HARD ROCK HOTEL PENANG ; HOTEL BEST DI TEPI PANTAI

Bila duduk sorang-sorang bohong lah kata tak de terfikir langsung nak berehat dari kerja, kadang terusik juga hati mengenangkan pelbagai soalan kawan-kawan di media sosial berbunyi : “Lepas dah boleh rentas negeri, korang nak pergi mana ?” Haish. Sebenarnya kakak memang dah plan dari tahun lepas nak jalan pusing satu Malaysia dengan keluarga kecil kakak.


Best Hotel In Pulau Pinang
Niat dihati memang nak mulakan perjalanan dari Pulau Pinang sebab itu adalah negeri yang kami tak pernah jejak lagi. Hee~ Kakak dan Encik Suami pernah lah tapi Nur Aiman dan Nur Aina tahu kewujudan Pulau Pinang hanya dari dalam buku.
 
Kesian kan ?

 

APA YANG BEST KAT PULAU PINANG ?



Ya !! Sebelum bercuti, kakak memang akan kumpulkan sebanyak boleh informasi tentang tempat yang kami nak pergi. Bukan sebab paranoid tapi kakak tak suka buat perkara luar perancangan. Gittew—Hahahaha~ Jadi !! Sebagai Perancang Percutian kakak akan pastikan setiap lokasi yang kami nak pergi – BERBALOI.
 
Kita mulakan dengan hotel ya anak-anak.
 
 
Hotel Murah Di Pulau Pinang
Memang kakak dah lama plan kalau ke Pulau Pinang, Hard Rock Hotel Penang adalah pilihan pertama dan kalau nak bandingkan harga dorang pun – Berbaloi serius. Dengan persekitaran yang Instaworthy, Hard Rock Hotel Penang menawarkan 250 bilik dan sebahagiannya menghadap laut gais !! Aduh !! Time menaip ni pun kakak dah rasa melayang terbang ke Pulau Pinang dengan luggage yang boleh tahan besar ala-ala nak bercuti ke luar negara. Hahahaha~


Bila usia dah meningkat ni, memang niat kakak nak bercuti betul-betul nak bercuti. Bukan tak nak explore lokasi menarik ataupun tempat-tempat bersejarah – Itu nanti. Lepas dah bercuti mungkin kita akan susun rancangan lain untuk jenjalan plak. Bagi merealisasikan BERCUTI gaya kakak dan Encik Suami, kami perlukan hotel yang ada semuanya dan tarikan lokasi makan-makan haruslah disekitar hotel sahaja.

 
Bukan sekadar menang pada pemandangan yang dijanjikan, Hard Rock Hotel Penang juga menang dengan fesiliti lain yang ada seperti perkhidmatan kaunter hadapan 24 jam, perkhidmatan cucian pakaian, tempahan makanan dari dalam bilik, money changer, kafe, kolam renang menghadap laut, gym, salun, kedai runcit dan kelab untuk kanak-kanak. Kira kalau kakak nak kelaur dating dengan Encik Suami, boleh lah tinggalkan Nur Aiman dan Nur Aina kat situ kejap. Ada banyak aktiviti dan permainan yang dorang boleh main.

 
Hotel Yang Dekat Dengan Pantai Di Pulau Pinang
Bonus kan ?
Hahahaha~
 
Nak tau apa lagi yang best kat Hard Rock Hotel Penang ni ? Kalau korang sampai awal dan TERPAKSA check out lambat – Pun boleh gais !! Tapi jujurnya ia tertakluk pada permintaan dan keadaan semasa lah. Tapi kira okay lah kan ? Bila ada rasa timbang tolak dari pihak hotel, kita pun jadi seronok. Untuk perkhidmatan ni korang kena tanya kat kaunter hadapan lah, takut nanti ter-clash dengan tempahan pelanggan lain.

 
Kami ni dah lah jenis suka sampai awal dan kadang anak-anak dah berendam kat swimming pool, leka sampai tak nak naik darat. Hee~ Jadi !! Kakak suka sangat lah bila boleh check in awal dan check out lambat sikit.

 
Hotel Yang Dekat Dengan Tempat Makan Di Pulau Pinang
Hotel Untuk Honeymoon Di Pulau Pinang
Bila bercakap pasal Pulau Pinang, mesti tak lekang orang ceritakan pasal makanan. Aduh !! Tak pe lah. Memang niat kakak kalau singgah Pulau Pinang – Diet kita tolak tepi sekejap lah. Takkan nak telan airliur tengok orang lain makan pula. Jadi !! Pemilihan Hard Rock Hotel Penang ni sangat tepat bila kakak Google tempat makan popular sekitar Batu Ferringhi terletak disekeliling hotel je. Ha. Mudah lagi dipermudahkan. Hee~


Tempat Makan Best Di Pulau Pinang
Nak makan apa ?
Nasi kandar ? Seafoods ? Makanan barat ? Manisan ? Semua ada gais – Korang Cuma kena rajin mencari je. Macam kat peta atas tu, ada :
  • Mee Udang Batu Ferringhi
  • Pak Mid Café
  • The Ship Batu Ferringhi
  • Kak Ani Seafood
  • Ferringhi Steamboat & Grill Buffet
  • Beach Corner Seafood
  • Amanah Tomyam ( Kedai Tengah )
  • Zarie Laksa House
  • Shah Apom Balik Station ( Cawangan Batu Ferringhi )
  • The Grand Lebanon, Batu Ferringhi
  • Gustoso By The Beach
 
Kalau nak senaraikan tempat makan best kat Pulau Mutiara ni, memang boleh buka banyak entri. Hee~ Cuma itu lah. Pulau Pinang memang port yang best untuk staycation, tak kiralah dalam jangka masa yang singkat ataupun lama. Pantai, makanan, aktiviti, penduduk sekitar yang ramah = LENGKAP. Nak apa lagi ?


Hard Rock Hotel
Tunggu PART 2 – Aktiviti yang korang boleh buat kat Pulau Pinang dan tempat-tempat menarik untuk dilawati.
 
So !!
Turn kakak nak tanya.
Habis PKP atau bila boleh rentas negeri, korang nak pergi mana ?
 
Tinggalkan komen korang kat bawah, nanti kita borak-borak lokasi yang best. Ada rezeki mana tau kita boleh terjumpa plak kat lokasi yang korang nak pegi.
 
 
LOVE ;
ATIE ADNAN

1 comment:

  1. kalau dtg penang ni, lupakan la niat berdiet eh heheeh

    ReplyDelete

Powered by Blogger.