DISKAUN DAN PRODUK PERCUMA KALAU BELI NESCAFE DI PGMALL ? SERIUS LAH ?
Kalau kakak lah, celik mata memang nak kena barang segelas dua
Nescafe. Itu belum lagi bila kena berjaga dan terpaksa mengejar deadline dari
client – Nescafe lah teman kakak untuk mencari idea dan terus bertenaga. Idea
dan Nescafe memang sinonim dengan rutin harian kakak.
PG MALL ADA NESCAFE
Al-maklum lah. Kafien kan. Hee~
Ada masanya kakak nak yang tanpa gula, jadi kakak kan bancuh
serbuk Nescafe hanya dengan krimmer. Ada masa kakak perlukan ‘bantuan’ untuk
berjaga sepanjang malam menyiapkan menuskrip klien – Nescafe lah yang selalu
menjadi peneman kakak dan membantu kakak menjana pelbagai idea yang menarik.
Adei !! Tak terkata nikmat sebenarnya. Tak terluah dengan perkataan nikmat
setiap sip tu betul-betul PEHHHHHHH !!
Faham tak ? Hahahaha~
Kalau korang nak tau, Nescafe merupakan produk terawal dari
jenama Nestle yang telah berada dipasaran sejak tahun 1938 dan pada tahun ini –
Nescafe telah menyambut ulangtahunnya yang ke-82 !! Matang dan telah memonopoli
lebih 180 negara diseluruh dunia, Nescafe adalah gabungan nama Nestle dan Café
dan menjadi fenomena luar biasa sepanjang tempoh tersebut. Berada dalam kelas
tersendiri, Nescafe telah menjadi kopi kegemaran penduduk di dunia.
Kakak adalah salah seorang darinya !!
Dek kerana rutin harian kakak yang sangat sibuk menguruskan
jadual sendiri, jadual anak-anak dan juga suami membuatkan kakak selalu lupa
samada stok Nescafe masih ada dalam peti ataupun tidak. Em—Selalu culas dan
lepas tu termenung sendiri. Hahahahah~
Nasib ada rangkaian Nescafe tersenarai dalam laman web PG Mall, buat je pesanan online dan tunggu sehari dua barang sampai depan pintu. Tak payah dah keluar dan kalau tak sempat nak topup stok pun bukan masalah besar lagi.
Ada lebih 100 jenama tempatan yang tersenarai sebagai vendor di PG Mall bagi memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa mahukan penjimatan menarik dan juga diskaun pembelian yang sukar untuk dilepaskan. Hee~ Dan sempena Bulan Kemerdekaan ni, korang juga berpeluang menyertai Nestle Top Spender dengan cara BELI dan SERTAI je !!
Manalah tau kot kot ada rezeki korang dan menang hadiah, kan ?
- 16 pemenang mingguan x RM 50.00 Grab + PG Mall Voucher
- 3 pemenang bulanan x RM 100.00 Grab + PG Mall Voucher
Manalah boleh lepaskan peluang macam ni. Duduk kat rumah dan
pakai baju kelawar sambil membeli-belah di PG Mall – jimat dah kos minyak tol
parking shopping mall. Selamat, mudah dan selesa untuk pengguna. Yang kakak
cerita ni baru sikit tawaran menariknya, nak tau apa yang lebih menarik dan
pelbagai tawaran hebat – kena lah singgah ; PG MALL – Nestle Malaysia
No comments: