THE BEAUTY EXPERT ACADEMY SPA CHERAS ; SPA ESTETIK #1 TANPA SUNTIKAN
Bila sebut je pasal estetik, mesti macam-macam fikiran yang melibatkan pelbagai jenis suntikan dari sekecik-kecik jarum sampailah yang paling besar untuk menyingkirkan cela pada wajah ; tapi bukan di The Beauty Expert Academy Spa yang terletak di Cheras nil ah tau. Hee~
Kalau korang perasan, kakak pernah share artikel tentang spa milik Puan Mastura yang telah beroperasi selama lapan tahun dan masih unggul memberi layanan terbaik kepada pelanggan.
ESTETIK SPA
Mempunyai pengalaman mengendalikan pelbagai kursus rawatan kecantikan, Puan Mastura yang juga merupakan Vocational Training Operation ( VTO ) iaitu kursus untuk melatih peserta dalam bidang kemahiran dimana peserta akan didedahkan dengan latihan pembangunan WIM ( modul ), teknik mengajar bidang kemahiran, latihan pembangunan soalan-soalan kemahiran dan yang berkaitan. Dan kalau korang minat untuk belajar kemahiran Aestethic and Spa Theraphy – boleh datang terus ke spa untuk belajar teori dan praktikal dibawah bimbingan Puan Mastura sendiri.
Selain itu, mereka juga menyediakan servis estetik dan spa yang menggunakan teknologi terkini dalam perawatan dan penjagaan wajah namun masih mengekalkan aspek tradisional dalam terapi penjagaan badan seperti mandian bunga, mandian aura, skrub dan juga masker badan.
Kalau korang nak tau, The Beauty Expert Academy Spa Cheras merupakan spa estetik terbaik di Kuala Lumpur dan sekitarnya yang tidak menggunakan sebarang suntikan namun hasil rawatan mereka standing dengan beberapa jenama luar negara yang mempraktikkan amalan estetik untuk mengembalikan dan mengekalkan kecantikan pelanggan.
Rasanya tak keterlaluan kalau kakak kelaskan servis mereka antara yang terbaik yang telah kakak terima. Banyak rawatan yang mereka sediakan mengikut kesesuaian kulit pelanggan antaranya :
- Sulam Bedak Kristal
- Apa itu Sulam Bedak ? Rawatan Sulam Bedak ini mampu membuatkan kulit wajah nampak lebih cerah dan sekata dengan serta merta selepas rawatan. Kesan Sulam Bedak yang semi-kekal ini mampu bertahan selama dua hingga tiga bulan. Sulam Bedak yang dijalankan bukan suntikan tau tetapi permukaan kulit akan digilap secara halus dan tidak menyakitkan. Selepas buat sulam bedak, sangat penting untuk pelanggan menggunakan sunblock / sunscreen sekerapnya dan gunakan skincare yang sesuai macam produk penjagaan muka ROYALQ ASIA yang boleh dibeli di spa ini, kalau tak satu set pun wajib dapatkan Diamond Dolly Booster Essence dan Liquid Foundation Sunblock SPF60.
- Haram atau tidak ? Sulam Bedak yang diharamkan ialah jika 'embroidery' yang seperti tatu, yang memasukkan bedak asas pada lapisan bawah kulit wajah secara kekal. Berlainan dengan Sulam Bedak di The Beauty Expert Academy Spa Cheras, mereka menggunakan 36 nano needle yang hanya akan mengoles bedak asas di atas permukaan kulit. Exactly sama seperti kita gunakan serum dan bedak asas seperti kebiasaannya.
- Placentex
- Rawatan ini menggunakan DNA SALMON untuk merawat sehingga ke akar umbi wajah, ianya akan membaikpulih sel kulit yang rosak dan tidak baik. Kalau korang nak dapatkan kulit yang glowing bak kaca gitu, rawatan ini terbaik tau. Bayangkan perubahan daripada kulit yang kusam, kering, kasar, kedutan dan ada garisan kepada muka yang tegang bersih.
- BIO-Dermagun
- Rawatan ini melibatkan Crystal Titanium Transdermal yang tidak menyakitkan dari Asid Hyaluronik, Vitamin, Enzim dan Asid Amino yang kaya ke dalam kulit untuk memastikan sel-sel kulit terhidrat dan dipelihara serta memulihkan tona dan keanjalan kulit muka.
Manakala servis lain yang menjadi permintaan pelanggan adalah Micronano Oxygen, Boost Uplifting, Lift Up Eye Treatment, Fat-Busting Treatment, Hot Detox Blanket, perkhidmatan penjagaan sepelas bersalin dan juga pakej spa untuk bakal pengantin.
BACA SINI --> SERVICE FACIAL MUKA YANG BEST DI CHERAS
ISTIMEWA UNTUK PELANGGAN BAHARU !!
Hee~ Jangan kata kakak tak payung ya !! Diskaun sebanyak 65% untuk korang yang pertama kali mahu mencuba perkhidmatan kecantikan di The Beauty Expert Academy Cheras tau !!
Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, mungkin link kat bawah ni boleh membantu korang.
Facebook : www.facebook.com/thebeautyexpertacademy
Instagram : @thebeautyexpertcheras
Telefon : 03-9546 7094 / 013 257 6447
Instagram : @thebeautyexpertcheras
Telefon : 03-9546 7094 / 013 257 6447
Ha !!
Yang mana dok DM / PM / email kakak nak tau sangat pasal semua treatment yang kakak pernah buat kat The Beauty Expert Spa Cheras haritu, beria sangat tu – KINI masa korang plak. Kan dah ada diskaun 65% tu. Hee~ Pergi lah cecantik nak raya ni.
LOVE ;
ATIE ADNAN
Sulam bedak tu macam menarik untuk dicuba..
ReplyDelete