SIAPA EBIT LEW NI ?

Bertebaran pelbagai kisah baik buruk tentang beliau tapi netizen hanya mampu bercakap tanpa mengkaji terlebih dahulu – terdetik kat hati kakak mempersoalkan satu sosok yang menjadi perbualan ramai ; Siapa Ebit Lew ni sebenarnya ?


NGO Ustaz Ebit Lew
Kredit : https://www.facebook.com/ebitlewofficialpage/

Sejak berlakunya penularan Covid-19 kat Malaysia ni dan kerajaan Malaysia mengarahkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) lagi lah nama beliau naik di hampir semua platform media sosial yang ada. Nah !! Korek-korek pasal beliau, kakak terus mengangguk laju seraya berkata di dalam hati – “O.. Patutlah—“


EBIT LEW



Dilahirkan dalam keluarga berbangsa Cina, Ebit Lew telah memeluk Islam seawal umur 12 tahun dan mula mendalami ajaran Islam dari beberapa orang guru. Beliau yang tidak pernah mengenal erti penat penah juga mengajak ahli keluarganya memeluk agama Islam.


  • Nama Penuh : Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau
  • Tarikh Lahir : 21hb Disember 1984
  • Umur : 36 Tahun
  • Bangsa : Cina
  • Agama : Islam
  • Tempat Asal : Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur
  • Status : Berkahwin


Keluarga Ustaz Ebit Lew
Kredit : https://www.facebook.com/ebitlewofficialpage/

Beliau mendapat pendidikan formal di :

  • SK Bukit Ridan ( 1991 – 1996 )
  • SMK Muadzam Shah ( 1997 – 1999 )
  • SM Teknik Johor Bahru ( 2000 – 2001 )
  • SMK Abdul Rahman Talib ( 2002 – 2003 )
  • Universiti Putra Malaysia


Selain itu, antara pencapaian lain beliau sepanjang menjadi moderator dan juga penceramah bebas :

  • Penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H / 2015M.
  • Penceramah Motivasi / Perunding Latihan di Excel Training di bawah bimbingan Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Tahir selama 4 tahun.
  • Memberi ceramah di seluruh Malaysia, Indonesia, Thailand, Pakistan, India, dan Singapura.
  • Penceramah slot motivasi pagi, Slot Islam Agamaku, Islam Itu Indah, Usrah Nurani dan lain-lain di radio IKIM.fm dan Sinar.fm.
  • Telah mengendalikan lebih 1,000 kursus di agensi-agensi kerajaan dan swasta.
  • Panel jemputan dalam beberapa slot sama ada di TV, radio dan juga turut aktif sebagai pengarang di akhbar dan majalah.


Kini beliau mempunyai training agency hak miliknya sendiri iaitu Transform Training & Consultancy yang menawarkan khidmat latihan dan perundingan. Antara program yang dianjurkan oleh Transform Training & Consultancy ialah :

  • Keluarga Sunnah
  • Prokids
  • Kids Jelajah Sekolah
  • Kem Prokids
  • Program Pekerja


Beliau yang tidak pernah lekang dengan senyuman bukan sahaja ringan tulang membantu mereka yang memerlukan sepanjang PKP ni malah telah melahirkan ramai juga penderma untuk sama-sama menanam saham melalui Pertubuhan Kasih Umat Malaysia dan sumbangan yang disalurkan itulah beliau manfaatkan untuk membantu mereka yang memerlukan.



Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
CIMB 8603546376



Walaupun ada sesetengah pihak menyelar tindakan beliau melanggar arahan PKP untuk menghulurkan bantuan bagi mereka yang terjejas sepanjang arahan kerajaan berkuatkuasa sehingga beliau dipanggil untuk membuat kenyataan di Balai Polis Bukit Aman, semangat beliau tidak pernah luntur untuk terus melakukan kebaikan.


Perniagaan Ustaz Ebit Lew
Kredit : https://www.facebook.com/ebitlewofficialpage/

Sebak gak lah kakak tiap kali tengok dan baca setiap caption yang tertulis di laman Instagram beliau. Mana lah beliau dapat kekuatan untuk berhadapan dengan pelbagai cemuhan dan siapalah yang pinjamkan kekuatan untuk beliau terus berdiri membantu ntah siapa-siapa. Kakak terkesan dengan satu quote yang beliau pernah ucapkan :



“Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia.
Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah.
Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah.
Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata.
Tetapi itu tidak penting, yang penting apabila Allah sayang.”



Semoga kebaikan beliau dibalas Allah SWT dengan kebaikan dunia dan akhirat hendaknya.

Lagi ?
Nanti kita sambung mana Ebit Lew ni dapat duit kemain banyak dok nak bantu-bantu orang segala. Bukan sikit duit yang diperlukan, malah mungkin sepanjang PKP ni perbelanjaan dah cecah jutaan RM gais. Hee~ Tapi nanti eh. Kakak kena siapkan kerja sikit.



LOVE ;
ATIE ADNAN



10 comments:

  1. Semoga Allah sentiasa jaga ustaz ebit dan teruskan usaha dakwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin.. semoga beliau diberi kesihatan dan kekayaan untuk terus membantu mereka yang memerlukan..

      Delete
  2. MashaAllah semoga ramai umat Islam di malaysia ni kaya dan bertaqwa.. ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin.. semoga lebih ramai jutawan dan hartawan yang tampil menghulurkan bantuan..

      Delete
  3. seorang ustaz yang hebat di Malaysia.Semoga ustaz sentiasa sihat belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. beliau pernah jatuh tak sihat tapi tak lama.. alhamdulillah.. semoga beliau beroleh kesihatan supaya terus dapat membantu mereka yang memerlukan..

      Delete
  4. Semoga Allah merahmati dan memberkati Ustaz Ebit Lew sekeluarga, dan semoga apa yang diusahakan oleh beliau, hanya Allah saja yang dapat membalasnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aammin.. kan.. semoga lebih ramai orang yang lebih baik tampil untuk bantu mereka yang memerlukan..

      Delete

Powered by Blogger.