6 LANGKAH PENJAGAAN KULIT WAJAH DENGAN RANGKAIAN PRODUK HIMALAYA
Orang kata, paling susah nak jaga adalah kulit muka sebab senatiasa terdedah dengan pencemaran dan juga penyalahgunaan kosmetik – nah !! Kakak kongsikan 6 Langkah Penjagaan Kulit Wajah Dengan Rangkaian Produk Himalaya.
Konsep cantik bukan sahaja mendapatkan tekstur kulit yang bersih tanpa jerawat dan jeragat tapi dapat menstabilkan pengeluaran minyak pada lapisan kulit sekaligus menghasilkan kulit yang lebih sihat dan bermaya.
SET PENJAGAAN KULIT WAJAH NEEM HIMALAYA
LANGKAH 1 : PURIFYING NEEM FACE WASH
Setiap kali mandi, setiap kali itu jugalah kakak akan mencuci muka dengan menggunakan Purifying Neem Face Wash yang dapat membantu menyingkirkan lebihan minyak, meratakan warna kulit, mengembalikan keanjalan tanpa mengeringkan kulit. Didatangkan dengan tekstur gel, pencuci muka Neem tidak mengandungi bahan-bahan kimia terlarang yang merengsakan kulit sebaliknya ia dapat membantu merencatkan pertumbuhan jerawat dan menjadikan kulit lebih bersih, lembut tanpa cela.
Menggabungkan fungsi dan khasiat daun semambu serta kunyit hidup yang kaya dengan sifat anti-bakteria, Purifying Neem Face Wash bertindak mencuci jauh ke dalam liang roma kulit wajah untuk menyingkirkan kotoran secara halus.
Cara nak gunakan pun mudah je, basahkan kulit wajah dan urut secara membulat pada keseluruhan wajah selama satu minit atau sehingga diyakini kulit bersih. Bilas dan keringkan secara semulajadi tanpa tuala muka.
LANGKAH 2 : PURIFYING NEEM PACK
Bila kulit muka dah kering, boleh lah ready untuk pakai mask dan kali ni kakak menggunakan mask tanah liat dari Neem juga. Hee~ Purifying Neem Pack ni mengandungi ekstrak daun semambu, kunyit hidup berfungsi membantu menyerap lebihan minyak pada kulit wajah, membersihkan pori-pori yang tersumbat sekaligus mengelak pertumbuhan jerawat.
Daun semambu bersifat anti-bakteria dan ia dapat mencegah jangkitan bakteria seperti jerawat dan bisul - manakala kunyit hidup bersifat antiseptik yang mampu menjadikan kulit lebih lembut dan tegang. Fuller’s Earth ( Multani Mitti ) merupakan sejenis tanah liat yang digunakan dalam pembuatan Purifying Neem Pack merupakan tanah liat bermutu tinggi yang mampu membersih hingga ke dalam liang pori dan menyingkirkan kotoran yang tersorok di dalam kulit wajah.
Sapu Purifying Neem Pack rata ke kulit wajah dan biarkan sekitar 10 minit – 15 minit. Gunakan span basah atau tuala basah untuk mencuci dan bilas dengan air sejuk. Untuk hasil yang optimum, kakak menggunakan Purifying Neem Pack sekali seminggu pada waktu malam.
LANGKAH 3 : NOURISHING SKIN CREAM
MOISTURISER TIME !!
Hee~ Kali ni sedikit berlainan sebab pertama kali kakak guna Nourishing Skin Cream yang dikatakan mampu melembapkan kulit wajah sepanjang hari supaya kulit kekal terhidrasi. Skeptikal kan ? Pelembap merupakan langkah yang sangat penting dalam rutin penjagaan kulit – tak boleh tidak jadi kakak yakin Nourishing Skin Cream ni mampu membantu kakak merawat masalah kulit kering disekitar tulang pipi dan juga meratakan garis-garis halus yang mula terbentuk disekitar mata. Haih--
Nourishing Skin Cream mengandungi ekstrak herba yang dapat mengembalikan kenyamanan pada kulit, bertekstur ringan dan tidak berminyak – ia diperkaya dengan ekstrak lidah buaya yang membantu menyuburkan dan melembapkan kulit. Selain lidah buaya, Nourishing Skin Cream juga mengandungi ekstrak ceri musim sejuk ( winter cherry ) mempunyai agen anti-stress yang dapat menenangkan kulit serta pokok Kino India yang mampu melindungi kulit dari pencemaran dan cuaca kering.
Jujurnya kakak memang suka lah !! Hee~ Sebab dia tak berminyak dan meresap lembut terus ke dalam kulit. Selama seminggu kakak dah try memang terasa kulit bertambah lembut dan anjal terutamanya pada bahagian leher.
LANGKAH 4 : ACNE-n-PIMPLE CREAM
Masalah jerawat nakal yang suka singgah kat kulit muka ni memang kakak dah alami dari zaman belasan tahun dulu, stress dan self confidence jatuh merudum. Lagi-lagi bila ada task kat luar dan kena jumpa ramai orang – koyak gak wey bila ada jerawat sebijik dua. Hahahaha~
Tiub comel Acne-n-Pimple Cream ajaib ni dah membantu kakak mencegah pembentukan jerawat baharu dan lama. Ia juga telah diuji secara klinikal mampu merawat masalah berkaitan jerawat. Diperbuat dari bahan-bahan semulajadi seperti aloe vera dan kapas sutera untuk menyembuhkan dan melembutkan kulit disamping merawat masalah acne sehingga ke akar masalah.
Kakak sapu dua kali sehari selepas bersihkan kulit dan hanya sapu pada jerawat sahaja. Jangan memandai sapu sekeliling wajah plak ye. Itu salah tu. Dot sot sikit kat tempat yang naik jerawat tu je tau.
LANGKAH 5 : LIP BALM
Ibarat dah jadi rutin harian, balsem bibir dari Himalaya ni memang BEST sebab ia mampu memelihara tekstur bibir dan melembutkan bibir sekiranya korang menggunakan secara konsisten dan kerap. Serius !!
Mengandungi Carrot Seed Oil, ekstrak vitamin E dan juga Wheatgerm Oil yang telah menjalani ujian dermatologi bagi memastikan pengguna mendapat kesan yang maksima. Gittew-- Biasanya kakak akan guna sebelum mengoles lipstick bagi memastikan hasil bibir lembap dan mungil lebih ketara. Hee~ Tips tu tau.
LANGKAH 6 : SKIN WELLNESS
Kakak sendiri percaya, kecantikan luaran bermula dari kesihatan dalaman. Ya !! Selain menjaga kecantikan kulit dari luar, kakak juga mengamalkan kapsul Skin Wellness yang diperbuat dari daun semambu untuk penyembuhan kulit dari dalam. Ia juga dapat membantu merawat masalah kulit berkaitan jerawat yang berpunca dari usus kotor dengan menyingkirkan cacing gelang, merawat masalah nanah, memperbaiki tekstur kulit kepala yang sinonim dengan masalah kelemumur dan juga merawat masalah psoriasis.
Bersifat anti-bakteria, anti-kulat dan juga pembersih darah secara menyeluruh – Skin Wellness bertindak lembut terhadap usus dan tidak mengganggu fungsi organ lain. Jangan lupa minum air masak 3 liter sehari dan rajinkan bersenam untuk mendapat kesan yang optimum. Sekiranya tidak pasti samada badan korang boleh terima Skin Wellness ataupun tidak, mungkin korang boleh dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Bila bercakap soal cantik ni, siapa je yang tak nak. Kan ? Tak kira lelaki atau perempuan, bila dapat kulit yang mulus dan tona sekata - seronoknya macam tak ada esok. Hee~ Dan sebagai pengamal media yang kerap berjumpa dengan klien, sudah tentunya penjagaan kulit wajah menjadi keutamaan kakak dan kakak percaya Himalaya dapat membantu masalah kakak yang satu ini.
Dan !!
Kalau korang pun ada masalah berkaitan kulit, apa kata singgah sekejap kat mana-mana kiosk atau kedai Himalaya dan bertanyakan tentang konsultasi khusus untuk masalah yang korang alami. Segan ? Hee~ Tak pe.. Boleh bertanya terus secara online dan membeli-belah juga secara online di www.shophimalaya.my dan jangan lupa baca setiap satu kandungan yang ada pada produk.
Em.
Cantik memang subjektif tapi mendapat kulit yang bersih dan sihat adalah BONUS.
LOVE ;
ATIE ADNAN
suka lipbalm dia tu,memang pakai,bagus himalayani produk dari alam.
ReplyDelete