PAKEJ HAJI RAYHAN 2020 DARI FELDA TRAVEL

Bila sebut pasal pakej haji dan umrah, pastinya naik kelabu biji mata dengan pelbagai tawaran yang disediakan dari pelbagai pihak tapi kakak tertarik dengan Pakej Haji Rayhan dari Felda Travel ni sebenarnya.


Pakej Haji Felda Travel 2020
Felda Travel yang dinungi oleh FGV Holdings Berhad mempunyai 14 tahun pengalaman menguruskan jemaah haji dan umrah dan berada dalam platform lebih dari 35 tahun didalam platform pelancongan. Nah !! Lagi TUA dari kakak dan pastinya kakak yakin dengan pengalaman mereka. Hee~


PAKEJ HAJI 2020



Berada dalam kelas antara yang terbaik, pihak Felda Travel menyediakan pelbagai kemudahan, kelengkapan, tenaga kerja dan juga tawaran terbaik kepada setiap bakal jemaah haji yang akan dikendalikan oleh mereka, antaranya :


1. HOTEL PALING DEKAT
  • Hanya 250 meter berjalan kaki ke Masjidil Haram dan sangat sesuai untuk warga emas atau jemaah yang mempunyai ketidak selesaan pada lutut atau kaki. Siap boleh ulang alik dari hotel ke masjid kalau nak beribadah lagi--

2. TIADA TRANSIT
  • KATANYA !! Para jemaah haji tak perlu transit di kawasan Aziziah yang jaraknya 4.5 kilometer ke Mekah ; ini bermakna – jemaah haji berpeluang untuk ulang alik ke Masjidil Haram setiap kali masuk waktu solat ( sangat impian !! )

3. USTAZAH KHAS
  • Tak semua agensi akan bawa ustazah khas ( berikutan soal kos tambahan yang akan dikenakan ) untuk membantu menjawab segala permasalahan jemaah wanita selama di sana tetapi Felda Travel akan membawa seorang Ustazah Pembimbing Haji tanpa kos tambahan !!


KLIK SINI –> PROMOSI ISTIMEWA MAC 2020



4. MAKANAN MELAYU DI BUMI MEKAH
  • Sudah tentunya selera Melayu yang disediakan oleh Felda D’Saji yang bakal menjadi santapan sepanjang lebih 30 hari kita di sana. Bayangkan lah--

    Hish !!
    Sedapnya !!

5. KUMPULAN KECIL
  • Team Felda Travel sangat menitikberatkan soal kualiti dengan mengehadkan saiz kumpulan jemaah haji supaya dapat memberi tumpuan sepenuhnya dengan layanan yang istimewa – tak de lah nanti ada jemaah haji yang terkontang kanting tanpa panduan dan bimbingan.

6. PERCUMA
  • Jadilah pendaftar paling awal untuk melayakkan korang mendapat Qurban seekor kambing secara PERCUMA !!

    Tak cukup ? Hee~

    Felda Travel telah menyediakan 11 hadiah percuma bagi memudahkan persiapan jemaah haji bagi menyempurnakan Rukun Islam kelima ini.

    Pakej Haji Ekonomi 2020

7. HARI TARWIYAH
  • Tak semua agensi akan buat sebab melibatkan kos tambahan tetapi dengan Pakej Rayhan dari Felda Travel, para jemaah haji dapat bermalam di Mina pada 08 Zulhijjah ; sama seperti sunnah Nabi Muhammad SAW.

    Para jemaah haji setelah berihram akan menuju ke Mina untuk bermalam kerana, pada keesokan harinyanmereka akan menuju ke Arafah. Ketika di Mina, para jemaah ini mempersiapkan air sebagai bekalan untuk dibawa ketika berwukuf di Arafah. Mempersiapkan air ini diistilahkan dengan Yatarowwaun ( يتروون ).

    Selain itu, dinamakan juga dengan “Tarwiyah” adalah disebabkan pada malam tersebut, Nabi Ibrahim AS telah bermimpi buatkali yang pertama daripada Allah SWT agar menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Seharian Baginda AS berfikir dan tertanya-tanya kepada dirinya, apakah perintah itu datangnya daripada Allah SWT atau daripada syaitan. Tertanya-tanya itu juga diistilahkan dengan Yurowwi (يروي ) dan itu adalah di antara sebab 8 ZulHijjah dinamakan dengan hari Tarwiyyah. [ Lihat : al-Mughni, 3/249 ]

Pakej Haji Murah 2020

8. BERPENGALAMAN
  • Masuk tahun ke-14, Felda Travel mempunyai lesen dari Tabung Haji untuk mengendalikan pakej haji dengan barisan staff yang berpengalaman untuk memastikan para jemaah dipantau dan diselia dengan baik dari hari pertama mereka mendaftar.

    Dengan bimbingan dari dua orang ustaz dan seorang ustazah yang berpengalaman khusus untuk membantu para jemaah haji mendapatkan haji yang mabrur.

Haji 2020

Amacam ?
Lengkap dan segalanya disediakan oleh Felda Travel bagi memudahkan para jemaah haji menunaikan Rukun Islam kelima ni. Semoga perkongsian kakak kali ni memudahkan pencarian agensi yang bersesuaian dengan keperluan korang.

Untuk maklumat lanjut, korang mungkin boleh manfaatkan link kat bawah ni.


EMAIL : salam@feldatravel.com.my




Daripada Abu Hurairah RA berkata :
"Aku mendengar Nabi SAW bersabda : 
"Barangsiapa melaksanakan haji semata-mata kerana Allah, lalu dia tidak menuturkan 
( perkataan ) keji dan tidak melakukan fasiq ( keluar dari ketaatan ), 
dia akan kembali kepada keadaannya seperti baru dilahirkan oleh ibunya 
( bersih daripada dosa )."

- Hadith riwayat al-Bukhari, No: 1521, 1829, Muslim, No: 1350, 
An-Nasaie, No: 2627, Ibn Majah, No: 2889



LOVE ;
ATIE ADNAN



4 comments:

  1. Kesihatan warga emas yang kena ambil berat, baguslah kalau agent pentingkan tu semua

    ReplyDelete
  2. ini kena duit banyak ni hehe tapi kalau mampu apa salahnyaa untuk ibadah =)

    ReplyDelete
  3. nak p haji tunggu panggilan..nak p sdri tu ui duit yg ado xseberapa lagi
    lepaskan dlu umrah..^_^

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah kalau berkemampuan..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.