MCDONALD'S MALAYSIA MENYOKONG KEMPEN DERMA DARAH YANG DISARANKAN OLEH KERAJAAN – TARIK LEBIH 500 ORANG PENDERMA

Sentiasa menyokong dan berusaha memberi yang terbaik kepada masyarakat sekelilingnya dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan, sekali lagi untuk tahun keempat – McDonald’s Malaysia dengan kerjasama Pusat Darah Negara ( PDN ) dan Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) telah mengadakan Hari Derma Darah.


Kempen Derma Darah

Telah berlangsung pada 13 dan 14 Ogos yang lepas, Hari Derma Darah diadakan secara terbuka kepada orang awam dan merekodkan lebih 500 orang penderma.


HARI DERMA DARAH MCDONALD'S


Masih mengikuti Standard Operating Procedure ( SOP ) yang telah ditetapkan oleh kerajaan, setiap penderma diwajibkan menjalani pemeriksaan suhu badan, melakukan pengesanan melalui kod sistem MySejahtera, mengamalkan penjarakan sosial dan juga memakai pelitup muka adalah diwajibkan.


Blood Donation
Pusat Darah Negara

“Setiap tahun, Hari Derma Darah seumpama ini menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat umum dan kakitangan McDonald’s Malaysia sendiri. Jalinan kerjasama erat antara McDonald’s Malaysia dan PDN telah bermula sejak empat tahun lalu. Seiring dengan saranan kerajaan, McDonald’s Malaysia ingin turut serta memainkan peranannya dalam mewujudkan kesedaran berterusan di kalangan masyarakat tentang kepentingan menderma darah. Kami mensasarkan 300 penderma tahun ini, dan berasa amat gembira dengan kejayaan melepasi sasaran yang ditetapkan..”

- Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.


Ini merupakan rekod terbaik sepanjang empat tahun penganjuran Hari Derma Darah oleh pihak McDonald’s Malaysia dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) yang mencatatkan sekali ganda jumlah penderma berbanding tahun lepas dan diharapkan jumlah penderma akan meningkat pada setiap tahun yang akan datang.


Standard Operation Procedure

“Dengan kerjasama PDN, kami menyambut baik inisiatif Hari Derma Darah oleh McDonald’s Malaysia, yang kini memasuki tahun keempat pelaksanaannya. Kempen di tempat kerja sebegini akan menggalakkan amalan mulia menderma darah di kalangan warga kerja McDonald’s Malaysia. Memandangkan ianya juga terbuka kepada orang awam, PDN yakin kempen ini dapat mewujudkan kesedaran meluas mengenai kepentingan darah dan menarik minat masyarakat untuk menjadi penderma darah. PDN juga mengucapkan syabas kepada McDonald’s Malaysia kerana menjadi penganjur kempen pendermaan darah yang konsisten dan pastinya darah yang didermakan semasa kempen ini akan menyumbang dalam perawatan pesakit. PDN juga berharap penganjuran program kesedaran dan kempen pendermaan darah sebegini turut dilaksanakan oleh pelbagai syarikat, pertubuhan dan organisasi lain seperti mana yang dilakukan oleh McDonald’s Malaysia..”

- Dr. Noryati binti Abu Amin, Pengarah, Pusat Darah Negara.



KELEBIHAN MENDERMA DARAH


Menurut laman web Pusat Darah Negara , penderma darah boleh mendapatkan rawatan percuma seperti berikut apabila menderma darah


  • 1 kali : Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan ( tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan ) serta wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.

  • 2 kali ( dalam tempoh 12 bulan ) : Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B.

  • 2 hingga 5 kali : Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan serta wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.

  • 6 hingga 10 kali : Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun serta rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 6 bulan.

  • 11 hingga 15 kali : Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun serta rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun.

  • 16 hingga 20 kali : Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun.

  • 21 hingga 30 kali : Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun.

  • 31 hingga 40 kali : Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 4 tahun.

  • 41 hingga 50 kali : Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun.

  • Lebih 50 kali bagi penderma darah lengkap, lebih 150 kali bagi penderma apheresis : Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun. Wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.


McDonald's

Sebagai tanda penghargaan, pihak McDonald’s Malaysia telah memberi baucar tunai McDonald’s, set  hidangan McChicken dan juga Sundae Cone sebagai tanda penghargaan khusus untuk para penderma yang hadir.

Untuk maklumat lanjut tentang McDonald’s termasuk promosi terkini, boleh terus ke https://www.mcdonalds.com.my.



No comments:

Powered by Blogger.