REZZMAI GOLD SHOP MEMBELI SURAT PAJAK PADA HARGA YANG TINGGI

Pernah tak korang terfikir, kenapa orang-orang tua kita menyarankan untuk membuat simpanan emas – katanya boleh MEMBANTU bila tiba saat terdesak nanti. Hee~ Bukan mereka tak pernah pesan tapi kita je ambil mudah pada semua pesanan mereka. Emas yang kita beli tadi boleh dipajak semula sekiranya kita memerlukan wang tunai. Percaya tak ?

Surat Pajak
Nah !!
Sebab tu kakak sendiri dah mula menyimpan emas seawal umur 22 tahun. Walaupun masa tu tak konsisten sebab masih bergelut dengan kewangan, alhamdulillah – 2020 ni kakak dah boleh tersenyum lebar bila tengok graf kenaikan harga emas semakin naik dari hari ke sehari.


BERBALOI KE SIMPAN EMAS ?



Antara soalan yang kakak pernah dapat dari beberapa orang kawan bila kakak cakap, kakak memilih untuk menyimpan emas berbanding menyimpan wang tunai. Hee~ Tapi tak pe lah, kakak kongsi apa yang kakak tahu je. Korang tau tak kadar kenaikan nilai emas semasa adalah sebanyak 20% – 28% setiap tahun dan sifat emas itu sendiri kalis inflasi yang menjadikan harganya semakin hari semakin mahal.



“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh 
digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah DINAR ( EMAS ) 
dan DIRHAM ( PERAK ) [ untuk digunakan ]”

– Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.



Menurut pengkaji ekonomi, nilai wang kertas akan susut nilai dalam tempoh yang panjang disebabkan nilai wang kertas dikikis oleh kadar inflasi yang terjadi setiap tahun. Berbeza dengan nilai emas yang hampir sama sejak dari zaman Rasulullah SAW sehinggalah sekarang. Sebagai contoh, pada zaman Rasulullah SAW – 1 Dinar bersamaan dengan 4.25 gram emas 916 dan membolehkan pemilik emas membeli seekor kambing. Nilai yang sama dengan harga semasa, seekor kambing berharga sekitar RM 800.00 hingga ke RM 1,000.00.


Sebut je emas, orang tahu nilai emas memang tinggi dan mudah ditukarkan kepada wang tunai sekiranya pemilik memerlukan. Tak de aset lain yang mampu menandingi nilai cairan emas samada di Malaysia ataupun negara lain. 


Membeli Surat Pajak

Secara umumnya, emas merupakan aset yang menguntungkan yang boleh dijual semula di kedai-kedai emas ataupun kedai-kedai pajakan berlesen. Emas dan juga surat pajak gadai tadi boleh dijadikan aset simpanan yang bernilai  tinggi dengan tujuan dijadikan sebagai modal pusingan perniagaan atau perbelanjaan ketika kecemasan. Contoh lah macam zaman sekarang ni, ramai yang diberhentikan kerja dan perniagaan tidak mampu beroperasi dek penularan Covid-19 – tetapi simpanan berupa emas boleh dipajak untuk mendapatkan wang tunai bagi meneruskan urusan harian.


PAJAK EMAS



Sebenarnya, ramai dikalangan pemajak hilang emas gadaiannya kerana tamat tempoh dan juga tidak mampu untuk menebus semula. Bukan sahaja kehilangan barang berharga, malah ia boleh dikategorikan sebagai RUGI kerana nilai pajakan tidak sama dengan nilai emas semasa dibeli.


Emas dan surat pajak merupakan aset kecil yang boleh dipindah dan mudah untuk dicairkan. Ini akan memudahkan lagi proses penjualan dan pembelian emas. Pencairan mudah komoditi ini membolehkan pemilik aset emas dan surat pajak untuk menukarkan komoditi yang mereka ada kepada tunai tanpa memerlukan proses merumitkan seperti penjualan dan pembelian tanah. Anda boleh jualkan emas  anda pada kedai pajak dan kedai emas berlesen dengan senang.


Tapi !!
Kalau korang terfikir untuk menggunakan perkhidmatan kedai pajak gadai di Malaysia, korang perlu tau selok belok industri pajak gadai supaya semuanya jelas dan mudah difahami termasuklah segala terma yang diguna pakai oleh pihak ketiga untuk padanan keperluan korang. Paling penting, korang tidak ditipu oleh kedai-kedai pajak yang menjanjikan bulan bintang segala. Hee~


Menurut rezzmaigold.com, ada dua terma yang perlu difahami oleh pemajak iaitu :


1. SURAT PAJAK BERASINGAN

  • Sekiranya korang ingin memajak lebih dari satu barang yang berharga seperti sebentuk cincin emas dan juga seutas rantai leher emas – mintalah surat pajak yang berasingan pada setiap satu barang gadaian. Bila dah ada surat pajak yang berlainan tak payah korang nak tebus barang sekaligus.
  • Strategi permintaan surat pajak adalah berbeza untuk setiap barangan yang dipajak dan pengasingan surat pajak memberi fleksibiliti kepada pemajak untuk menebus, bergantung kepada tahap kemampuan.


2. MENJUAL SURAT PAJAK
  • Korang tau tak surat pajak yang korang ada, boleh dijual semula kepada pihak ketiga ? YA !! Situasi ini relevan bila korang TIDAK MAMPU untuk menebus semula barang pajakan. Dari terbiarkan hangus tidak ditebus, korang boleh menjual surat pajak di Rezzmai Gold Shop. Rezzmai Gold Shop menyediakan perkhidmatan membeli surat pajak dengan cepat, mudah dan paling penting – tiada caj tersembunyi.


Rezzmai Gold Shop menyediakan perkhidmatan membeli semula surat pajak yang tak mampu ditebus oleh pemajak dengan cara :

  • Pelanggan hubungi Rezzmai Gold Shop melalui aplikasi Whatsapp - 0172231390
  • Perbincangan tentang harga surat pajak tersebut dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak ( Pemajak dan Rezzmai Gold Shop )
  • Pihak Rezzmai Gold Shop akan menghantar runner bersama wang tunai untuk menebus barang emas pemajak.
  • Pemajak perlu membawa kad pengenalan dan juga surat pajak.
  • Selesai runner menebus barang tersebut, baki akan diberikan kepada pemajak seperti yang telah dibincangkan.

Tarikh Sekolah Di Buka Semula
1
Kedai Pajak Gadai Melayu Islam
Beli Surat Pajak
Kalau korang memerlukan wang tunai dengan segera atau korang ada surat pajak yang tak mampu untuk ditebus semula atau mungkin dah taknak surat pajak tersebut, apa kata hubungi Rezzmai Gold Shop untuk menjalankan proses jual – beli. Mana tau sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban masalah yang ditanggung. Kan ?


LAMAN WEB : https://rezzmaigold.com
FACEBOOK : https://www.facebook.com/rezzmaigoldshop
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/rezzmaigoldshop
ALAMAT : NO. 633B Tingkat 2, Jalan SS 9A/1, Sungei Way, Petaling Jaya, Selangor


Langit tak selalu cerah.
Kalau kita terdesak untuk mendapatkan wang tunai, emas yang kita simpan selama ni boleh dipajak untuk ditukarkan kepada wang tunai. Haa— Walaupun masing-masing dari kita ada alasan tersendiri kenapa kita perlu memajak simpanan emas, sebaiknya jangan sampai RUGI. Sekiranya tidak mampu untuk menebus, sebaiknya jualkan sahaja surat pajak tersebut. Sekurang-kurangnya pemajak masih boleh mendapat wang tunai hasil dari jualan surat pajak.


Semoga entri kali ni bermanfaat dan semoga urusan kalian dipermudahkan. In shaa Allah.


LOVE ;
ATIE ADNAN




1 comment:

  1. kena buat simpanan banyak dengan emas ni waktu skrg ni. huhu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.