APTOS THREAD LIFT MENGEMBALIKAN KEREMAJAAN KULIT TANPA RASA SAKIT
Zaman serba canggih ni mana ada lagi orang pakai susuk untuk cantik tapi kebanyakan dari kita lebih teruja untuk mendapatkan perkhidmatan pakar estetik bagi mendapatkan hasil yang memberansangkan dan sudah tentunya kenyataan MENGEMBALIKAN KEREMAJAAN KULIT TANPA RASA SAKIT menjadi isu utama.
Hee~ Tidak mengkhususkan isu kecantikan pada wanita sahaja, zaman sekarang ni pun dah ramai lelaki yang maskulin sama-sama rajin menjaga kecantikan dan kesihatan kulit. Nah !! Tampil dengan teknologi terkini, Alice Ageless Medispa menyediakan pelbagai perawatan kecantikan pada harga yang berpatutan.
APTOS THREAD LIFT
Menggunakan teknologi terkini, Alice Ageless Medispa merupakan jenama pusat estetik terkenal di Bangsar ini menggunakan kaedah menanam benang APTOS yang terdiri daripada Polycaprolactone ( PCL ) dan boleh bertahan sehingga lima ( 5 ) tahun bagi mengembalikan keremajaan kulit.
Walaupun telah lama berada dipasaran estetik, Aptos Thread Lift masih relevan dan sentiasa mendapat permintaan dari penggiat dunia kecantikan kerana prosedur yang digunakan sangat selamat disamping memberi kesan segera kepada pengguna. Benang Aptos yang ditanam di dalam kulit mampu memberi getaran pembinaan semula sel-sel yang telah rosak dan membina semula sel-sel baharu yang lebih sihat.
Dapat membantu :
- Menaikkan semula bentuk pipi yang telah mengendur
- Menegangkan kulit yang mulai kendur
- Menghilangkan dagu berlapis
- Memudarkan garisan halus pada leher
- Menganjalkan kulit disekitar rahang supaya dapat membentuk wajah
- Mengecilkan liang pori pada kulit
Tanpa pembedahan namun ia mampu memberi impak perubahan pada kulit wajah dengan segera.
Nah !!
Benang Aptos yang telah ditanam di dalam lapisan kulit akan dipecahkan secara semulajadi sekaligus memberi tindakbalas kepada kulit untuk menjalankan proses penghasilan kolagen. Melalui tindakbalas tersebut, kolagen tersebut menghasilkan ketegangan dari dalam kulit dan menghasilkan kesan pembentukan bentuk wajah yang lebih runcing. Paling menarik, kulit wajah seakan mendapat nafas baharu apabila menjadi lebih tegang dan awet muda.
Bukan hanya pada muka, teknik Aptos ini boleh dilakukan pada leher, payudara, lengan, perut, punggung, paha, betis dan juga vigina dengan mengekalkan fungsi dan tujuan prosedur dilakukan iaitu – meremajakan kulit.
APTOS THREAD LIFT
Prosedur yang berjalan tidak sampai satu jam ( wah !! ) ini menggunakan jarum khas untuk memasukkan benang Aptos yang berukuran antara 25 hingga 60 milimeter ( mm ) pada wajah dan 60 hingga 90 milimeter ( mm ) pada tubuh badan. Untuk prosedur pada muka, sekurang-kurangnya lima batang jarum digunakan pada setiap sisi kiri dan kanan – keseluruhan adalah sepuluh batang jarum.
Jangan risau !!
Sebelum prosedur bermula, krim kebas akan disapukan pada keseluruhan tempat supaya kesakitan semasa tusukan jarum tidak terasa. Kebiasaannya kesan krim bius tersebut berlanjutan sehingga tujuh ke lapan jam.
PENJAGAAN SELEPAS PROSEDUR APTOS
Walaupun tidak mempunyai pantang yang khusus, namun penjagaan selepas prosedur sangat dititik beratkan supaya rawatan tersebut tidak sia-sia. Ye lah, dah melabur sekian ringgit sepatutnya hasil kena lah tiptop dan untuk mendapatkan hasil tersebut, disiplin sangat penting. Antara perkara yang perlu dielakkan ialah :
- Tidur pada posisi yang betul supaya tidak mengganggu garisan benang yang telah ditanam
- Seloknya elak dari pancaran sinar UV secara terus ke kulit
- Tidak melakukan rutin facial yang extreme sekurang-kurangnya dua bulan atau sehingga benang Aptos tidak terasa pada lapisan bawah kulit
- Menolak makanan keras sepenuhnya tetapi menggantikan dengan makanan yang lebih lembut dan mudah ditelan tanpa perlu banyak mengunyah
Untuk mengelakkan kebarangkalian jangkitan kuman pada tusukan jarum, antibiotik disediakan untuk membantu mengurangkan rasa tidak selesa selepas kehabisan bius. Hee~
Tulang belakang Alice Ageless Medispa - Dr. Alice Prethima |
Rundingan dan pendapat dari doktor yang bertauliah sebelum prosedur sangatlah penting agar pengamal memahami dengan jelas kesan dan risiko sebelum ataupun selepas rawatan. Dan setakat ini, promosi Aptos Thread Lift masih berlangsung di Alice Ageless Medispa dan mungkin butiran kat bawah ni boleh membantu.
Dr. Alice Ageless Medispa ( Bangsar )
Dr. Alice Anti Aging ( Bangsar )
LAMAN WEB : https://dralicemd.com
FACEBOOK : https://www.facebook.com/Dr.AlicePrethima
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/dralice_prethima
COME AS YOU ARE, LEAVE AS YOU WISH..
ilmu baru untuk aku yang baru acah-acah nak cantik ni.. tapi sedikit seram nampak gambar jarum tu
ReplyDelete