AYAM UNTUK SEMUA SEMPENA ULANGTAHUN KE-20 TCRS
Caya tak caya lah sangat dah kalau Ulangtahun dia, dia plak nak belanja kita siap bagi pakej tiga set Nasi Ayam lengkap pada harga RM 20.00 !! Mula-mula tu kakak rasa macam : SERIUS LAH !!!!!
Memang tak boleh jadi, terus singgah AEON Mall, Seremban dan redah sendiri The Chicken Rice Shop. Melopong bila nampak bunting yang dorang pamerkan depan kedai.
TIGA SET ; RM 20.00
Memang tak tunggu lama lah, ngam makan tengahari dan perut pun berkeroncong terok. Teruslah Encik Suami kakak pesan Set Ayam Untuk Semua ni. Kakak kan diet, kena jaga pemakanan sikit tapi kalau dah masuk The Chicken Rice Shop - memang tak boleh tolak. Wajib makan dengan bahagia dan gembira.
Setiap set didatangkan dengan :
- 1/4 bahagian Ayam ( Roast / Steamed / Soy Sauce )
- Satu hidangan Ayam ( Roast / Steamed / Soy Sauce )
- Taugeh atau Pak Choy dengan Sos Tiram
- 3 x nasi
- 3 x sup
- 3 x minuman ringan pilihan
Dah kalau banyak ini, tak ke mengah wey ? Hee~
TAPI !!
Set Ayam Untuk Semua ni hanya untuk dine-in sahaja tau dan terhad kepada 20,000 set tersedia je. Kiranya kalau dah habis 20,000 set tu - tak de lagi lah tau. Jadi !! Sementara masih sempat tu, korang pergi lah pulun.
BACA SINI -->
Sekarang ni dah jadi trend pakai e-wallet dan kakak pun nak menyeru kat korang untuk sama-sama menyahut seruan kerajaan bagi mengurangkan kontak terus sesama kita. Dan penggunaan e-wallet memang sangat sesuai. Bonus untuk korang juga, guna Touch n Go e-wallet, korang akan dapat cashback RM 2.00 !! Nah !! Berapa total harga untuk satu set ni ?
Ya !!
Jadi RM 18.00 je !!
Kegemaran kakak !! Korang suka ayam korang cemana ? |
Tak seronok lagi ? Hee~
Rugi lah kalau tak grab sementara stok masih ada ni.
LOVE ;
ATIE ADNAN
waahhhh bestnyaaa..
ReplyDeletedpt lg diskaun rm2.. best tuuu..
berbaloi..
weii memang berbaloi-baloi sangat tuuu! lagi2 kalo bayar guna tng e-wallet tu...haa, suka kita membacanya...boleh dapat cashback 10% 😍😍😍
ReplyDeleteAlahai. Sedappp tu TCRS. Lama tak makan aihh. Murahnya promosi dia tu Rm20 dapat banyak benda. Kalau pakai ewallet dapat murah lagi.
ReplyDeleteKena frab gak niii sementara stok masih adaaa .. Wowww semua kat atas meja nampak menyelerakan . Rasa nak ngapp jer hahaha .
ReplyDeletemesti laju je habis yang promo nih, murah sangat 3 pax untuk rm20
ReplyDeleteDah 3 hari duk lalu lalang jee, nak pi asyik tak dan je, Johor hujan manjang, malas nak keluar..ni kalau dapat makan time hujan, nikmat woo..murah sungguh!
ReplyDeleteBestnya! Suka roast chicken kalau maakan dekat The Chicken Rice Shop ni. Nak kena serbu cepat ni, kang habis melepassss!
ReplyDeletebaru je hari tu try makan dkt tcrs ni. memang murah & portion pun banyak. berbaloi sangat untuk makan time2 macam ni :)
ReplyDeleteWow rm20 utk 3pax.. Berbaloi tu.. Duduk makan kat kedai yang agak selesa pulak tu..
ReplyDeletemurah sgt tu...sejak pkp ni mmg lama la tk mkn restaurant kn..nanti nk pi la mkn bertiga..ngam kami 3 beranak
ReplyDeleteSedapnyaaa suka sangat makan kat TCRS ni kalau ke mall. Berbaloi2 pakej RM20 ni. Tapi tulah belum berkesempatan ke mall lagi ni dgn family. Baru ni kami order grabfood je huuuu
ReplyDelete3 set nasi ayam dengan harga rm 20, kedai biasa pun tak bagi harga macam tu.
ReplyDeleteWoww.. murah sangat tu. Rugi kalau tak grab promo ni.
ReplyDeleteNasi ayam pun feveret sisyat juga 😊
Berbaloi sangat dah ni...memang murah. Sempat tak nak grab ni? 20000 org je ni..
ReplyDeleteBelum sempat lagi nak pergi ke TCRS ni atau pun mana mana kedai utk makan. Menarik promosi ni.
ReplyDeletemesti sedap ni. saya suka nasi ayam.nanti boleh la pi cuba
ReplyDeletemurahnya tiga set nasi ayam rm20 jeeeee kalau datang makan-makan dengan member ni boleh jimat ni
ReplyDeletesedapnya. kami suka ayam grill/bakar. sedap kalau makan kulit dia.. yummy..
ReplyDeleteMurah promosi ni.. sangat berbaloi.. kiranya boleh makan satu keluarga dengan harga jauh berpatutan
ReplyDeleteTerlioq blik bila tengok sedangkan baru je makan hari tu. Memang berbaloi sgt harga dia. Ingat nak repeat balik le..jom..hehehe
ReplyDeleteperghhh favorite umi abi saya nii haha. sebab nasi dan ayam dia memang sedapp dan kena dengan cita rasa lidah Melayu kita hehe
ReplyDelete