YOODO MENAWARKAN PELAN UNLIMITED SERENDAH RM 35.00 SEBULAN !!

Duduk melangut kat rumah dan smartphone 27 jam melekat kat tangan, apa kata bertukar ke Yoodo sebab sekarang ni Yoodo menawarkan pelan tanpa had serendah RM 35.00 sebulan !! Murah kan ? Cemana boleh murah sangat plak ? Hee~ Sila duduk – baca dan jangan lari !!

Yoodo merupakan syarikat telco pertama yang menyediakan perkhidmatan mudah alih digital bagi memudahkan pelanggan merangka pelan mengikut kesesuaian penggunaan sehari-hari.


YOODO 2.0


Yoodo merupakan cabang rangkaian Celcom yang terkenal dengan liputan 4G LTE ( Long-Term Evolution ) bagi memenuhi kehendak pasaran dengan jaminan terpantas dan terlaju di Malaysia. Yoodo turut menawarkan pelbagai kemudahan aplikasi muatnaik secara percuma dan pelbagai features lain seperti media sosial, permainan dalam talian, hiburan dan juga percutian - mengikut kesesuaian dan keperluan korang ; install lah mana perlu sahaja.

Menyedari kebergantungan pengguna terhadap jaringan internet yang pantas membuatkan Yoodo teruja melancarkan Yoodo 2.0.

YOODO DAN TAWARAN PELAN UNLIMITED SERENDAH RM 35.00 SEBULAN !!

Sentiasa mahukan yang terbaik buat pengguna, Yoodo telah memperkenalkan pelan terbaharu iaitu #BuatUnlimitedSendiri yang memberi pilihan kepada pengguna untuk mencipta dan mereka pelan sendiri - membolehkan pengguna mencipta kelajuan data, kuota hotspot, panggilan suara dan juga penggunaan SMS mengikut kesesuaian.


Apa best - nya Yoodo 2.0 ni ?


1. Reka pelan sendiri

  • Hanya bayar penggunaan data, panggilan dan juga aplikasi yang korang guna sahaja.

2. Semua melalui aplikasi Yoodo
  • Pilih nombor - aktifkan nombor dan nikmati proses penghantaran SIM secara PERCUMA hanya perlu isi maklumat di --> SAYA NAK SIM YOODO !!

3. Tukar pelan pada bila-bila masa
  • Yoodo TIDAK akan mengikat apa-apa kontrak dengan pengguna, kalau korang tak nak guna perkhidmatan Yoodo lagi - boleh batalkan perkhidmatan serta merta. Tiada bayaran dikenakan dan tak perlu tunggu kitaran bil pada penghujung bulan.
YOODO DAN TAWARAN PELAN UNLIMITED SERENDAH RM 35.00 SEBULAN !!4. Refer 2 Earn
  • Jana pendapatan tambahan ? Semudah 1 2 3 !! Kongsikan pautan dan kod unik korang dengan kawan-kawan dan kalau ada kawan yang berjaya buat pendaftaran - korang akan dapat RM 20.00  dan kawan korang akan dapat 7GB secara PERCUMA !!

5. Kongsi dengan ahli keluarga
  • Maksima LIMA talian tambahan bawah satu akaun !!

6. Ganjaran
  • Beli 10 add-on atau 10 pass Roam Like Home dan dapatkan 1 PERCUMA !


Mahukan hiburan dan bawa hiburan ke dalam talian smartphone korang ? Senang !! Senang !! Semua dengan Yoodo dan settle !! Hee~ Korang boleh nikmati pelbagai pengalaman baharu dengan Yoodo seperti #StayAtHomeParty, K-Pop, Hallyoodo, giveaway tiket konsert dan paling best korang berpeluang menonton BTS Special Screening !! Argh !! Siap dapat fans kit lagi tau.


ESPORTS MALAYSIA



Walaupun masih baharu di Malaysia, sokongan Yoodo terhadap perkembangan sukan dalam talian bukanlah sesuatu yang asing. Masih aktif dan mahu kekal aktif menjadi badan sokongan sukan digital, Yoodo turut menjadi salah satu penaja utama sempena PUBG Mobile National Championship ( PMNC ) pada tahun 2018 dan 2019.

Dan !!
Tidak melepaskan peluang berharga pada tahun 2020 ini, sekali lagi Yoodo tampil gah dengan menjadi Rakan Kongsi Rasmi PMNC dan berjaya merekodkan lebih 1.5 juta penonton secara dalam talian sepanjang tempoh kejohanan. Hadiah untuk pemenang pun bukan biashe-biashe !! RM 30,000.00 berjaya di bawa pulang oleh pemenang.

Bukan itu sahaja !! Yoodo juga aktif menganjurkan pelbagai sukan dalam talian yang berjaya menarik golongan muda memanfaatkan masa terluang dengan aktiviti bermanfaat.



FAKTA : Menurut Kementerian Belia dan Sukan ( KBS ), jumlah peminat e-Sports
bertambah daripada 9.5 juta pada 2016 kepada 19.8 juta pada 2019.
Angka itu mewakili kira-kira 60.7 peratus penduduk Malaysia pada 2019.

Sumber : Berita Harian Online



Sebenarnya banyak lagi sokongan Yoodo terhadap sukan dalam talian di Malaysia, antaranya :
  • PUBG mobile Campus Championship ( PMCC )
  • Kejohanan E-sukan Kampus Semester 3 ( KEK3 )
  • Yoodo Stay at Home Cup 2020
  • Yoodo FV Major Cup 2020

Dari penganjuran sukan dalam talin tersebut, Yoodo telah melahirkan ramai pemain dalam talian yang berbakat sehingga tertubuhnya Yoodo Gank pada tahun 2019. Berjaya menembusi pasaran sukan dalam talian di seluruh dunia - Yoodo Gank telah menyertai pelbagai kejohanan di dalam dan luar negara. Yoodo Gank telah menjadi pasukan Malaysia yang pertama memenangi PUBG Mobile Pro League ( PMPL ) pada tahun ini - sekaligus telah berjaya melakar nama dalam Malaysia Book of Records.

Kakak kagum !!

Bukan itu sahaja, Yoodo juga telah menjalikna kerjasama dengan penganjur sukan dalam talian dan organisasi pengurusan pasukan ; Flash Vision dan melahirkan Yoodo FV. Geek Fam MLBB juga terlahir dari platform yang sama dan telah berjaya membuktikan kehebatan mereka apabila Geek Fam MLBB berjaya memenangi pelbagai pencapaian dalam permainan Mobile Legends: Bang Bang.
YOODO DAN TAWARAN PELAN UNLIMITED SERENDAH RM 35.00 SEBULAN !!
Kalau korang ada niat nak tukar line ataupun kembangkan bakat korang dalam esport, apa kata pertimbangkan Yoodo !! Dari pemerhatian kakak, Yoodo menawarkan banyak kelebihan untuk korang yang mahu berjimat disamping menggunakan data unlimited mengikut keperluan penggunaan. Nah !! Apa lagi ? Mungkin link kat bawah boleh bantu korang.




No comments:

Powered by Blogger.