PROMOSI RAWATAN KECANTIKAN SEPANJANG BULAN OGOS 2020 DI TOSCANA MEDI CLINIC

Haish— Dah kalau namanya wanita, memang tak sah lah bercakap soal kecantikan apatah lagi bila dapat tahu ada teknologi baharu yang dapat memberi kesan positif tanpa rasa sakit. Pertama seumpamanya, Toscana Medi Clinic yang terletak di Publika ( Solaris Dutamas ) memperkenalkan mesin SERBA FUNGSI untuk kecantikan dan juga kesihatan iaitu Fotona.


Fotona Laser

Fotona direka khusus untuk memberi pengalaman baharu dalam dunia kesihatan dan kecantikan kerana ia direka untuk menyokong sistem laser yang biasa digunakan dalam dunia perubatan termasuklah pembedahan, ginekologi, pergigian dan estetik.

FOTONA LASER


Dengan pengalaman lebih dari 50 tahun dalam teknologi laser, Fotona telah mendapat pelbagai pengiktirafan sebagai peneraju dalam dunia teknologi estetik dengan mengetengahkan inovasi dan prestasi baharu supaya dapat memberi hasil positif selepas rawatan.

Dengan memperkenalkan sistem laser estetik multi-aplikasi yang paling maju ( SP Dynamis ) dan laser single-pulse energy Q-switched dalam bidang estetik ( StarWalker ). Yang pertama seumpamanya, Fotona telah memperkenalkan mesin laser dua gelombang lengkap ( Er: YAG dan Nd: YAG ) dalam satu sistem iaitu Skinlight, 1994 dengan menggabungkan dua jenis gelombang dalam satu rawatan bagi mendapatkan hasil klinikal yang mampu mengembalikan keremajaan kulit, merawat masalah kulit, membuang tatu, mengurangkan rambut kekal dan banyak lagi.

Er: YAG Laser - Untuk Rawatan Sel Yang Lebih Dalam
Lebih memberi fokus untuk merawat lapisan kulit yang paling dalam dan juga folikel rambut yang sukar untuk disentuh. Er: YAG Laser menggunakan teknologi Q-switched Fotona yang tidak panas malahan cahaya laser ditukar menjadi gelombang fotoakustik yang berfungsi secara mekanikal untuk memecahkan zarah-zarah yang tidak diingini.

Nd: YAG Laser - Untuk Rawatan Lapisan Kulit Paling Atas
Mensasarkan lapisan kulit paling atas bagi membentuk sel kulit baharu dengan menyingkirkan sel kulit lama yang telah rosak melalui penyerapan laser ke dalam sel kulit dan tisu yang menyebabkan kulit dirawat mengecut dan merangsang pengeluaran kolagen baharu di dermis.


Salun Kecantikan Muslimah Kuala Lumpur

Dr. Lashela Dharmadass yang juga merupakan Director of Toscana Medi Clinic, Toscana Beauty & MediSpa sangat menggalakkan untuk mereka yang mahu memperbaiki sel-sel kulit yang telah rosak ataupun tua sebelum usia menjalani rawatan menggunakan Fotona yang mana dianggarkan lebih 90% pengguna sangat berpuas hati kerana mampu mengembalikan kesihatan serta kecantikan kulit yang terganggu dek sistem biologikal, aktiviti seharian mahupun kesalahan menggunakan produk.

Tidak mengkhususkan sisi kecantikan untuk wanita sahaja, Toscana juga sering menerima pelanggan yang terdiri dari kaum Adam juga. Hee~ Yang mana lelaki metroseksual yang suka kan penampilan kemas dan bersih, YA !! Toscana Medi Clinic adalah pilihan tepat.


Antara rawatan yang dilakukan di Toscana Medi Clinic yang menggunakan Fotona adalah :

1. Merawat Masalah Dengkur ( NightLase® )

Rawatan laser yang tidak menyakitkan dapat membantu meningkatkan kualiti tidur pesakit yang menderita kerana berdengkur semasa tidur. NightLase® membantu mengurangkan kesan apnea tidur dan mengurangkan amplitud dengkur. Laser dari Fotona bertindak lembut bagi menegang dan menjana kolagen pada tisu mukosa di dalam mulut.

Dah boleh merancang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada malam bingit dengan dengkuran anda. Hee~


Rawatan Hilangkan Dengkur

2. Fotona4D®  Facelift

Teknik lifting yang dapat membantu mengembalikan keremajaan kulit tanpa pembedahan di Toscana Medi Clinic dengan bantuan Fotona melalui empat mod yang berbeza iaitu SMOOTH®, FRAC3®, PIANO® dan SupErficial ™ merawat dari atas lapisan kulit sehinggalah ke lapisan yang paling dalam – ia membantu menjana penghasilan kolagen untuk menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baharu.


Rawatan Facelift Murah
Solaris Dutamas, Publika

3. Mengetatkan Faraj ( IntimaLase® )

Kajian klinikal menunjukkan bahawa IntimaLase® adalah prosedur relaksasi faraj dengan mempengaruhi tisu faraj untuk merangsang pembentukan semula kolagen baharu dalam tisu mukosa di vagina dan fasia endopelvik yang kaya dengan kolagen. Melalui pengalaman pengguna, IntimaLase® mudah dilaksanakan dan tidak memberi kesan sampingan negatif terhadap kesihatan vagina malah memberi keanjalan dan mengetatkan vagina.


4. Penyingkiran Rambut / Bulu ( FRAC3® )

Merupakan rawatan untuk penyelesaian masalah rambut / bulu dalam jangka masa panjang dan tidak menyakitkan. Sesuai untuk semua jenis kulit dan tidak kira jantina, FRAC3® dapat menghilangkan rambut / bulu pada kaki, tangan, muka, dada, punggung dengan mudah. Semua laser Fotona Nd: YAG yang dilengkapi dengan teknologi VSP ( Variable Square Pulse ) membolehkan tenaga laser menembusi jauh ke dalam kulit untuk mewujudkan kesan terma tanpa merosakkan permukaan kulit.


5. Pembentukan Tubuh Badan Dan Menganjalkan Kulit ( TightSculpting® )

Fotona TightSculpting® merupakan rawatan laser gelombang panjang yang dapat membantu menegangkan kulit pada hampir semua bahagian badan.  Mod penghantaran eksklusif digunakan untuk menyingkirkan hyperthermic adipocyte dan membentuk semula kolagen.  Tidak memerlukan senaman berat dan sekatan pemakanan, kaedah TightSculpting® menggunakan pancaran laser yang tidak panas namun ia dapat mencairkan lemak sekaligus menyingkirkan ia dan dalam masa yang sama meningkatkan keanjalan kulit.

Tanpa pembedahan, selamat dan juga tiada kesan sampingan.

PROMOSI


Slot yang ditunggu-tunggu. Hee~ Korang bawa je entri ni dan tunjukkan di kaunter semasa buat pendaftaran, korang layak menerima harga istimewa seperti :

Promosi Rawatan Rambut
Tips Awet Muda
Masalah Dengkur

Tertakluk pada terma dan syarat !!
Sah untuk bulan Ogos 2020 sahaja tau !!
Ada masa terluang, apa kata singgah sekejap di Toscana Medi Clinic yang terletak di Solaris Dutamas ataupun hubungi mereka untuk sesi konsultasi rawatan yang mungkin bersesuaian dengan korang !!


TOSCANA MEDI CLINIC
Block D5-G4-01 & 02, Solaris Dutamas ( Publika )
No:1 Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-61438866


Ada rezeki mungkin kita akan terserempak di sana. Hee~ Kakak dah jadi pelanggan tetap tau !!



11 comments:

  1. Ok la tu...sesiapa yg nak buat rawatan boleh la ke clinic ni kan...kita pun dah lama x buat rawatan muka.

    ReplyDelete
  2. oh I miss my laser treatment. time to book and visit TOSCANA MEDI CLINIC for the treatment hehe

    ReplyDelete
  3. Wah. Banyak betul promosi dia. Nie yang buat Rawlins rasa nak pergi nie. Agak2 rawatan apa yang sesuai untuk Rawlins?

    ReplyDelete
  4. lama jugak ni tak manjakan wajah kat spa,tapi tertarik pulak dengan pakej yang ehem-ehem tu,tak sangka ada ...boleh cuba nanti biar bertambah mantoppppp gituuu

    ReplyDelete
  5. Masalh dengkur tu.macam.menarik.. nanti boleh bawa husband buat rawatan kat sini la

    ReplyDelete
  6. scary tgk gambar pertama tu ada bijik2. apa nama phobia tah ni

    ReplyDelete
  7. Banyak jenis rawatan yang ada promotions sekarang, kalau siapa yang nak try kena ambil peluang ini.

    ReplyDelete
  8. Tak pernah lagi nak buat rawatan kecantikan macam ni sebab tak berani. Tapi boleh lah nanti sekali nak cuba juga. Terima kasih sharing

    ReplyDelete
  9. After looking at the photos...it does feel scary...guess that's the price of beauty...

    ReplyDelete
  10. Dengar nama tu boleh salah sebut dibuatnya 😂 unik sangat. Pakej macam2 ada siap ada ketatkan faraj. First time dengar ni. Biasa dengar makan jamu je

    ReplyDelete
  11. Oohhh ini rupanya rahasia kejelitaaan you yaa.. oraitlah akak pun nak coba biar cantik cam you

    ReplyDelete

Powered by Blogger.