NIKE REACT INFINITY RUN 2 ; MENGURANGKAN RISIKO KECEDERAAN SEMASA BERLARI

Fuhhh—Risiko sebagai seorang pelari tegar adalah pada bahagian kaki dan sepanjang bahagian pada tulang keting yang boleh mengakibatkan kecederaan semakin hari semakin teruk kalau tak dirawat dengan awal.


Fitness Blogger

Nak dijadikan cerita, Nike Malaysia hantarkan sepasang kasut yang diciptakan khusus buat pelari – Bagi mengurangkan risiko kecederaan pada kaki. Hee~ Mula-mula tu cuak sebab pertama kali nak collab dengan jenama yang besar. Tapi semakin hari cuba berlari dengan kasut baharu ni, dia punya perasaan :



"Ayyyyyy-- Korang kena ada sepasang !! Serius kena ada !!
Time lari tak jejak tanah rasa melayang je.."


Sebagai seorang pelari tegar dan telah menyelesaikan banyak masalah dengan berlari, YA !! Kakak akui, pemilihan pakaian dan kasut yang betul dapat membantu mengurangkan kecederaan semasa berlari. Kalau dulu, kakak tak peka dengan keadaan dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai kemungkinan.

 

Tahun ni dah masuk tahun kelima kakak bergiat aktif dalam larian. Walaupun masih mentah dan jarak pun tak de lah jauh mana - Kesedaran yang cuba dipupuk menjadi sihat haruslah seiring.



NIKE REACT INFINITY RUN 2

 

Antara faktor yang korang perlu ambil kira semasa membuat pemilihan kasut lari adalah :

  • Kebiasaan kasut lari adalah ringan
  • Tapak kasut lari selalunya boleh grip pada permukaan bumi dengan baik
  • Di dalam kasut mempunyai kusyen yang selesa dan lembut ( thick cushioning )
  • Potongan mid-cut ankle

Dan kesemua ciri-ciri tersebut ada pada Nike React Infinity Run 2. Hee~


Tips Memilih Kasut Larian Yang Betul

Awal tahun 2021 haritu, Nike memperkenalkan React Infinity dengan menekankan ketahanan larian pada jarak jauh dan direka untuk kestabilan / anti goyang semasa berlari. Diciptakan untuk larian yang lebih selesa - Nike React Infinity Run 2 dapat mengurangkan kecederaan pada otot dan juga tulang pelari semasa melakukan aktiviti berlari.


Kakak mengambil masa sebulan untuk mencuba Nike React Infinity Run 2 dan mencari sisi keselesaan yang dijanjikan oleh Nike. Walaupun kakak dah ada tiga kasut lari dari Nike, yang keempat ni beri satu gambaran keselesaan yang berbeza. Nah !!


Sangat ringan dan rasa melayang bila mulakan langkah pertama sebab berat Nike React Infinity Run 2 cuma 244g dengan rekaan kasut lari yang kakak belum pernah ada ( Hahahaha~ Eksaited !! ) tetiba niat nak buat 5km terjadi 8km gais !!


The Best Running Shoe

Nike Running Shoe
Kusyen empuk yang dijadikan alas pada bahagian dalam Nike React Infinity Run 2 sangat membantu pelari membuat larian dalam keadaan yang selesa. Bukan setakat empuk dan tebal - Diperbuat dengan menggunakan teknologi Flywire yang digabungkan dengan Flyknit ia menyokong keseluruhan bahagian kaki dan menjadikan Nike React Infinity Run 2 antara pilihan terbaik untuk mereka yang baru nak jinakkan diri dalam dunia larian.


Kakak tak dapat nak mengesahkan lebih lanjut tentang kemampuan Nike React Infinity Run 2 dapat mengurangkan kecederaan sebab terlampau subjektif dan sebaik mana pun kasut tersebut kalau korang tak lakukan regangan dan juga tak faham keadaan tapak kaki serta kaki korang – Ia sangat tak membantu.


Cuma kalau nak kata tentang keselesaan Nike React Infinity Run 2 – YA !! Ia sangat selesa mungkin kerana ia diperbuat menggunakan teknologi Flywire yang digabungkan dengan Flyknit untuk menyokong kesesuaian bentuk tapak kaki kakak. Material mudah lentur membuatkan ia lebih special.


Kalau tanya kakak secara keseluruhan, dan kalau kakak tak ditaja adakah kakak akan masukkan Nike React Infinity Run 2 selepas kakak memiliki Nike Pegasus 36, Nike Zoom X dan juga Nike Flex - Ya !! Kakak akan berusaha untuk dapatkan Nike React Infinity Run 2 sebagai kasut tambahan untuk larian jarak jauh. 


NIKE REACT INFINITY RUN 2


Kasut Lari Nike
Berlari bukan sahaja dapat membantu meningkatkan hormon endorfin tetapi ia adalah sukan yang dapat membantu memberi 1000 kebaikan untuk kesihatan sehari-hari. Berlari bukan berlari saja, berlari biarlah dengan ilmu supaya dapat mengurangkan kecederaan pada anggota tubuh badan sekaligus menjadikan berlari sebagai salah satu aktiviti riadah yang menyeronokkan.


Okay tak ?


LOVE ;
ATIE ADNAN


2 comments:

Powered by Blogger.