4 ARTIS JEPUN BUNUH DIRI DALAM TEMPOH 4 BULAN !! ADAKAH SEBAB #CYBERBULLY ?

Terkejut juga bila kakak jumpa thread di Twitter tentang kematian empat artis Jepun yang menambil keputusan bunuh diri dalam tempoh empat bulan berturut. Walaupun ia bukan lagi perkara baharu, sedikit sebanyak memberi impak kepada industri hiburan di Negara Matahari Terbit itu.

Tak de siapa duga, disebalik tembok kegemilangan nama yang telah mereka ukir dengan penat lelah selama ini tersimpan pelbagai kisah yang tidak pernah didedahkan kepada dunia luar. Walau apa pun sebabnya, ia adalah salah satu ujian yang perlu kita ambil iktibar dan jadikan ia sebagai pengajaran supaya kita mengambil pengajaran dari sudut positif dan abaikan perkara-perkara negatif.

Berikut merupakan empat artis Jepun yang telah meninggal dunia kerana membunuh diri.


HANA KIMURA

Hana Kimura merupakan ahli gusti wanita Jepun yang juga seorang artis telah meninggal dunia pada 23hb Mei 2020 bersamaan dengan hari Sabtu pada usia 23 tahun.


Hana Kimura


Beliau yang berdarah Indonesia dilaporkan telah menamatkan riwayat dirinya sendiri dikatakan tidak tahan menjadi mangsa buli siber oleh netizen selepas beliau tampil dalam rancangan realiti televisyen berjudul Tarrace House yang diterbitkan oleh Fuji TV dan boleh ditonton melalui Fuji TV On Demand serta di Netflix.

Pihak Fuji TV mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas kematian Hana Kimura dan berjanji akan menangani hal tersebut dengan telus. Walaubagaimanapun, ibu kepada mendiang Hana Kimura iaitu Kyoko Kimura telah bersedia membuat tuntutan ke atas kru rancangan tersebut di atas kematian anaknya.


HARUMA MIURA

Haruma Miura ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya pada hari Sabtu, 18hb Julai 2020 sekitar jam 1 petang dan mayatnya telah ditemui oleh pengurusnya yang telah bersedia menjemputnya untuk ke tempat kerja namun tiada tindak balas dari setiap pesanan, panggilan telefon mahupun bunyi loceng pintu.


Haruma Miura

Dia telah dikejarkan ke hospital dan dinyatakan meninggal dunia pada jam 2:10 petang. Polis percaya bahawa Miura mati membunuh diri kerana terdapat catatan bunuh diri di biliknya. Catatan yang bertulis di dalam buku nota Miura tidak bertarikh tetapi dia menyatakan kegelisahannya dan terfikir untuk mati.

Rakan-rakan Miura menafikan bahawa Miura membunuh diri akibat buli siber dan komen-komen berunsur kebencian terhadapnya di media sosial. Pelakon utama Little Nights, Little Love ini mengakhiri hidupnya pada usia 30 tahun.


MARIA HAMASAKI


Mendiang Maria Hamasaki disahkan telah meninggal dunia pada 26hb Ogos 2020 di apartment miliknya yang terletak di Tokyo, Jepun. Ada laporan kukuh yang mengatakan Hamasaki telah membunuh diri berikutan tiada sebarang luka pada tubuh badannya yang memungkinkan tanda pergelutan ataupun luka-luka yang boleh menyebabkan kematian.


Maria Hamasaki

Ada beberapa spekulasi yang bertebaran di internet menceritakan punca kematian Hamasaki adalah disebabkan buli siber yang dihadapinya di media sosial berikutan ada sumber mengakui pernah melihat Hamasaki berbalas komen dengan netizen sebelum mendiang menamatkan riwayatnya sendiri.

Hamasaki meninggal dunia pada usia 23 tahun.


SEI ASHINA


Kematian Sei Ashina, 36 tahun - sehingga kini menjadi misteri apabila tiada sebarang nota bertulis mahupun pesanan yang tinggalkan.


Sei Ashina

Ashina ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di kediaman beliau yang terletak di Tokyo, Jepun pada hari Isnin, 14hb September 2020 berikutan abangnya berasa curiga kerana tidak dapat menghubungi beliau sejak dari 13hb September.

Mendiang yang telah berkecimpung dalam dunia hiburan Jepun sejak remaja mula melangkah ke dunia lakonan menerusi drama The Tail Of Happiness pada awal 2002 dan telah membintangi pelbagai filem termasuklah Impossibility Defense (2018), Perfect World (2018) dan AI Hōkai (2020).



Betul ke seteruk itu sosial media yang kita hadap setiap hari sehingga mampu merampas nyawa orang lain ? Atau penggunaan bahasa sehari-hari kita yang membuatkan orang lain terguris hati lalu bertindak melampaui akal. Em. Susah nak ulas kes kes yang meibatkan emosi ni tapi kalau korang tak de benda baik nak cakap, baik diam dan nikmati kehidupan sebaiknya.

Yang pergi sehingga membunuh diri tetap lah pergi dan tidak kembali tapi bagaimana dengan mereka yang MUNGKIN menjadi punca mereka pergi ? Sama-sama lah kita saling menjaga dengan penuh empathy dan simpati terhadap orang lain.

Ya !!


LOVE ;

ATIE ADNAN

21 comments:

  1. sedih dengan Miura.. sy fans dia huhu

    ReplyDelete
  2. Aduhai. Semuanya masih muda-muda lagi. Sayangnya. Siapa sangka kan, setiap kata-kata kita boleh jadi pengaruh yang besar pada orang lain. Sebab itu pentingnya kita fikir banyak kali sebelum menulis di media sosial ni. Lebih baik bercakap yang baik-baik sahaja...

    ReplyDelete
  3. Jabatan netizen nie ada bagusnya tapi jika terlampau, bahaya betul sebab boleh membabitkan nyawa orang kan. Maka kena la bertatasusila walaupun ketika online

    ReplyDelete
  4. oh my..this is so sad. cyberbully is soooo serious. every time kita nak komen to someone, please put ourself in their shoes as well. sedih baca cite camni.

    ReplyDelete
  5. The price of being celebrity lah kak atie. Kalau ada yang extreme sampai memuja, ada juga extreme membenci walaupun silap cuma kecil.

    ReplyDelete
  6. hidup dalam dunia glamor tak seindah seperti yg kita nampak.

    ReplyDelete
  7. Ingatkan kat korea je banyak kes artis bunuh diri sebab cyberbully. Kat Jepun pun ada jugak rupanya. Cyberbully ni tak boleh buat main. Especially orang yang dibuli tu jenis yg tinggal sendiri.

    ReplyDelete
  8. So sad. Sometime things like this susah kita nak buat kesimpulan. Ramai juga selebriti yang akhiri hidup macamni. Bagi peminat pasti terkesan sikit sebanyak. This case reminds me to Mendiang Tommy Page pennyanyi bersuara romantik. Madam suka semua lagu Tommy. R.I.P.

    ReplyDelete
  9. Memang cyberbully menjadi perhatian yang harus dibahas. Karena sangat banyak sekali kejadian seperti ini. Jangankan di Jepang, bahkan negara sekelas terkenal dengan K-Pop sekali pun banyak kasusnya.

    ReplyDelete
  10. Baru tahu kisah kematian mereka.
    Netizen ni ada pro contra. Lumrah hidup artis gitu laaa.. Lumrah Netizen juga begitu, tak akan berhenti so rasa tak tahan, tutup seketika media social. Pasti tenang. Harap takde artis Malaysia yang cetek akal fikiran sampai bunuh diri.

    ReplyDelete
  11. takutnya bila baca kes bunuh diri ni. kita tak tahu apa yang bermain difikiran mereka. mungkin sebab tu pentingnya orang di sekeliling untuk sentiasa memberikan kata2 semangat dan bertanya khabar. :)

    ReplyDelete
  12. dahsyatnya kesan cyberbully..

    ReplyDelete
  13. Kematian Hana dan Haruma tu memang sangat mengejutkan, anak Sis sendiri shock dengar, tapi kata anak Sis, memang kes dia kena kecam tu sangat tragis.. sampai ada tersebar gambar tak senonoh tak silap yang memalukan...

    ReplyDelete
  14. Cyber bullying atau buli di tempat kerja dan sekolah memang sentiasa ada. Nak lawan balik, mereka lg ramai. Lawan dari kata-kata, kita lelah nak perbetulkan keadaan. Apa yang paling Ruby bersyukur apabila buli berlaku adalah Ruby cari Allah s.w.t. Manusia ni lemah, bisikan syaitan banyak. Alhamdulillah dilahirkan sebagai seorang Islam. Walau apa terjadi. Ruby berdoa, nangis lah puas-puas dalam solat. Banyak pengajaran dari selebriti bunuh diri dan drama-drama Korea ruby tengok contoh buli. Kadang tak buat apa pun kena buli. Lantang bersuara pun kena buli. Sedih kan. Jangan bunuh diri ya Atie.

    ReplyDelete
  15. Takutnya dengan tekanan dari cyberbully macam ni. Yang penting memang mental kita kena strong dan tak yah amik tau apa orang cakap.

    ReplyDelete
  16. Sedih baca berita macam ni, semakin ramai cyberbullies dalam social media ni. Sis harap mereka ni menyusahkan hidup orang lain akan terima balasan setimpal nyer.

    ReplyDelete
  17. Hidup di zaman IT ni semua mental kena kuat lagi2 selebriti yang selalu jadi perhatian orang awam.. We cant pleased everyone, just be ourselves.. Jangankan katakan selebriti, kita yang buat content creator pun sering dikutuk kadangkala ada yang kena cyberbully juga.. Hati kena kental jer skrg... Huhu.. Sedih semua died at very young age! Umur yang baru nak capai kejayaan dalam hidup ni...

    ReplyDelete
  18. This goes to show again that Internet can be a fatal place for a lot people. It is saddening to note that such young people who have still got so many to give decide to take their life. My deepest condolences to their family.

    ReplyDelete
  19. so sad that Maria Hamasaki took her own life. In fact Japan has very high suicide rate in the World! RIP

    ReplyDelete
  20. Kdg2 best jgk tgk drama jepun ni, cuma kurang amik tau artis jepun ada yg kenal susah jgk bila dah femous mcm2 dugaan dan plg mudah jln bunuh diri bg dorang

    ReplyDelete
  21. Cyberbully di mana2 pun ada selagi ada yg berperasaan yg dorang ni lebih bagus dari diri mereka. Pls la people, tak suka diam je.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.