sebab empat bahan mudah dapat, tempoh nak masak pun sekejap je.
BACA SINI --> SAMBAL HITAM PAHANG
Cara untuk buat pun sangat senang ( malas kan ? sapu bersih lah—) ngko blander je semua bahan mentah kat atas nun ( ikan bilis + cili api + bawang besar ) guna blander kering lah biar dia berderai. Kang kalau ngko guna blander basah tu kang kena letak air plak. Nanti ikan bilis kembang – susah nak garing.

Lepas tu panaskan minyak masak ( pun agak-agak sukatannya ya—) dan leburkan semua hasil ngko dah kisar tadi kat dalam minyak masak. Nah !! Kacau-kacau lah sampai sebati dan masak.
Hee~ Kakak kalau bab masakan ringkas camni memang suka lah, tak renyah dan bahan pun murah. Buat banyak-banyak, simpan dalam bekas untuk stok hari lain. Boleh makan dengan pulut, roti, mihun goreng, bubur – ah !! Ikut selera korang lah.

Nak resepi lain ?
Tunggu kakak malas, nanti adalah resepi baharu.
LOVE ;
ATIE ADNAN
Aduissss. ngam2 ada bilis di rumah ini
ReplyDeleteMacam serunding pun ada rupanya.. hehehe.. sedap nie..
ReplyDelete