10 TEMPAT MAKAN HALAL SEDAP DENGAN SERVIS PENGHANTARAN SEKITAR KL

Sepanjang pandemik Covid-19 banyak negara berusaha untuk mengekalkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat - sama juga seperti di Malaysia. Dan bagi mematuhi perintah SOP yang di kuatkuasakan oleh kerajaan, pelbagai inisiatif dilakukan supaya restoran tempatan masih mampu beroperasi dengan baik.




Dengan adanya servis online food delivery seperti ini, masing-masing boleh terus berada di rumah sambil nikmati hidangan pilihan tanpa sebarang masalah. Bila menyebut tentang makanan sedap halal di Kuala Lumpur, terus teringat pada menu-menu yang sering menjadi bualan ramai di KL ini. Antaranya adalah : 



1. Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru



Kalau korang mengidam nasi lemak yang sedap di Kuala Lumpur, Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru adalah salah satu daripadanya. Dihidangkan dengan potongan hirisan timun, ikan bilis, telur rebus dan sambal pedas, pasti terasa lebih puas ditemani nasi santan kukus dengan ayam goreng atau rendang daging yang sedap amat.




Alamat : 4, Jalan Raja Muda Musa, 50300 Kampung Baru, Kuala Lumpur



2. Pasta Panas



Jika berminat dengan pasta yang ada sedikit sentuhan Asia, bolehlah cuba menu yang ada di Pasta Panas. Pemilik Pasta Panas ini merupakan salah seorang pencinta pasta dan disebabkan itu pasta di sini sentiasa dipastikan mempunyai rasa yang sepatutnya. 


Terdapat pelbagai jenis pilihan seperti Laza Mac, Mac dan Cheese, Carbonara, Bolognese dan banyak lagi. Buat pesanan kemudian sajian siap. Nak order online pun apa salahnya. 


Alamat : Lot N7, Jalan P Ramlee, 50450 Kuala Lumpur



3. Mat Rock Special Ayam Goreng Kunyit



Ayam goreng kunyit mungkin merupakan hidangan Malaysia yang kurang dipandang oleh pelancong asing, tetapi ini adalah salah satu makanan popular bagi penduduk bandar yang bekerja di Kuala Lumpur.


Terdapat banyak trak makanan di bandar yang menyajikan hidangan ringkas namun Mat Rock Goreng Kunyit tetap sering menjadi pilihan ramai. Nak rasa sedapnya bagaimana ? Angkat telefon dan buat pesanan anda sekarang. 


Alamat : No. 15, Jalan Kampung Pandan, Taman Maluri, Kuala Lumpur



4. Dua by SKöHNS



Dua by SKöHNS adalah restoran yang mengkhususkan makanan tempatan ( terutamanya Nasi Kerabu ) dengan harga yang sangat berpatutan. Bangunan restoran yang selesa ini terletak di tingkat atas salah satu rumah kedai di Jalan Tun Mohd Fuad dan sejak ianya di buka dengan cepat menjadi kegemaran di kawasan sekitar. 


Selain Nasi Kerabu ( yang dijual dengan pelbagai hidangan seperti Ayam Percik, daging dan lain-lain ), ia juga mempunyai hidangan special lain seperti Nasi Briyani dan Nasi Lemak.




Alamat : 12A, Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur



5. Black Daimon Street Teppanyaki



Black Daimon adalah sebuah warung teppanyaki di kawasan kejiranan mewah iaitu Taman Tun Dr Ismail ( TTDI ). Gerai bertema hitam dan ungu ini mempunyai gaya teppanyaki yang dimasak dengan daging atau ayam. 


Bahan-bahan berkualiti tinggi digunakan termasuk daging yang didatangkan khas dari Australia.  Sos Yakiniku yang digunakan sebagai perasa di teppanyaki adalah buatan sendiri dan ini menjadikannya lebih special.  


Alamat : Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur ( opposite Lim Tayar / Shell )



6. Quackteow TTDI



Mencari char-kuay teow versi Pulau Pinang yang sedap di KL adalah satu perkara yang mudah. Tetapi mungkin sedikit sukar jika mahukan char kuay teow yang mesra Muslim. Walaubagaimanapun, masih ada restoran yang menyajikan makanan ini secara Halal dan salah satu daripadanya adalah Quackteow TTDI. 


Alamat : Quackteow @ Rasta TTDI, Jalan Datuk Sulaiman, Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur



7. Kancil Raja Patin Danau Kota



Patin merupakan salah satu menu makanan yang popular di Pahang, walaupun korang berada di KL korang juga dapat menikmati tempoyak patin Temerloh yang asli. Untuk melepaskan keinginan merasa menu ini, boleh usaha cari gerai Kancil Raja Patin di Danau Kota, Setapak. Jika rasa susah, jangan risau kerana mereka turut menawarkan penghantaran secara terus ke rumah pelanggan.


Alamat : Jalan 2, 1/23e, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur



8. Karumba KL



Terletak di Rasta TTDI, selain menu Quackteow tadi, korang juga dapat memuaskan rasa lapar dengan sepiring nasi putih yang disajikan dengan daging garing, karumba ayam atau ayam goreng. Sekiranya anda menginginkan nasi dengan ayam penyet, di sini juga ada. Selain itu, dorang juga menghidangkan nasi lemak dan hot dog.


Alamat : Karumba KL @Rasta TTDI, Kampong Sungai Penchala, Kuala Lumpur



9. 3 Budak Gemok



Diasaskan oleh tiga saudara mara dengan minat yang tinggi untuk makanan, 3 Budak Gemok adalah salah satu tempat makan pilihan ramai di kawasan makanan Kuala Lumpur. Hidangannya mungkin kelihatan sederhana, tetapi rasa dari masakan ayam masak kicap akan mengejutkan deria rasa korang.


Dilapisi dengan sos buatan sendiri yang digabungkan bersama dengan bawang, halia dan pelbagai rempah, ia biasanya direbus selama beberapa jam sebelum dicurahkan pada ayam goreng yang dipesan. Untuk lebih kick, ia dilengkapi dengan cili gesek yang terdiri dari cili kampung baru, cabai Thailand dan cili Vietnam.




Alamat : 10, Jalan Wangsa Delima 2A, Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur



10. Tetangga Kita



JANGAN keliru dengan murtabak ( roti flat India-Muslim atau Arab ), martabak merupakan salah satu makanan jalanan yang berasal dari Indonesia. Dan menu ini sememangnya sangat popular di sana. Rupa seakan apam balik tapi mempunyai rasa yang berbeza. 


Kalau korang belum pernah mencuba, buatlah pesanan di Tetangga Kita ! Tahun lepas, dorang buat martabak Samyang yang diilhamkan oleh mi Korea pedas yang terkenal. 


Alamat : 60, Jalan Sri Hartamas 1, Kuala Lumpur





Walau kena duduk rumah tapi tetap boleh makan sedap tanpa perlu susah payah masak. Kiranya kalau malas nak masak sekalipun, eh masih boleh makan menu yang sedap-sedap. Pilih saja nak makan menu yang mana dan biar Foodpanda membantu membuat penghantaran sehingga ke depan pintu rumah.




No comments:

Powered by Blogger.