8 TIPS PENTING MEMILIH PAKAIAN SUKAN, TAK BOLEH ASAL SARUNG !!

Sebagai seorang pelari tegar yang sebaik boleh cuba untuk konsisten berlari pada setiap hari, kakak sangat menitik berat soal pakaian yang selesa. Bukan sahaja dalam bidang larian, sebenarnya – bila bersukan korang perlu memakai pakaian khusus untuk bersukan.


VV EHouse

Bukan main sauk je !!

Ni ha !! Kakak kongsikan 8 tips penting memilih pakaian sukan bagi memastikan korang selesa, bersemangat dan juga berbaloi beli. Hee~


TIPS MEMBELI PAKAIAN SUKAN


Bukan sebab cerewet tapi untuk beberapa faktor keselamatan dan juga keselesaan, pakaian sukan perlulah menepati beberapa ciri lain. Tak perlu mahal – beli sekadar yang mampu dan paling penting pakaian tersebut memberi manafaat kepada kita.


JACKET PINK KAKAK   |   SELUAR PINK KAKAK


YE !!

Kakak serius ni. Hahahaha~


1. LOKASI ( INDOOR / OUTDOOR )


  • Ada sesetengah pakaian sukan tidak sesuai untuk dipakai semasa melakukan aktiviti luar. Sebab tu kalau kita singgah mana-mana kedai yang menjual pakaian sukan pun kita perasan ada pelbagai jenis fabrik pada sudut jenis sukan yang berbeza.
  • Contoh : Pakaian berwarna gelap bersifat panas yang menyebabkan ia hampir tidak sesuai untuk dipakai semasa aktiviti luar. Pakaian sukan yang sesuai untuk aktiviti indoor adalah menggunakan fabrik kapas manakala untuk aktiviti luar adalah micro fibre dan spendex yang kainnya bersifat sejuk.

2. FABRIK YANG SESUAI


  • Bila bersukan, kita mengeluarkan peluh yang sangat banyak dan ini juga menjadi punca kenapa pemilihan fabrik sangat penting. Kebanyakan mereka yang suka bersukan akan memilih pakaian yang mempunyai aliran udara keluar dan masuk. Selain membantu mengeringkan peluh dengan cepat dan memberi keselesaan, ia sangat penting untuk menjaga kesihatan kulit dan mengelakkan sebarang infeksi pada kulit akibat peluh.

3. KESELESAAN


  • TIDAK TERLALU KETAT ; TIDAK TERLALU LONGGAR. Ya !! Fokus kat dua elemen penting tu je. Kenapa ? Bila baju terlalu ketat, confirm tak selesa dan mungkin akan terkoyak ataupun ia menyebabkan perjalanan darah tidak lancar. Kalau baju terlampau longgar pula dikhuatiri akan merentang arus angin dan juga membataskan pergerakan. Ye lah. Gelebeh sana sini, kan susah nak bergerak tu.

4. WARNA


  • Kakak sendiri suka bersukan waktu orang lain tak bersukan. Samada awal pagi atau waktu malam dan ini menguatkan lagi kenyataan kakak untuk memakai pakaian sukan yang berwarna terang. Bukan sebab kosong tapi pakaian yang terang dapat mengurangkan sebarang kemalangan dengan pantulan dari warna pakaian yang dipakai. Kakak suka pink dan kebanyakan pakaian sukan kakak adalah berwarna pink. Hee~


Pakaian Sukan Muslimah

5. REKABENTUK PAKAIAN


  • Siapa yang bersukan bawa beg segedabak untuk menyimpan pelbagai kunci, telefon bimbit, air, fitbar ? Ya !! Tiada !! Sebab kebanyakan pakaian sukan sudah disediakan poket tersorok ngam ngam untuk menyimpan barang-barang peribadi. Tak kiralah samada seluar ataupun baju – poket tersorok sangat penting supaya tidak berlakunya keciciran barang peribadi.
  • Seluar sukan perlulah mempunyai jahitan yang kemas dan tidak jarang, skirt sukan tidak terlalu labuh bagi memudahkan pergerakan, tudung sukan tidak terlalu pendek dan mampu menyerap peluh – ciri-ciri lain yang perlu korang ambil tahu.


Pakain Sukan Muslimah

6. SPORT BRA


  • Walaupun ia dibahagian DALAM tak bermakna pesukan wanita kena pandang enteng !! TIDAK !! Selain memberi keselesaan semasa bersukan ia juga sangat penting untuk menyokong struktur bahagian dada.

7. HIJAB


  • Memang tak salah pun pakai apa-apa jenis tudung untuk bersukan tapi korang tau tak pemakaian pin tudung boleh mengakibatkan kecederaan kalau korang cuai ? Em—Sebaiknya korang pilih tudung sarung yang tidak memerlukan pin dan diperbuat dari fabrik lycra dan microfiber di mana kedua-dua fabrik tersebut tidak memberi kesan panas di bahagian kepala. Bayangkan kalau korang bersukan dan berpeluh, part kepala confirm kuyup. Hee~ Kakak faham !!

8. KASUT YANG SESUAI


  • Kesilapan paling besar pada setiap pesukan adalah kesalahan memilih kasut sukan. Kasut sukan tidak sepatutnya longgar dan ketat sebaliknya ia perlulah ngam elok dan selesa pada kaki, setiap jenis sukan mempunyai jenis kasut yang berbeza. Sangat dilarang bila korang pakai kasut hiking untuk berlari sebab sokongan binaan setiap kasut adalah berbeza.


VV EHOUSE


Leceh ?

Tidaklah !!


Seluar Hiking Murah

Cuba jadi bijak macam kakak. Hahaha~ Koleksi pakaian sukan kakak sudah tentunya dari VV Ehouse yang hanya menawarkan end produk berkualiti dan menyokong penuh kesemua lapan tips yang kakak share kat atas tu. Hampir sebulan kakak berlari dengan niat mencuba set dari VV EHouse ni dan memang puas hati.

Dengan pelbagai kumpulan sokongan jenama terkenal dalam bidang sukan, VV EHouse boleh digelar hub membeli-belah pakaian dan peralatan sukan berkualiti pada harga berpatutan. Dan kakak suka !! Korang tau tak, hampir semua pembeli produk produk VV Ehouse di platform Shopee memberikan feedback empat ke lima bintang !!

Dari segi material, kualiti jahitan dan juga aliran udara yang lalu pada fabrik – memberi keselesaan sepenuhnya sepanjang kakak beraktiviti. Masih mengekalkan ciri-ciri muslimah, VV EHouse menawarkan lebih 100 jenis produk yang merangkumi head – to – toe pada harga mampu milik dan sekarang ni ada tawaran sehingga 90%.


VV EHouse

Year End Sale VV EHouse

Korang boleh gunakan promocode di bawah semasa checkout untuk nikmati diskaun istimewa.


VVWELCOME2020 - diskaun 20%

YESVVSITE30 - diskaun 30%


Haip !!

Kalau kakak memang akan cari semua benda bawah satu bumbung, sekali order dan jimat kos penghantaran lagi-lagi ada diskaun ni - memang suka lah kakak sampai TERBELI lagi baju lari dan seluar lari. Adui. Kakak ajak korang bersukan dan jadi sihat ni supaya kita boleh makan semua makanan yang ada kat negara kita. Hee~ Sayang lah hidup dalam persekitaran harmoni tapi tak menikmati. Kan ?

Apa lagi ?

Pergi beli pakaian sukan selesa dan jom join kakak lari.



LOVE ;

ATIE ADNAN


19 comments:

  1. Saya setuju dengan yang berwarna terang tu..biar dari jauh orang dah nampak kan 😁

    ReplyDelete
  2. Saya setuju dengan yang berwarna terang tu..biar dari jauh orang dah nampak kan 😁

    ReplyDelete
  3. yesss material dan warna pakaian sukan tu penting. Kalau bersukan dalam court memang hazab la pakai warna gelap tapi terang pun tak boleh jugak nanti nampak yang dalam bila berpeluh haha

    ReplyDelete
  4. panduan yang beguna nih , nanti nak usha jugaklah brand yang atie guna kot2 ada saiz bolehlah sambar selai dua....lagi satu tips bila buat aktiviti keluarkan peluh jangan lupa pakai deodorant jika ada masalah badan berbau....

    ReplyDelete
  5. Memang betullah bila nak bersukan kena pakai baju sukan yang sesuai terutama yg serap peluh kan... untung la dpt diskaun beli sekali gus.

    ReplyDelete
  6. Ye betul. Kena selesa selain nampak trendy haha. Rawlins suka baju yang loose sikit kalau bersukan so yang nie nampak menarik

    ReplyDelete
  7. Nampak selesa sangat baju yang Atie pakai tu.. walau nampak macam tebal, tapi serap peluh tu yang mustahak... agak-agak color pepel ada tak ek hehehehe

    ReplyDelete
  8. Cantik ya Atie! The produk VV Ehouse looks so perfect for sport. Nak layan their platform Shopee juga la now

    ReplyDelete
  9. Betul.. Baju sukan pun kene pilih yang betul. Yang selesa.. Senang nak buat aktiviti.. Cntik warna kak atie ambik.. Nak terjah la

    ReplyDelete
  10. Setuju dengan semua tips yang diberi. Bagi saya, seluar dan baju tu tak kisah sangat. Tapi kalau kasut dan sports bra memang saya akan invest beli yang bagus. Harga mahal sikit pun takpe.

    ReplyDelete
  11. selalu main pakai je pakaian sukan tak fikir soal semua ni....patutlah selalu je rasa tak selesa

    ReplyDelete
  12. Sejak aktif berbasikal ni, kena cari pakaian yang sesuai juga untuk aktiviti ni, yang penting kainnya serap peluh.. Baiklah nanti nak cari baju dekat link yang dikongsikan diatas, jaket oink tu cantik.. tq

    ReplyDelete
  13. Boleh guna tips kakak untuk dapatkan pakaian sukan yang sesuai untuk me juga la.. :) Dulu main grab jer sebelum ni.. :)

    ReplyDelete
  14. Bagus tip3 yg dikongsikan. Mmg kalau nak beriadah mmg kena cari yg proper dan selesa

    ReplyDelete
  15. Betullah.. kalau pakai baju yang tak sesuai, memang tak selesa nak bersukan

    ReplyDelete
  16. Kalau dulu saya beli ikut ngam je, asal cantik dan muat beli terus. Ternyata ada tips nak beli pakaian sports ni. Good info

    ReplyDelete
  17. bagus juga tips ni. kadang2 tak terfikir pun semua tu penting dalam memiih pakaian sukan

    ReplyDelete
  18. wah lengkap tips dari kakak cantik ni. baik.. saya g shopping sekarag gak.. fuh, dah lama tak berlari.. asyik makan jer..huhu

    ReplyDelete
  19. Tak pernah beli lagi baju sukan dari VV Ehouse... Boleh la try beli.. Suka pulak tengok color baju sukan awak tu.. Nak cari color macam tu lah.. Hee

    ReplyDelete

Powered by Blogger.