GRILLED BUTTER CHICKEN THE CHICKEN RICE SHOP ; JODOH TAK SALAH ALAMAT. KAN ?

Hahahaha~ Kali ni lain sikit sebab The Chicken Rice Shop Malaysia ( TCRS ) main kasar - yang mana single dan forever alone tu, boleh lah belajar-belajar singgah mana-mana outlet mereka untuk nikmati Grilled Butter Chicken. Confirm cair dihati, kekal setia selamanya. Tercari-cari ketika tiada. Kah !!



Masih di situ dan kakak juga seorang yang setia.
Tiada yang lainnya kalau berkata tentang Grilled Butter Chicken. Hee~



GRILLED BUTTER CHICKEN




Telah berada di pasaran sehingga 17hb Januari 2021 nanti, Grilled Butter Chicken ini dijangka menjadi hidangan terbaik apatah lagi bila dihidangkan dengan portion confirm kenyang dengan isi paha ayam tanpa tulang yang diselaputi dengan sos mentega keemasan dan taburan daun kari juga cili merah. Peh !! Sambil menaip ni pun kakak terliur lagi.. Hahahahaha~



Didatangkan dalam set pilihan, ada single set untuk satu orang makan dan juga untuk korang yang bawa jodoh bersama. Dengan harga permulaan RM 21.90, korang akan dapat satu set yang ada nasi + Grilled Butter Chicken + sayur + soup of the day. Dan kalau untuk hidangan bersama jodoh pula ( Dua orang. Hahahaha~ ) hanya berharga RM 49.90 je. 

"Mentega bukan sekadar ramuan, ia merupakan elemen penting untuk mendatangkan kegembiraan dan kepuasan. Tiada kata yang dapat menggambarkan nikmat sensasi mentega."
- June Song ; Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn. Bhd.



TSRC kukuh memegang teguh pada slogan 'Chicken Rice... and More" - sentiasa berusaha menarik minat pelanggan dengan menghasilkan menu-menu baharu bagi melengkapkan citarasa pelanggan yang pelbagai.



THE CHICKEN RICE SHOP “JADIKAN GBC JODOH ANDA” IG FILTER CONTEST 2020




Seramai SEPULUH orang pemenang dicari dan caranya pun mudah sangat !! Takkan lah nak makan saje kan ? Dah alang-alang tu, korang boleh sertai contest yang TCRS buat ni. Caranya mudah je :


  1. Beli mana-mana set Grilled Butter Chicken dan ambil gambar yang terbaik.
  2. Pergi ke FILTER di Instagram dan cari filter FAKE VIDEO CALL.
  3. ADD MEDIA - gambar Grilled Butter Chicken.
  4. Muat naik video di Instastory / Insta Feed / Facebook ataupun Tiktok korang.
  5. Jangan lupa tag @thechickenriceshop dan sertakan juga  #JadikanGBCJodohAnda #TCRS #GrilledButterChicken.
  6. Pastikan semua akaun media sosial korang PUBLIC.

Good Luck !!
Kakak sudah. Hee~



LIMA BINTANG lebih sikit untuk Grilled Butter Chicken dari The Chicken Rice Shop ya anak-anak.  Tapi korang jangan percaya cakap kakak lah, korang pergi rasa sendiri lepas tu ceritakan kat kakak plak. Cuma tu lah tu. Wajib cuba dan untuk maklumat lanjut boleh klik link kat bawah ni !!





1 comment:

  1. Wow... Wow... wow... Menarik dan terasa tertarik nak bawak pasangan kita try GBC ni..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.