BELI BARANG BASAH PADA HARGA BORONG ? YA !! HANYA DI SEGI FRESH
Begitulah bila menjadi pengurus rumahtangga yang sentiasa mahukan stok makanan pada harga murah tapi kualiti barang yang dibeli haruslah sama dengan pasaraya jenama terkemuka – kakak tetaplah pilih SEGI Fresh untuk membeli barang basah pada harga borong yakmat berbaloi !!
Sehingga hari ini, SEGI Fresh boleh didapati di 41 cawangan di sekitar Selangor, Perak, Melaka dan juga Negeri Sembilan dan tidak lama lagi akan menjengah ke angka 42 apabila cawangan terbaharu mereka akan bertapak di Putrajaya tidak lama lagi.
Menjadi pelopor barang dapur pada harga rendah membuatkan SEGI Fresh mampu memberi produk segar kepada pengguna dengan harga borong. Mana tidaknya bila hampir kesemua bahan mentah segar lebih murah berbanding harga pasaraya lain !! Memang seronoklah kakak membeli-belah dan sedar tak sedar penuh satu troli dengan barang basah untuk dua minggu. Hee~
YA !! Walaupun kakak dan encik suami bekerja, kami tetap mahukan yang terbaik untuk keluarga dan cara terbaik adalah membeli apa yang kami mahu makan dan manfaatkan apa yang perlu sahaja supaya tidak berlaku pembaziran.
Memegangpakai prinsip hanya membekalkan bahan-bahan yang segar kepada pengguna bagi memenuhi kepelbagaian keperluan dengan harga yang berpatutan, SEGI Fresh mempertaruhkan nilai penjimatan yang terbaik untuk pengguna. Kenapa nak pilih yang lain sedangkan yang ADA ni pun cukup berbaloi.
Kan ?
TIPS MEMBELI BAHAN MENTAH ?
Ya !! Tanya lah mana-mana surirumah yang selalu memenuhkan
stok dalam peti sejuk, hampir ke semuanya akan menjawab – PERGI PASAR PADA
WAKTU PAGI. Ini memang kakak akui – pagi adalah waktu yang terbaik untuk kita
beli barang basah, masa tu lah SEGI Fresh dibanjiri dengan stok segala bahan
mentah yang segar.
Kenapa kakak memilih SEGI Fresh ?
Mood kakak bukan selalu centre dan ada sesetengah masa kakak tak nak pun pergi pasar pada waktu pagi. Hahahaha~ Mood swing lah katakan. Tak kiralah pagi petang siang malam, bila kakak singgah je SEGI Fresh, belum lagi mata kakak dijamukan dengan bahan mentah yang tak segar.
Kiranya – memang bahan yang mereka tawarkan kepada pengguna adalah segar belaka !! Phew—Overclaimed sangat ni !! Hahahahah~
Bukan satu, tapi hampir ke semua barang mentah di SEGI Fresh ditawarkan pada harga promosi. Tak kira di bahagian sayur ataupun ikan dan daging – semuanya berbaloi untuk dibeli. Peniaga ? Lagilah berbaloi-baloi sebab lagi banyak korang beli, lagi murah harganya.
Apa lagi yang ada ?
Macam-macam gais !! Dari barang basah sehinggalah ke produk plastic pun ada !! Beras, minyak masak, telur, buah-buahan, sayur-sayuran, makanan ringan, pencuci baju, minuman dalam kotak, roti dan banyak lagi – semuanya bawah satu bumbung. Masuk satu pintu dan keluar tanpa perlu menyinggah di tempat lain. Jimat minyak kereta dan tol. Hee~
SEGI Fresh lah –
No comments: