RICHWORKS MAHU BANTU LEBIH RAMAI ORANG - EDISI KHAS NAK UBAH HIDUP 2021

Sepanjang tempoh pandemik yang melanda dunia, bukan kakak je terkesan tapi barisan usahawan yang memang menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan - Juga menerima tempias yang sangat hebat sehingga ada perniagaan yang terpaksa gulung tikar. Ia tidak mengubah misi dan visi Richworks yang mahu membantu lebih ramai usahawan untuk kembali bangkit untuk ubah hidup.


Bina Bisnes Berjaya
Memberi fokus khusus buat mereka yang mempunyai perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana ( PKS ) yang terkesan sepanjang pandemik untuk kembali bangkit dan meneruskan perniagaan dengan skill serta teknik yang betul, RichWorks International Sdn. Bhd. sekali lagi menghulur tangan untuk menyambut kehadiran usahawan yang MAHU dibantu.



EDISI KHAS NAK UBAH HIDUP 2021




RichWorks telah beroperasi hampir 13 tahun dan lebih 1.1 juta orang usahawan telah dibantu untuk menyelamatkan perniagaan disamping membantu perniagaan menjana pendapatan luar dari jangkauan dengan teknik dan cara yang TEPAT. Menurut Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks ; Encik Radz Mohd - Sebagai sebuah syarikat latihan dan bimbingan terbesar di Malaysia, pihaknya percaya sedikit sebanyak program ini dapat membantu usahawan disamping menyumbang kepada negara dan rakyat.


Nak Ubah Hidup 2021
"RichWorks bersama Pengasas dan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman ingin membantu dan bimbing lebih ramai orang terutama bangsa usahawan untuk berdepan dengan cabaran dan kesusahan dihadapi ketika pandemik ini. Sebab itu, kami akan mengadakan sebuah program Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada 26 hingga 28 Mac ini secara percuma yang mana telah bantu ubah malah tambah baik kehidupan ramai orang," katanya kepada Kosmo! dan Utusan Malaysia hari ini.






Sepanjang tempoh pandemik melanda negara, RichWorks telah membantu lebih 400,000 orang peserta melalui program-program yang dijalankan secara virtual bagi memberi sokongan, inspirasi, bimbingan dan menambah nilai kepada orang ramai. 


"Program Nak Ubah Hidup ini datangnya daripada pengalaman Datuk Wira Dr Azizan Osman, bagaimana beliau dari keluarga biasa saja dapat bangkit dalam bisnes walaupun beberapa tahun alami kegagalan pelbagai bisnes dilakukan pada peringkat awal. Melalui perjalanan bisnesnya, ilmu dan bimbingan diberikan dalam melahirkan ramai usahawan jutawan dijadikan pembelajaran dengan langkah-langkah terbukti berjaya yang orang ramai boleh guna pakai bagi menyaksikan perubahan dalam hidup mereka nanti," jelasnya.


Program Richworks Dr. Azizan Osman
Sekaligus menjadikan platform ini sebagai titik tolak untuk orang ramai mendapatkan kembali semangat dan ilmu perniagaan untuk kembali berada di landasan perniagaan yang tepat dan juga langkah pertama bagi mereka yang mahu memulakan perniagaan - Agak sukar untuk keluar dari kesusahan tapi tak de apa yang mustahil sekiranya kita betul-betul mahu mengubah kehidupan.

Sama macam kakak yang mahu mengubah kehidupan untuk hidup yang lebih baik ?

Atau ;

Korang nak tingkatkan kewangan diri dan keluarga ?

Atau :

Korang surirumah yang nak jana pendapatan untuk bantu keluarga ?

Atau mungkin ;

Korang merupakan usahawan yang serius nak berjaya ?

Boleh jadi juga ;

Korang ada perniagaan tapi STUCK tengah jalan sebab beberapa faktor yang korang tak dapat nak selesaikan ?


Bina Bisnes Berjaya 2021
Selesa dalam zon selesa yang tak berapa nak selesa pun sebenarnya, kan ? Hee~ Tapi itu lah. Tak de sape dapat paksa kita untuk mengubah keadaan kalau kita sendiri TAK NAK berubah.

Untuk maklumat lanjut tentang Edisi Khas Nak Ubah Hidup 2021 boleh terus ke -- https://binabisnesberjaya.com


LOVE ;
ATIE ADNAN


2 comments:

Powered by Blogger.