RAWATAN KESIHATAN MATA DI ARA DAMANSARA MEDICAL CENTRE ( ADMC )

Kebiasaan kita bila bercakap soal kesihatan, kita akan terfikir tentang pelbagai organ dan juga otot tapi kita selalu lupa tentang kesihatan mata. Haa—Korang tau tak mata sangat penting dan perlu diberi perhatian sama dengan organ dan otot yang lain.


Harga LASIK

Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :


نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ
“Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang.” - ( Riwayat al-Bukhari )


Disebabkan kakak dah berusia 35 tahun dan sangat bimbangkan kesihatan mata kakak, NAH !! Kakak pun serah diri ke Ara Damansara Medical Centre ( ADMC ) untuk buat semakan kesihatan mata.


PUSAT PERUBATAN ARA DAMANSARA ( ADMC )


Kesedaran ni timbul bila kakak sedar kekerapan kakak menghadap skrin laptop dan juga telefon atas tujuan bekerja. Ia bukan sahaja mengakibatkan kekeringan pada kornea mata, paling teruk kedudukan bola mata juga boleh beralih.

Kenapa ?

Sebab tekanan pada bebola mata yang boleh mengakibatkan kerosakan pada saraf mata dan mengakibatkan kecederaan lebih teruk.


Pembedahan LASIK

Pusat Perubatan Ara Damansara ( ADMC ) ada menyediakan perkhidmatan semakan kesihatan mata yang setanding dengan pusat mata terkemuka di peringkat antarabangsa. Dilengkapi dengan teknologi terkini dan tenaga pakar yang berpengalaman – ADMC hanya menjanjikan perkhidmatan yang terbaik dari awal pendaftaran sehinggalah proses semakan selesai.


KESIHATAN MATA



Proses pemeriksaan kesihatan mata mengambil masa lebih kurang 2 hingga 3 jam yang merangkumi :

  • Rundingan dari Optometris tentang keadaan kesihatan mata pesakit secara keseluruhan

  • Pemeriksaan ketajaman visual – Proses yang sama dilakukan semasa membuat cermin mata di kedai tetapi lebih menyeluruh sehingga mampu mengesan tindakan lain yang mengganggu kesihatan mata seperti :
    • Power rabun naik atau turun
    • Kerosakan silau pada lapisan kornea
    • Mengukur dan mengesan masalah visual pada mata pesakit dengan menggunakan Refractometer

  • Mengesan kelainan pada permukaan kornea dengan menggunakan lampu kuning ( Fluorescein ) untuk mengetahui sebarang kelainan atau keadaan kornea pada mata.
  • Ujian Tonometei untuk memeriksa tekanan pada mata menggunakan dua kaedah iaitu :
    • Tonometer dilekatkan pada celah mikroskop lampu. Mata diletakkan cairan anestesia untuk memberi kesan kebas pada lapisan kornea kemudian probe kecil ditekankan secara perlahan ke atas mata menyentuh lekukan kornea. Hasil dari penggunaan tonometer menghasilkan kiraan tekanan di dalam mata.
    • Rebound Tonometri adalah teknologi yang digunakan dengan cara memantulkan probe kecil dan ringan rapat ke kornea untuk mengukur tekanan intraokular. Kebiasaannya kaedah ini digunakan untuk kanak-kanak.

Merawat Masalah Rabun
  • Fotografi Fundus
    • Kamera fundus digital digunakan untuk mengambil gambar belakang bahagian mata yang merangkumi retina, makula, fovea, optik cakera dan juga tiang posterior. Gambar yang dihasilkan kemudiannya digunakan oleh pakar oftamologi untuk diagnos rawatan lanjut.

Ara Damansara Medical Centre
  • Penilaian Kesesuaian LASIK ( Tambahan )

    • Kalau korang berniat nak buat Lasik, prosedur terakhir ni memang tak boleh nak elak. Hee~ Sebab – Time ni lah pakar akan menentukan samada situasi mata korang boleh atau tak nak buat Lasik.
    • Penilaian ini dapat membantu menentukan jenis rawatan, pembedahan, risiko dan juga kesan sampingan sebelum, semasa dan selepas Lasik.

      Sekiranya pesakit TAK SESUAI untuk rawatan Lasik, di ADMC juga menyediakan beberapa pilihan lain iaitu Implantable Contact Lenses ( ICL ) and Refractive Lens Exchange ( RLE ).

      Macam keadaan mata kakak sendiri, memang tak boleh buat Lasik sebab lapisan kornea mata kakak terlampau nipis dan sedikit kering. Risau mungkin akan memudaratkan kesihatan kakak pada masa akan datang – Kakak disarankan untuk buat ICL atau RLE sahaja.

Pembedahan Membuang Katarak
Untuk kos-kos rawatan seperti Lasik, ICL dan RLE – Korang boleh rujuk terus ke hotline ADMC ya.

Keseluruhan semakan kesihatan mata yang kakak buat ni cuma berjumlah RM 370.00 dan dikendalikan oleh Pakar Oftalmologi iaitu Dr. Norazah binti Abdul Rahman yang merupakan Pakar Perunding Oftalmologi, Pediatrik Ophtalmologi dan Strabismus. Beliau pernah menerbitkan beberapa artikel berkaitan dengan penjagaan mata dan Pediatrik Oftalmologi.


DR. NORAZAH BINTI ABDUL RAHMAN


Pakar Mata
Kalau korang susah nak faham pelbagai terma tentang perubatan dan kesihatan mata – Jangan segan untuk bertanya sebab Dr. Norazah menggunakan bahasa dan juga perkataan yang mudah untuk difahami. Ye lah. Yang datang untuk rawatan mata bukan je orang dewasa macam kakak, ada juga ibu ayah yang bawa anak-anak kecil dan juga anak-anak yang bawa ibu ayah mereka untuk buat rawatan kesihatan mata.


Segala proses temujanji boleh dibuat melalui hotline ADMC 03 7839 9249 atau email ke hsc@ramsaysimedarbyhealth.com dan korang boleh rujuk https://www.admctelehealthplus.com untuk mengetahui pelbagai jenis perkhidmatan yang ada di ADMC.


Anas meriwayatkab bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ حَيْثُ خَلَقَ الدَّاءَ خَلَقَ الدَّوَاءَ فَتَدَاوَوْا
“Sesungguhnya Allah ketika menciptakan penyakit diciptakan bersekali ubat maka berubatlah.”


LOVE ;
ATIE ADNAN

15 comments:

  1. scarynya bila ada benda dekat dgn mata mcm ni kan.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. Cuak juga nak check mata ni tapi kalau tak check tak tau pulak apa masalah mata kita kan?.

    ReplyDelete
  3. Betul tu. Ramai yang terlepas bab penjagaan mata. Sebaiknya buatlah pemeriksaan berkala di pusat perubatan mata seperti di ADMC ni.

    ReplyDelete
  4. Guess we all need to be more wary of our eye health as well as they are the windows to the world for us. Thanks for sharing with us this eye-opening article.

    ReplyDelete
  5. Rawlins teringin nak buat Lasik tapi takut sangat. Haha. Maka redha dengan pakai cermin mata dan contact lens. Rawlins selalu buat rawatan mata kat HUKM je sebab panel kan

    ReplyDelete
  6. Seronoknya kalau ada rezeki lebih memang nak buat lasik. Penat cari spek mata tak jumpa haha dah la yaya dengan shawn dua2 rabu XD

    ReplyDelete
  7. Betul betul betul. Sila la jaga mata baik-baik. Yang ikhlas, dari org yg tak suka pakai spek. Hahaha.

    ReplyDelete
  8. haritu ada check mata sebab selalu sakit kepala. tapi takda la details camni

    ReplyDelete
  9. Saya tak pernah lagi cek mata. Walaupun rasa macam dah ada tanda2 awal rabun jauh ni. Hmm.. baik pergi sebelum lebih melarat, kan?

    ReplyDelete
  10. Ruby pun ada plan nak buat Lasik. Nanti nak try kat sini. Kos dia camana untuk kondisi mata Atie?

    ReplyDelete
  11. Teknologi hari ini mmg sangat memudahkan. Tapi tgk mesin yg digunakan mmg nampak canggih betul

    ReplyDelete
  12. Rasa takut pula tengok rawatan lasik ni.. Tp ramai kata bila buat xde rse sakit pun sebab buatnya pun sekejap je kan..

    ReplyDelete
  13. Wow interesting, baru Nell tahu yang ada teknologi ILC ye,, macam kena buat appointment jer untuk tengok sesuai tak going for this.. penat la pakai cermin mata.. berpuluh2 tahun dah!

    ReplyDelete
  14. lepas baca ni, terbuka hati gak nak cek mata ni. yerlah kerja pagi ke malam dok hadap skrin kan.. nk jaga mata agar dapat melihat dengan baik sampai hujung nyawa..

    ReplyDelete
  15. Nak save link nie laa.. nampak menarik dan bagus utk tahu perkembangan mata.. nanti lepas PKP boleh la ke tmpt lokasi yg dicadangkan

    ReplyDelete

Powered by Blogger.